Kalau kita tarik balik saman maka sungguhlah apa yang Sarawak Report kata tu - Hadi Awang (video)

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mendedahkan ada pihak yang memujuknya supaya menarik balik saman fitnah terhadap Sarawak Report tentang dana RM90 juta.

Dalam sebuah rakaman video yang tersebar, Abdul Hadi menjelaskan, jika tindakan saman itu ditarik balik maka terbuktilah bahawa tuduhan Sarawak Report itu betul, justeru beliau tidak akan menarik balik saman fitnah berkenaan dan akan melawannya sampai habis.

"Dia pujuk kita tarik, ni ada puak-puak yang suruh kita lepaskan saman tu, bagaimana nak tarik, benda yang pelawok (tidak betul) kalau kita tarik (saman), maka sungguhlah apa yang dia (Sarawak Report) kata tu, kita nak lawan sampai habis," tegasnya.

hadi awang

Sebelum itu beliau ditanya oleh salah seorang hadirin, sama ada PAS ada menerima wang berjumlah RM90 juta dari Umno.

Katanya PAS sudah memfailkan tindakan saman di England kerana individu yang membuat tuduhan itu tinggal di England, dan ada tanda-tanda akan menang saman berkenaan.

"Kita sedang saman mereka yang tuduh kita terima RM90 juta daripada Umno, orang tu duduk di England, mana ada sini, orang sini yang ajar dia, orang sini yang upah dia," katanya.

Tambahnya lagi, setakat ini pihaknya telah memenangi saman berkenaan, dan sudah ada tanda-tanda pihaknya akan menang dalam keputusan mahkamah tidak lama lagi.

"Jadi kita saman di mahkamah England, kerana orang tu dia duduk di England, dan kita dah masuk fail di mahkamah dan sehingga ni, kita menang, dan bulan empat ataupun bulan berikutnya, akan ada satu keputusan tanda-tanda kita akan menang tuduhan itu pelawok, tak betul," jelasnya yang menerima tepukan gemuruh daripada hadirin yang hadir.

Di bawah ini rakaman video yang dimaksudkan, sila dengar sendiri penjelasan Abdul Hadi pada durasi 1 minit 30 saat.



Rakaman video ini dipercayai dirakam ketika Sambutan Tahun Baru Cina tahun lalu, di Terengganu dan ia mula tersebar selepas presiden PAS bertindak menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Sarawak Report.

Sarawak Report meluahkan rasa gembira dengan tindakan Abdul Hadi itu yang bermakna artikel tulisannya tidak berunsur fitnah, maka portal berkenaan telah menyiarkan kembali artikel menuduh pemimpin atasan PAS menerima RM90 juta.

BACA — Sarawak Report siarkan kembali artikel tuduh pemimpin PAS terima RM90 juta

12 Comments

  1. Bawak-bawak lah astagfastagfirrullalazim .

    Orang luar negara tu akan datang sini se bagai saksi kuat ..

    Berhenti lah jadi bodod

    ReplyDelete
  2. haji haji.. apa sudah jadi haji

    ReplyDelete
  3. Bila ketua boleh bercakap berbelit, apa yg nak diharapkan drp pengikutnya? Bukan sebarang ketua, berstatus ulama pula tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kurangnya dgn mahdey..nobita dan pak2 menteri haprak.Cakap berbelit2..kelentong tak sudah2.
      Rakyat suruh tunaikan janji...bukannya buat kereta ke3 bagì membantu vendor proksi.
      Sampai bila lah hidup mgutamakan anak..proksi dan kroni yg dh sedia kaya.
      Bnyk lagi rakyat yg sengsara dgn kos sara hidup yg semakin tggi wlpun gst ditukar kpd sst.Belum lagi negeri2 yg mundur dgn infrastruktur jln raya dan sekolah2 yg daif.
      Bangang!!!!
      Yg kaya dikayakan...
      Yg miskin dan daif terus ditgglkan...

      Delete
  4. Perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh puak2 yang mengaku alim dan suci, pembohongan dan penipuan akan terserlah jua. Jubah dan serban tidak akan dapat menyembunyikan pembohongan dan dusta selama2nya. Sesungguhnya kamu memang boleh merancang tetapi ingat Allah SWT juga merancang dan DIAlah sebaik2 perancang. Takat buat kerja2 khianat serta makan rasuah ni, pastu berlakon suci, bukan sahaja manusia pun benci dan muak malah Allah SWT lebih murka dan lebih benci. Beringat2lah wahai puak2 yang menunggang agama. Anggaplah bahawa ini adalah peringat kesekelian kalinya dari Yang Esa.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  5. Sendiri mengaku sendiri berdalih.......kalau tarik saman bermakna memang betul terima rasuah...... fikir2 kan lah

    ReplyDelete
  6. Masa tu cakap kalau tarik saman rugi lah sebab tak dapat lah nak bagi peluang ahli-ahli berjihad dengan masukkan duit dalam tabung.

    Dah dapat duit .. Mana tak nya?
    Mustahil ketika itu Hadi tak tahu yang peluang menang memang tipis. Orang macam Hadi kalau dah tak berbohong rimas dia.

    Apa dia nak cakap pasal apa yang telah dia cakap tu? Sekarang dia dah tarik saman...

    Mereka umpama lari dari medan kebenaran .... Hish hish hissssh

    ReplyDelete
  7. Tak sabar mendengar saksi2 berhujah depan sprm/mahkamh ttg isu rm90juta tu....
    Tentu sekali yg paling brutal dpd mulut yb husam mimpi 15x.....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bentang hudud di tangguh


      Saman orang.. Batal pulak

      Senang betul Islam macam ini

      Delete
  8. Dalam sejarah PAS tak pernah di tuduh sampai begini. Begitu lah suci nya PAS....

    Kalau kena pun begitu mudah bagi PAS menepis nya.

    Semua ini tak terjadi jika PAS bersendirian dan menolak kerjasama dengan UMNO..

    Dah terletak jauh pun masih tak nak jauh kan parti dari UMNO

    ReplyDelete
  9. Dengan bukti sejelas ini pun walaun tak nak percaya dan masih nak berwala membabi buta, tiada harapan lagi ajaran Islam tulen akan dapat berkembang di negara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu bab terima duit...parti2 sengkek yg baru nak hidup pon ada terima duit dpd parti2 yg kaya raya dgn dana yg besar.
      Cuma bukti tak ada.
      Nak harapkan parti2 sengkek nie nak bergerak sendiri...jgn haraplah klu pru bagi satu2 parlimen memerlukan paling kurang rm1juta.
      Yg betul2 berjuang demi rakyat brapa ekor jer.Suara2 yg pernah berdegar2 nak penjarakan mahadey kutty kaki rasuah dan salahguna kuasa semua dh 'arwah'.Semua nak selamatkan periuk nasi dan harta dunia.
      Ttg rm90juta....klu benar buat aduan dan bicarakan di mahkamah.
      Tanya apa kegunaan wang tersebut.Klu utk tumbangkan perasuah dan penyalahguna kuasa...ada aku kesah!!!!
      Klu nak jatuhkan kalipah nobita yg kuat kencing...ada aku kesah!!!!
      Hihihihi....

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan