Loading...

Tiga nama pemilik Restoran Mamak Ameer Corner didedahkan

BERDASARKAN maklumat yang ditulis pada "signboard" Ameer Corner Shah Alam, restoran mamak itu dimiliki sepenuhnya dan diuruskan oleh Sri Muda Corner Holdings (M) Sdn. Bhd dengan nombor pendaftaran syarikat 651691-A

Lihat gambar di bawah ini — Wholly owned & managed by Sri Muda Corner Holdings (M) Sdn Bhd (651691-A).




Ameer Corner Shah Alam

Hasil carian di laman sesawan EMIS Store, sebuah laman yang menyediakan informasi tentang syarikat-syarikat dan sektor industri, mendapati terdapat tiga (3) nama pemilik Sri Muda Corner Holdings (M) Sdn Bhd dan nama-nama itu ialah:
  1. K. Thayalan A/L Krisnasamy 
  2. Krisnasamy A/L Thevarayan 
  3. Thillai Nathan A/L Krisnasamy

Dari nama-nama ini kita boleh agak, perniagaan Ameer Corner ini adalah perniagaan keluarga "Family Bussiness,". Di mana, Krisnasamy adalah ayah, manakala dua orang lagi K. Thayalan dan Thillai Nathan dua orang anak lelakinya. Berdasarkan maklumat carian, aktiviti utama "Family bussiness" ini ialah Penjagaan kesihatan dan bantuan sosial, serta tempat-tempat minuman (minuman alkohol), rujuk maklumat di bawah.

Sri Muda Corner

Satu lagi kalau kita lihat, nama Krisnasamy A/L Thevarayan adalah individu pemilik Ameer Corner yang membuat laporan polis susulan pekerja restorannya ditampar atau dilempang oleh seorang lelaki Melayu yang merokok di dalam premisnya baru-baru ini.

Lihat penama dalam salinan laporan polis di bawah.

Laporan Polis

BACA JUGA - Pekerja kena lempang punca pemilik sebenar Ameer Corner terdedah

Jadi jelaslah bahawa restoran mamak ini namanya sahaja "restoran mamak," tapi pemiliknya adalah orang bukan Islam yang menggunakan tulisan jawi, dan menggantung ayat-ayat Al-quran di dalam kedainya bagi mengelirukan pelanggan.

Maka tepatlah tindakan pihak berkuasa yang dilapor telah menyerbu Ameer Corner dan mengarahkan supaya ia menurunkan ayat-ayat Al-Quran serta tulisan jawi yang dipamerkan di premis tersebut.

Orang ramai terutama netizen tak pertikaikan status halal restoran Ameer Corner jika ia menerima sijil halal yang sah. Apa yang orang ramai pertikaikan ialah, tindakan pemilik restoran itu menipu menggunakan ayat Al-Quran dan Jawi bagi mengelirukan pelanggan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Habis tu nama Ameer corner msih digunakn?..msih satu penipuan

    ReplyDelete
  2. Pelanggan yg ada resit saman n tuntut gantirugi je sebab menipu

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda