Cakap Ganu baru anjing patah kaki ni makan pemberian Zizan Razak (video)

TULAR rakaman video pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak memberi makanan kepada seekor anjing yang berjalan terhincut-hincut dikatakan kerana patah kakinya.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO



Tindakan Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak itu menerima pelbagai reaksi peminat, ramai yang memuji namun seperti biasa tentu sekali ada yang mengecam.

Zizan Razak bagi makan anjing patah kaki

Namun apa yang melucukan, berdasarkan rakaman video, selepas Zizan meletakkan bungkusan makanan untuk anjing berkenaan, dia menjauhkan diri sambil memerhatikan dari jauh dan memanggil atau mempelawa haiwan itu makan dalam bahasa Inggeris.

"Come, come, hey buddy come," pelawa Zizan, namun anjing itu nampaknya hanya tercegat di situ.

Selepas itu kedengaran suara individu dipercayai abang kepada Zizan yang merakam video itu, atau namanya Hafizan Razak bertanya kalau-kalau anjing itu faham dialek Terengganu.



"Dia pahang dok cakak Ganu? Gi makang, gi makang weh, (Dia faham tak bahasa Terengganu? Pergi makan, pergi makan weh!)," kata Hafizan.

Seakan faham, sebaik sahaja Hafizan mempelawa anjing itu makan dalam bahasa Terengganu, anjing itu terus bergerak ke arah bungkusan makanan diletakkan di atas lantai.

"Ha tengok dia pahang cakak Ganu, ha panda dia (Ha tengok dia faham cakap Terengganu, ha pandai dia)," kata Hafizan lagi.

Video itu dikongsikan menerusi akaun instagram.

"Kasihan dia, sudahlah kaki patah, nak cuba ajar anjing cakap terengganu, nasib baik kau faham cakap terengganu, ke kau memang asal Terengganu?" tulis Hafizan.

Di bawah ini rakaman video berkenaan sila klik untuk menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan