Loading...

Geng bikers Singapura tutup nombor plat kena saman dengan polis

DIFAHAMKAN pihak polis telah menahan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi (bikers) warga Singapura yang dilihat sengaja menutup nombor pendaftaran (plat) kenderaan mereka disyaki untuk mengelak daripada disaman kerana menunggang laju.

Gambar-gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan pemilik-pemilik beberapa buah motorsikal berkuasa tinggi dengan nombor-nombor plat yang sengaja ditutup telah disaman oleh dua anggota polis menaiki sebuah kereta peronda.



bikers singapura tutup nombor plat

Gambar dokumen perjalanan (passport) yang turut tersebar, menunjukkan memang benar mereka adalah rakyat Singapura.

bikers singapura tutup nombor plat

Kesemua mereka kemudian dilihat segera menjelaskan bayaran saman yang dikenakan terhadap mereka, di sebuah kaunter bayaran saman.

bikers singapura tutup nombor plat

Berdasarkan mesin pengimbas yang digunakan oleh pihak polis, cuba lihat berapa laju mereka memecut di lebuhraya 253km/j

bikers singapura tutup nombor plat

Sebelum ini tersebar rakaman video, menunjukkan bagaimana sekumpulan bikers dipercayai dari Singapura dilihat menutup nombor pendaftaran kenderaan mereka disyaki bagi mengelakan saman laju ketika berada di negara ini.

BACA — Puluhan geng bikers Singapura tutup nombor plat elak disaman

Post a Comment

5 Comments

  1. Apa benda setakat denda...

    Kasi blacklist lah...

    Mau masuk boleh . .. Naik bus sahaja. Kereta pun jangan kasi.

    Laju macam tu kena berlatih selalu untuk tajamkan skill. Itu kalau motor sendiri punya

    ReplyDelete
  2. Kuarang ajar punya K****g..dia ingat malaysia nie bapa dia yang punya

    ReplyDelete
  3. Mereka ingat itu PLUS highway mak bapak dia punya...

    ReplyDelete
  4. Knp nak beremosi sgt bila berkomen. Biar berhujah secara rasional. Elakkan unsur mencela dan perkauman. Mrk langgar undang2 jalanraya jadi biar polis trafik yg menanganinya. Itu sahaja

    ReplyDelete
  5. Ini baru langkah pertama..Banyak lagi SUV MPV singapore yg bawa laju2 tak bayar saman,, berjuta2 ringgit..

    PDRM jangan hanya berani sita orang Melayu mat rempit..takkan lemah sangat otak nak bahan budak2 aje , jadi jaguh kampung..

    Buktikan kenderaan Singapore SUV MPV yg langgar AES mampu ditahan & disita..Makan semua loyar doktor menteri businessman..tak mau berhenti tembak tayar kasi pancit..

    Barulah jaguh Global dan menambahkan pendapatan negara..

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda