Hadirin menari dan menyanyi lagu rancak dalam upacara kematian (video)

TERSEBAR rakaman video para hadirin termasuk orang kampung dan ahli keluarga dilihat menari dan menyanyi lagu berentak rancak dalam sebuah upacara kematian seorang warga emas.

Mayat warga emas berkenaan diletakkan di suatu sudut, dalam keranda yang terbuka dan boleh dilihat oleh orang ramai, manakala hadirin yang datang dilihat sedang bergembira menari dan didengar menyanyi "Sayur kol, sayur kol, makan daging anjing dengan sayur kol,"

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO



Menyanyi dan menari dalam upacara kematian

Rakaman video berdurasi 7 minit 56 saat itu yang tular di laman sosial Facebook dan sudah ditonton lebih 113,000 kali itu telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Segelintir mengecam perbuatan berkenaan yang dilihat seolah-olah gembira dan tidak menghormati kematian warga emas terbabit.

Segelintir lagi mempertahankannya kerana ia dikatakan adat yang telah diamalkan turun-temurun oleh suku kaum Batak di Indonesia.



Difahamkan, menurut adat kaum Batak, warga emas itu dikatakan telah "Saur Matua," satu istilah yang bermaksud mendiang meninggal dunia dalam keadaan sukacita kerana kehidupannya dianggap sudah lengkap, anak-anaknya semua sudah bernikah dan beranak-pinak serta mempunyai cucu dan cicit.

Maka dalam falsafah atau adat kaum Batak, maka si mati itu yang meninggal dalam keadaan "Saur Matua," dianggap satu kebanggaan bagi keluarganya. Justeru kaum batak biasanya meraikan perkara membanggakan dengan tarian dan nyanyian.

Di bawah ini rakaman video berkenaan sila klik untuk menonton.

2 Comments

  1. Beginilah agaknya jika kaki kencing pekat diraikan hari selamat tinggalnya.

    ReplyDelete
  2. Bangang!!!!
    Dah terlalu tua dan ada kuasa tapi masih bangang!!!!!!

    Rakyat dah muak dgn cerita pencuri...
    Rakyat nak ko tunaikan janji jer...BODOH

    Asal berucap jer...cerita ttg pencuri...
    Dh ada kuasa tu...tangkap dan penjarakan pencuri tu...habis cerita

    Muka mmg muka taik...tak malu
    Mcm tak pernah mencuri...
    Klu tak mencuri...tak mgkin ko dan anak2 ko kaya raya...

    Bukan rakyat yg kata...
    Anwar..kit siang..mat sabu..guan eng..rapiji..azmin dan bnyk lagi sahabat ko skrg yg mengatakan ko pencuri dan penyamun.

    Move on!!!!
    Berhenti cerita hal pencuri...
    Pulihkan ekonomi negara yg makin buruk krn keBANGANGAN korang..

    Batal projek sana sini....rm68billion wang pelaburan hilang...nak cover kehilangan cukai...rm88billion wang petronas hilang....BANGANG!!!!!

    Rakyat tak peduli dgn pencuri tu...
    Rakyat nak ko tunaikan janji sblm ko keja sampai mampos!!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan