Loading...

Haram kedai makan guna 'Milo murah' tanpa pengetahuan pelanggan kata mufti

PERBUATAN pengusaha kedai makan menukar serbuk milo kepada serbuk coklat yang lebih murah untuk dijadikan minuman adalah haram, kata Mufti Wilayah Persekutuan.

Dalam satu kiriman menerusi Facebook, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan bahawa perbuatan itu yang dilakukan tanpa pengetahuan pelanggan adalah dilarang dan berdosa.



milo ais

"Ini kerana terdapat unsur penindasan dan kezaliman terhadap hak yang sepatutnya diterima oleh pembeli sebagai imbalan kepada harga pembelian yang dibayar,"

"Selain itu, syarat sah jual beli juga ialah, kedua-dua pihak (penjual dan pembeli) mengetahui secara jelas barang yang diniagakan tanpa menyembunyikan apa-apa aib yang ada pada barangan yang diniagakan itu,"

"Justeru, sekiranya perkara-perkara seperti di atas berlaku, maka penjual dikira telah menipu dan akad pembelian tersebut adalah tidak sah," tulisnya.

Katanya perbuatan menukarkan serbuk milo kepada serbuk coklat yang lebih murah tanpa pengetahuan pembeli bagi mengaut keuntungan yang lebih tinggi adalah dikira sebagai menipu dan curang dalam perniagaan.

"Dalam situasi ini, pembeli tidak mengetahui pertukaran tersebut sehinggalah barang tersebut diterima. Justeru, perbuatan tersebut adalah haram dan dilarang sama sekali,"

"Konsep keuntungan dalam Islam bukanlah diperolehi dengan cara menipu atau muslihat, tetapi dengan cara redha-meredhai."

"Sekiranya jual beli berlaku dengan cara yang tidak betul (menipu dan sebagainya), sudah pasti pembeli tidak lagi mahu mengulangi muamalah jual beli dengan penjual yang sama."

Post a Comment

7 Comments

  1. Biar MILOSUAM ..

    Jangan kena Milo Murah..

    ReplyDelete


  2. INGAT TIN MILO HARAM PUN ADO ...

    ReplyDelete
  3. Sama haram jadahnya kpd kaki kencing pekat....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mencuri, rasuah dan menipu jg haram

      Delete
    2. Mencuri..rasuah dan salahguna kuasa sehingga anak..waris..proksi dan kroni kaya giler mmg haram jadah!!!

      Delete
  4. hi..hii...
    ni kalau minta milo suam dapat milo ais tabur diminum juga apa hukumnya....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn spt keRA_jaan skrg....
      Janji nak belanja milo ais tabur...
      Yg dpt kencing pekat....
      Mmg sah haram JADAH!!!!

      Delete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda