Muhammad Rizzal Leman, 27 dikenakan denda sebanyak RM5,500 atau penjara lima bulan sekiranya gagal membuat bayaran itu, selepas mengaku bersalah di depan Hakim Mahkamah Seksyen Zahilah Mohammad Yusoff di kem tahanan imigresen.

Dua tuduhan yang dikenakan terhadapnya kerana masuk ke Malaysia tanpa dokumen yang sah dan tidak menyerahkan pasportnya kepada pegawai imigresen ketika keluar dari negara ini.
Rizzal dilapor melakukan kesalahan itu di lorong keluar motosikal di CIQ, Bangunan Sultan Iskandar pada 8 Januari lalu.
Rizzal telah membayar denda berkenaan. Dia juga dituduh melanggar seorang pegawai imigresen menggunakan motosikal miliknya ketika cuba melarikan diri.
Pegawai berkenaan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
0 Comments
Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda