Timbalan Pengarah ILP kena kecam tendang motorsikal (video)

ORANG ramai mengecam tindakan seorang lelaki yang didakwa merupakan Timbalan Pengarah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pengkalan Chepa, menendang sehingga tumbang beberapa buah motorsikal milik pelajar dan penjaga ketika hari pendaftaran di institut itu semalam.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Timbalan Pengarah ILP tendang motorsikal

Video rakaman tindakan yang disifatkan biadab itu tular di media sosial selepas dimuat naik oleh Nashreen Fahmi menerusi akaun Facebook miliknya.

Difahamkan timbalan pengarah itu tidak menggunakan budi bicara secara berhemah di dalam melarang ibu bapa meletakkan motorsikal di dalam kawasan institut berkenaan.

"Sikap Timbalan Pengarah ILP Pengkalan Chepa yang biadap dan tidak guna budi bicara sewaktu sesi pendaftaran anak-anak pagi tadi."



"Sepatutnya bagitahu secara berhemah kepada ibu bapa agar tidak memasuki kenderaan kereta motor ke kawasan ILP. Sungguh biadap perbuatan timbalan pengarah ini," tulisnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah menerima lebih 66 ribu tontonan hanya selepas hampir sejam dimuat naik ke halaman Facebook.

Di bawah ini rakaman video tersebut sila klik untuk menonton.


3 Comments

  1. Meh tendang moto aku,
    klau muka ko tk kne terajang aku memang saja le...
    tk kira le sapa ko pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penunggang moto pun jgn nampak kesalahan org lain saja! Kamu letak moto di mana saja ada ruang kosong walau pun itu ruang utk org lalu lalang. Umpamanya di depan laluan keluar/masuk mesjid, pasaraya, tangga dsb. Terpaksa org menyelit dicelah moto kamu, padahal boleh letak di tempat lain yg lebih sesuai, cuma kena berjalan jauh SIKIT saja. Klu org tua boleh faham la juga, tapi org2 muda pun malas nak berjalan sikit. Resipi utk kena sakit jantung pada umur muda!!

      Delete
  2. Cakap "berhikmah" orang buat tak tau. Bila orang "berhikmah" hilang sabar, diviralkn dan dipersalahkan. Bijak orang Malaysia, power manipulasi orang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan