Hari ini saya dibabikan oleh seorang usahawan — Syed Saddiq

"HARI ini saya telah 'dibabikan' oleh seorang usahawan. Saya kecewa selepas semua yang telah dilakukan oleh #TeamKBS untuk membantu," itu luahan Syed Saddiq menerusi twitter selepas diserang oleh seorang usahawan air botol di media sosial.

Menteri Belia dan Sukan itu semalam diserang oleh pengasas air botol jenama tempatan "Hausboom" yang mendakwa Ahli Parlimen Muar itu tidak mengotakan janjinya untuk mempromosikan produk keluarannya.



Menjawab tuduhan itu di media sosial, Syed Saddiq bagaimanapun berkata dia telah membawa produk itu ke dalam mesyuarat kabinet, dan bertemu dengan usahawan Tan Sri Vincent Tan bagi membolehkan jenama tempatan itu masuk di dalam rangkaian kedai 7-eleven.

hausboom

"Saya lakukan semua itu dengan niat untuk membantu. Sampai ke tahap jumpa pengendali Utama 7Eleven dan ucapkan terima kasih selepas ada penambahan produk anak muda ke cawangan-cawangan mereka, termasuk Hausboom."

"Sebelum ini bukan main susah, Alhamdulillah perlahan-lahan ia berubah. Saya juga nak lihat Tesco dan yang lain ikut perkembangan baik ini," tulisnya.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata dia sedih apabila diberitahu salah seorang daripada usahawan muda yang telah dibantunya menyerangnya dengan perkataan "babi".

"Saya bukan jenis orang yang suka buat begini, tetapi saya benar-benar kecewa. Ramai mengatakan ini adalah taktik untuk mempromosikan produknya, dan saya tidak harus bertindak balas Kerana itulah yang dia mahu,"

"Sejujurnya, jika itu membantunya, Alhamdulillah. Saya akan terus doakan supaya produk dia berjaya," tulisnya.

Menurut Syed Saddiq, dia telah mengarahkan pasukannya untuk membayar kesemua kos kos-kos produk yang telah diberikan kepadanya.



"Dia kata barang yang kami bantu promosikan secara percuma, haram. Saya sudah arahkan pasukan saya bayar ke semua kos. Semoga Allah membuka hatinya di masa hadapan dan semoga perniagaannya berjaya," tulisnya.

Azri Zahier Azmi, pengasas Hausboom sebelum itu telah menulis di halaman facebook mengatakan dia ditipu oleh Ahli Parlimen Muar, selepas dijanjikan profile bisnesnya akan dibawa ke jemaah menteri semasa mesyuarat, dan akan diiklankan di laman Instagram Syed Saddiq.

Azri mendakwa, produknya hanya diletakkan di atas meja mesyuarat kabinet dan profil bisnesnya tidak dibaca, serta produknya tidak diiklankan di laman Instagram Syed Saddiq seperti yang dijanjikan.

Menurut Azri, tawaran itu telah dibuat empat bulan lalu dan mendakwa seorang lagi usahawan telah menerima nasib yang sama selepas dijanjikan produk mereka diiklankan dan selepas memberi produk itu kepada Kementerian Syed Saddiq secara percuma.

Kontroversi itu muncul selepas Syed Saddiq mempromosikan sebuah kek coklat oleh syarikat Absolut Chocolat, yang dikatakan milik Exco Pemuda PPBM Ben Ali, sekaligus menimbulkan tuduhan kronisma.

2 Comments

  1. nak laku produk kena kreatif buat promosi...jgn harapkan org lain lakukan...lihat macam mana Dato vida dan Dato Alif shukri buat kerja...ini usahawan cap ayam...tahu nk babikan org...hmm...lagilah org menyampah nk support...

    ReplyDelete
  2. Orang umno dan penyokong perompak malaysia ada hati membabikan orang lain sedangkan diri sendiri tak reti nak buat promosi!! Memang sial orang jenis ini....dah le ko ahli umno, mintak le ahli umno beli product ko...kan ada 3 juta ahli? Padan muke orang dan ahli umno yang macam sial ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan