Tak sedar wajah dirakam ketika cabut wiper kereta cikgu (video)

TERSEBAR klip video seorang lelaki tidak sedar wajahnya dirakam ketika sedang berusaha mencabut "wiper" kereta milik seorang guru sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan cina di Melaka semalam.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Lelaki cabut wiper kereta cikgu

Video yang tular di media sosial itu dipercayai diambil dari rakaman dashcam kenderaan milik mangsa. Dalam video itu, lelaki berkenaan dilihat memerhati keadaan sekeliling (cover line) sambil tangannya berusaha mencabut "wiper" kereta mangsa.

Beberapa buah kereta milik guru didapati sengaja dirosakkan di tempat letak kereta Sekolah Menengah Pay Fong, Tengkera semalam.

Antara yang dirosakkan ialah, penyapu air (wiper) dan tingkap kereta. Selain itu difahamkan sebatang pokok yang terletak berhampiran tempat letak kereta berkenaan turut dibakar.



Beberapa individu yang menjadi mangsa telah membuat laporan polis. Lelaki dalam rakaman video tersebut kini dikehendaki bagi membantu pihak polis menyiasat perbuatan khianat itu.

Di bawah ini rakaman video tersebut. Sila klik untuk menonton video.


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan