Clare soal Hadi, siapa yang bagi wang tunai RM2.5 juta?

PENGARANG Sarawak Report dilapor mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendedahkan siapa yang membayar wang tunai sebanyak RM2.5 juta kepada Pas.

Clare Rewcastle Brown juga meminta supaya Pas menjadi sebuah parti yang telus bukan sahaja kepada rakyat Malaysia malah kepada ahlinya lapor Astro Awani.

Clare Rewcastle Brown

Clare menyifatkan kenyataan Abdul Hadi sebagai tidak konsisten berhubung penyaluran dana RM2.5 juta dari Umno kepada Pas.

"Tunjukkan ketelusan sebagai sebuah parti politik. Dedahkan sumber kewangan. Cabaran pertama saya, siapa yang bagi RM2.5 juta? Menerusi bukti saya kepada mahkamah, Saya telah berikan perincian bukti,"

"Saya memberikan perincian bukti bermakna saya serahkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab yang mana Ia juga kini terdapat di dalam talian,"

Tunai RM2.5 juta

"Ia merupakan pembayaran secara tunai berjumlah RM2.5 juta oleh pemimpin kanan Umno kepada Pas sebelum pilihan raya. Bila saya bangkitkan isu ini, Hadi berkata dia tidak tahu siapa yang menyalurkan wang itu. Namun selepas itu, Hadi secara terbuka berkata bukan Umno yang menyalurkan wang itu,"

"Jadi kenyataan beliau dilihat tidak konsisten. Justeru perkara pertama yang harus dilakukan Pas adalah mengatakan sama ada mereka tahu siapa yang memberi mereka RM2.5 juta yang masuk ke dalam akaun mereka sebelum pilihan raya secara tunai atau menafikannya,"

"Jika mereka kata tidak atau menafikannya kenapa mereka boleh memberitahu orang yang mereka tahu bukan UMNO yang memberikan wang tersebut,"

"Jadi persoalan juga, mengapa mereka menerima wang tunai begitu banyak daripada orang yang mereka tidak tahu siapa. Itu cabaran saya kepada PAS," katanya lapor Astro Awani.

Katanya, kewajipan untuk mengemukakan bukti pada ketika ini adalah di tangan Pas bukan dirinya.

"Kenapa saya perlu memberikan butiran itu? Pas yang perlu membuka akaun mereka menunjukkan wang apa yang masuk, tunjukkan dari mana sumbernya dan dibelanjakan untuk apa,"

"Bagaimanakah mereka mendapat wang untuk bertanding di beberapa kerusi pada pilihan raya lalu? Maksud saya mereka hanya perlu menjelaskan kesemuanya, jadi kita boleh yakin bahawa ia adalah wang yang mana Ia adalah dari ahli-ahlinya seperti yang mereka dakwa," tambahnya.

6 Comments

  1. Wah...ada bukti dh
    Untung ada penyiasat import dari negara barat....
    Yg dlm negara hanya berdegar2 jer sembang....hihihi

    Tak sabar tengok kesudahannya...

    ReplyDelete
  2. Jika kenyataan tersebut sebelum kes saman di selesaikan di luar mahkamah bererti sesiapa pun boleh mengulang siar kenyataan tersebut kerana SR tidak di minta menarik dakwaan mengenai pemimpin PAS di beri RM 90 juta.

    Bagaimana pun sekiranya kenyataan itu kenyataan baru selepas penyelesaian luar mahkamah.... di mana RM 2.5 juta itu ada lah pecahan dari RM 90 juta, ada kah PAS akan tidak memperdulikannya?

    Pemberian wang yang di dakwa ia lah hanya RM2. 5 juta?

    Apakah syarat penyelesaian yang di persetujui oleh PAS Claire?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg dpt wang besar tentulah si pencipta sensasi...hihihi
      Dia dpt maklumat dpd ambiga...
      Maka ambiga juga perlu disiasat sprm...

      Penghujung akan tiada kesudahan sehingga pru15 utk modal kempen...hihihi
      Ada yg kata wang tu utk pas menyerah kalah kpd umno dlm pru14 tapi 2 negeri pas mng besar.
      Ntahlah...kita tggu dan menunggu...hihihi

      Yg penting...tolak kaki kencing hancing
      Hihihi

      Delete
    2. Ambiga pulak dapat maklumat dari mana ?

      Hujung cerita pangkalnya dari PAS jugak .. Tuan Jbrahim memgaku majlis itu tertutup dan sah Ambiga memang tak hadir sama..

      Delete
  3. sprm tau la bila nk panggil siapa. tak payah nk ajar sprm buat kerja. sprm bukan parti melayu atau agama yg ada kepentingan.

    sampai masa yg sesuai sesiapa pun akan dipanggil. tk perlu nk sensasikan ambiga dan cuba nk kait kunun ini semua ada konspirasi.

    konspirasi musuh atau apapun, kalua sah tak ambik duit haram tiada apa perlu dikhuatiri.

    masalah nya audio nik abduh tu isinya betul atau tidak. kalau tak betul ucapan nik abduh tu maka sah dia menipu 40 org saksi yg hadir. org menipu tk layak dlm jemaah islam, layak dlm jemaah melayu je.

    klu isi ucapan tu betul, maka amat malanglah sekelian pemimpin parti agama. umpama seorg haji tercebur dlm perigi buta ketika nk pi tahnik. digelakkan satu kampung.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan