Loading...

Anggota tentera lengkap bersenjata kena tumbuk depan pintu pagar (video)

SEORANG anggota tentera beruniform yang lengkap dengan senjata, dipercayai sedang menjalankan tugas kena tumbuk di hadapan pintu pagar oleh seorang lelaki.

Video kejadian berkenaan tular di media sosial sejak kelmarin. Video itu dipercayai diambil dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tempat kejadian berkenaan.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO



Anggota tentera kena tumbuk

Tidak dapat dipastikan apakah punca anggota tentera itu ditumbuk oleh lelaki yang tiba dengan kereta jenis proton Waja.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 1 minit 8 saat itu, seorang lelaki memakai baju biru dan berseluar putih pada awalnya dilihat mendekati anggota tentera berkenaan seperti sedang memarahinya.

Tiba-tiba, satu tumbukan tangan kanan hinggap di muka anggota tentera tersebut. Anggota itu dilihat tidak melawan sebaliknya menjauhkan diri dari individu yang menumbuknya.

Berdasarkan rakaman video, kejadian itu dipercayai berlaku pada 4 Febuari lalu.

Di bawah ini rakaman video yang dimaksudkan sila klik untuk menonton.


Post a Comment

5 Comments

  1. mungkin lelaki tu boss dia berpakaian awam. atau pangkat lebih besar. tu sebb dia tak melawan.

    ReplyDelete
  2. Baru pakai waja, dah sombong tumbuk muka orang, kalau pakai YSuku, entah apa lagi "dibelasah" tentera tu.

    ReplyDelete
  3. jika itu pegawai dia harap jab atm ambil tindakan displin kepada pegawai nya kerana tuada peraturan yang benarkan peg guna kekerasan fizikal ke anak buah, jika ia orang awam laporan polis perlu dibuat harap mindef tidak berdiam diri atau kejadian luar negara kot

    ReplyDelete
  4. eeh ada main tumbuk2 pulak. ikut KPI mana? klu nk tumbuk pi buka gelanggang tinju kt kem2.. lawan secara lelaki dan maruah tentera.

    jgn sampai ada kes Adam 2 pulak dek sebb org2 busuk perut mcm tu.

    lagi satu.. pulangkan balik keta waja yg kau pinjam tu. tak malu punya bossku!

    ReplyDelete
  5. ni kes tak pakai pass card nk masuk kem agaknya. bila ditanya dia jadi marah.. "Kau tak kenal aku siapa ke?"

    memanglah tk kenal sebb kau bukan neelofa atau emma mamboeng.

    selalu gitulah kes nya. yg atasan tk patuh arahan mereka sendiri. patut diturunkan pangkat atau bagi hukuman jaga gate sebulan.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda