"Istana Negara memaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai yang di-pertuan Agong XV berkuat kuasa 6 Januari 2019, (Ahad), bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan perkara 32 (3) perlembagaan persekutuan."

"Baginda telah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada duli-duli Yang Maha Mulia raja-raja melalui warkah yang telah diutuskan kepada setiausaha majlis raja-raja." tulis kenyataan itu.
Dalam kenyataan itu, baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat perdana menteri dan kerajaan yang telah memberi kerjasama dalam mentadbir negara.

Maklumat lanjut menyusul.
0 Comments
Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda