Tiga kali kena 'serang' tikus dalam pawagam, kena pukul pun tak mahu lari (video)

BEBERAPA kali dipukul dengan selipar dan kotak "popcorn" namun tikus dalam pawagam tetap tak mahu pergi, malah manusia pula yang terpaksa mengalah dan berpindah tempat duduk.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Tikus dalam pawagam

Kelmarin (13 Januari 2019) Hyim A Ny berkongsi pengalamannya 3 kali kena "serang" dengan tikus ketika sedang menonton wayang di Hall 8, Growball Cinemax, Kota Kinabalu Sabah.

"Tikus apa ini mahu dihalau pun tidak mahu lari. Growball Cinema Hall 8, hati-hati nanti makanan dan minuman kamu kena rompak tikus. Tikus ini sangat bahaya, banyak penyakit yang dibawa boleh (membawa) maut." tulisnya.

Tambahnya lagi, panggung wayang yang dikunjunginya itu turut berbau busuk, seperti bau mop lantai basah. Sepanjang dua jam menonton wayang, dakwanya tiga kali tikus datang menyerang. Dipukul pun tikus itu datang semula.

Malah penonton lain pun katanya turut sama "diserang" tikus.

"Kau pernah nampakkah tikus kau pukul pun dia lompat tepi je. Lepas tu dia jalan datang balik, pakai selipar tu pukul. Kedua, pukul pakai kotak popcorn sama juga, last-last kita yang lari pindah. Kiri kanan atas bawah berteriakan, rupanya yang lain pun ada yang kena serang juga,"

Tikus dalam panggung wayang

Dalam pada itu, pemilik akaun facebook "KennedyboyBlood Onduk Jolus," turut berkongsi gambar bagaimana dia berdepan dengan tikus 18 Febuari 2018 yang lalu. Maknanya memang dah lama masaalah tikus berlarutan di Growhall Cinemax ni.



Tikus

Di bawah ini rakaman video ketika tikus berkenaan menyerang minuman dikongsi oleh Hyim yang telah ditonton lebih 244,000 ketika artikel ini ditulis. Sila klik untuk menonton.

2 Comments

  1. teruk sgt kotornya.. tikus pun berani

    ReplyDelete
  2. Pihak pengurusan panggung wayang memang tak buat kerja.

    Kalau ada tikus, tak lama lagi akan ada Ular dalam panggung tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan