Kanak-kanak kejung direnjat elektrik, tapi tiada siapa peduli [video]

SEORANG kanak-kanak dilihat kejung akibat dipercayai terkena renjatan elektrik selepas menyentuh sebatang tiang lampu, malangnya tiada seorang pun dilihat mempedulikan keadaan dirinya.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO



Kanak-kanak kena renjatan elektrik

Berdasarkan rakaman video yang tersebar di media sosial, seorang kanak-kanak yang sedang asyik bermain bersama rakan-rakannya tiba-tiba menjadi kejung selepas tangan kirinya dilihat memaut sebatang tiang lampu.

Keadaannya yang kejung itu langsung tidak disedari oleh orang ramai yang lalu lalang di kawasan berkenaan. Rakan-rakannya yang sama-sama bermain sebelum itu juga nampaknya tidak menyedari kejadian itu.

Selepas kira-kira seminit berterusan kejung begitu, jasad kanak-kanak itu yang dipercayai sudah tidak benyawa lagi mula bergerak di mana kepalanya mendongak ke langit sebelum dilihat jatuh di atas tanah.

Ada seorang budak menunggang basikal dilihat berhenti dan menoleh seketika kepada mangsa yang sudah rebah di atas tanah, namun dilihat tidak peduli dan beredar semula tidak lama kemudian.

Rakaman video itu diperolehi daripada kamera litar tertutup (CCTV) kawasan berkenaan. Tidak dinyatakan di mana kejadian itu berlaku, dan bagaimana keadaan mangsa. Namun berdasarkan 'Timestamp' pada CCTV, ia dipercayai berlaku pada 11 Febuari 219, pada jam 18:18 petang waktu tempatan. Berikut rakaman video tersebut.


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan