Wanita pekerja kedai kena tumbuk dengan pelanggan lelaki (video)

TINDAKAN seorang lelaki menumbuk seorang wanita pekerja sebuah kedai serbaneka tular di media sosial berikutan tersebarnya rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam perbuatan biadap itu.

SCROLL KE BAWAH ARTIKEL UNTUK MENONTON VIDEO

Wanita pekerja kedai kena tumbuk

Dalam rakaman video berkenaan, lelaki dan perempuan pekerja kedai terbabit pada mulanya kelihatan bertengkar sebelum lelaki itu melepaskan satu tumbukan tangan kanan mengenai bahagian kiri kepala mangsa.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah kedai serbaneka di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Mangsa Adik Nur Athirah Bt Mohd Aziz mendakwa lelaki berkenaan mula menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat selepas tidak dibenarkan membeli minyak masak lebih dari dua peket.



"Dia kata kat saya, saya nak tiga peket minyak masak, saya kata tak boleh, seorang limit saya bagi dua, minyak paket pun ada sedikit sahaja, untuk costumer lain (pun) sama,"

"Habis tu dia tengking, dia cakap perkataan kotor pasal mak saya, saya tengking dia balik, saya cakap dengan awak elok-elok, awak cakap dengan saya elok-elok," katanya mengimbas kembali kejadian berkenaan.

Nur Athirah menjelaskan, belum sempat dia mahu membenarkan lelaki berkenaan untuk membeli 3 paket minyak, lelaki itu sudah memukulnya.

Dakwanya lagi, lelaki itu turut menumbangkan dua buah rak di kedai berkenaan sehingga menyebabkan barang-barang di kedai tersebut berselerak.

Di bawah ini rakaman CCTV yang dimaksudkan, sila klik untuk menonton.



Penjelasan Adik Nur Athirah - YouTube

7 Comments

  1. Bangkitlah Melayu9 January 2019 at 07:42

    Kau orang yang nak sangat undi PH kan? Sekarang kau orang semua rasalah, inilah hasil kau orang undi PH

    Rakyat semua dah makin kurang ajar, ambil tindakan tak guna otak, dah tak takut nak buat salah!

    Rasalah hasil tangan korang yang mengundi kerajaan Pakatan Haprak! Puih! Sial!

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa punya mangkok mamat nih.....perangai haprak mcm nih tiada siapa yg boleh terima. dan sama dgn perangai kamu wahai bangang sibangkit

      Delete
    2. PRK Cameron Highland BN UMNO bungkus lagi.

      Nak letak calun pun terkial-kial

      Delete
    3. Org lain nak kutuk kau lantaklah.... aku setuju dgn kau. Sapa nak kutuk aku mai... aku takkan duduk bawah tapak kaki cina dap... pegi jahannam...

      Delete
  2. Apa kena mengena dengan mengundi ... ko pasti ke yg menumbuk tu orang ph... cakap macam budak2 tak sekolah....

    ReplyDelete
  3. Selalu nya orang yang buat perangai macam itu orang yang sangat keciwa dengan kekalahan teruk BN.

    Jika dia pelanggan tetap dan berniaga, penjual akan benarkan dia beli tiga peket atau lebih.

    Penjual berhak jika tidak mahu menjual barangan kepada pembeli. Dan dia boleh beli di kedai berhampiran yang biasa dia pergi.

    ReplyDelete
  4. Tlg la guna akal yg dikurniakan Allah. Kelakuan begini bukan milik sesuatu bangsa tertentu. Setiap bangsa ada org yg perangai buruk mcm ni. Mungkin uncle ni sdg stress. Kita tak tahu. Klu ikut hati aku pun nak tampar sj Najib krn merosakkan bangsa dan negara. Dia tak rosakkan agama krn hj hadi kata dia ok!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan