Loading...

Vape dan shisha turut dilarang dalam premis makanan

KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan penggunaan rokok elektronik vape, dan nano stick serta shisha turut dilarang dalam premis makanan.

Dalam poster yang disiarkan di laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, kementerian itu memaklumkan larangan itu berkuatkuasa sejak 1 Januari lalu.

TAG

Dalam pada itu, selain restoran dan kedai makan, bar atau kelab malam yang menyediakan makanan kepada pelanggan juga menjadi kawasan yang diwartakan sebagai tempat larangan merokok berkuat kuasa sejak kelmarin.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkifli, berkata pemilik kelab malam perlu menyediakan ruang berasingan untuk tempat makan dan merokok agar peraturan baru larangan merokok itu dapat dikuatkuasakan sepenuhnya.

Media sebelum ini melaporkan rokok elektronik, vape dan shisha tidak termasuk dalam larangan merokok yang dikuat kuasakan oleh kerajaan.

Post a Comment

0 Comments