Loading...

Anak Vincent Tan akui Syed Saddiq jumpa ayahnya minta pasarkan produk anak muda

KENYATAAN Menteri Belia dan Sukan, mendakwa telah berjumpa hartawan Vincent Tan, untuk memperkenalkan produk-produk anak muda disahkan sendiri oleh Morvin Tan, anak pemilik rangkaian 7 Eleven itu.

Morvin menyuarakan perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya. Katanya dalam pertemuan itu, Syed Saddiq membangkitkan isu-isu tentang sukan, anak muda dan produk tempatan.



Morvin Tan

"Saya ada dalam mesyuarat itu dan boleh mengesahkannya, YB Syed Saddiq telah berjumpa dengan ayah saya TSVT (Tan Sri Vincent Tan) dan tujuan perbincangan itu hanyalah tentang sukan, anak muda dan produk tempatan."

"Dia mahu memperkenalkan ketiga-tiganya, dan meminta ayah saya untuk 7/11 (7 Eleven) memasarkan lebih banyak produk-produk tempatan." tulisnya.

Menurut Morvin Tan yang juga merupakan ketua pegawai operasi Berjaya Times Squares, ayahnya bersetuju dengan ketiga-tiga perkara itu dan berjanji untuk membincangkan lebih lanjut perkara ini bersama pasukan yang menguruskan rangkaian 7 Eleven.

"Ayah saya bersetuju, dan katanya dia akan beritahu pasukan 7/11. Kami kini sedang mengkaji tentangnya. Saya rasa sangatlah tidak adil untuk mengkritik sebelum mengetahui semua cerita," tulisnya.



Pengasas produk minuman botol jenama "Hausboom", Azri Zahier Azmi sebelum ini membuat serangan terbuka kepada Syed Saddiq menuduh Ahli Parlimen Muar itu tidak mengotakan janjinya untuk mempromosikan produk minumannya dan memperkenalkan profil syarikat kepada kabinet.

BACA JUGA — Hari ini saya dibabikan oleh seorang usahawan — Syed Saddiq

BACA JUGA — Usahawan babikan Syed Saddiq rupanya penyokong kuat Umno

Syed Saddiq menjawab serangan itu dengan berkata dia bukan saja telah membawa produk itu kepada Vincent Tan, malah sampai ke tahap membawanya ke dalam mesyuarat kabinet sambil mengirimkan gambar sebagai bukti.

Post a Comment

7 Comments


  1. Sekarang siapa yang patut jadi babi?

    Nasib baik dia buat hal . Keuntungan dia boleh membantu kempen di Semenyih ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang patut jadi babi sempena tahun babi ialah kaki kencing dlm keRA_jaan haprak....hihihi

      Kepala tgh pusing nak kencingkan muka macai sambil mencari lubuk2 emas buat anak..waris..proksi dan kroni.
      Nak kencing merata2 khuatir krn skrg era smartphone....silap hrbulan kantoi!!!
      Hihihi.....

      Tak sabar tengok projek2 di u_turn dan siapa boss besar dlmnya...hihihi

      Selepas wang petronas dijarah berpuluh billion dlm masa beberapa bulan harap wang dlm khazanah tak jadi mangsa penyamun2 tarbus...hihihi

      Ingat makin tua dh insaf...
      Mcm tak berubah jer perangai..
      Maklumlah nak keja sampai mamposs...hihihi

      Delete
  2. bole jer nk saman usahawan babi tu....atas akta menghina....

    ReplyDelete
  3. Melayu pembabi org ni jgn diundi menang jadi ahli parlimen. Jk jd pm/menteri dia ada bakat utk menjadi najib 2.0 atau 3.0 atau 4.0 atau seterusnya. Cantas awal2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan jadi ahli parlimen kaki kencing mcm tua kutuk tu....hihihi

      Delete
    2. Termasuk nobita yg mendapat gelaran menteri kewangan paling BANGANG dlm sejarah negara...hihihi

      Delete
  4. Susah2 ko jumpa anak vincent tan kroni besar mahdey.....kenaPa tak jumpa terus anak2 mahdey sendiri????
    Kenapa????
    Anak mahdey tak cukup kaya ker???!!!

    Alang2 dah 1 parti....
    BANGANG!!!!

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda