Kenapa ahli politik PH 'U-Turn' isu AES? Ini jawapan Khalid Samad

AHLI Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dilapor menjelaskan mengapa ahli politik sepertinya dan Mahfuz Omar mengambil pandangan berbeza berhubung Sistem Pelaksanaan Automatik (AES).

Bercakap dalam satu sesi debat secara langsung malam semalam, Khalid yang juga merupakan Menteri Wilayah berkata, bekas pembangkang seperti dirinya hanya membantah AES kerana ia diswastakan.



aes

"Apabila kamu kata diswastakan, you bermaksud kutipan saman pergi kepada syarikat swasta. Saman-saman yang dikumpul tidak pergi kepada kerajaan, polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),"

"Jadi sekarang di bawah kerajaan Pakatan Harapan kami telah mengubahnya. Kutipan saman-saman tidak pergi kepada syarikat-syarikat swasta. Kesemuanya pergi kepada JPJ dan kerajaan," katanya lapor FMT.

Tahun lalu, Putrajaya memaklumkan bahawa dua syarikat yang menguruskan AES iaitu Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd, sejak ia diperkenalkan dalam tahun 2012 sehingga Mei 2018, telah membuat keuntungan sebanyak RM129 juta menerusi kutipan saman.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook berkata, skim itu telah diambil alih sepenuhnya oleh JPJ mulai 1 September 2018, selepas kerajaan memutuskan tidak memperbaharui kontrak Beta Tegap dan Ates.

Baru-baru ini mantan perdana menteri Najib Razak mempersoalkan mengapa Mahfuz, yang juga merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia dan sebelum ini bersama PAS, memiliki pendirian berbeza tentang AES berbanding sebelum ini.

Najib memuat naik sebuah rakaman video Mahfuz sedang menyatakan bantahannya terhadap AES.

Khalid yang juga merupakan pengarah komunikasi Amanah berkata, denda RM300 waktu ini terhadap pesalah kali pertama "mungkin terlalu tinggi,"

Kata Khalid, pendapatnya secara peribadi, denda bagi pesalah kali pertama sepatutnya hanya sekitar RM50 hingga RM100, manakala pesalah berulang dikenakan denda RM200 atau maksimum RM300.

Beliau berharap perkara itu akan dibahaskan di parlimen dalam persidangan bulan Mac. Tambahnya lagi, beberapa buah kamera juga perlu ditempatkan semula.

4 Comments

  1. Dulu kalau kamera di rosak kan orang ramai tepuk tangan .

    Sekarang ..... Orang marah sebab itu harta mereka juga. Hak Rakyat .


    ReplyDelete
  2. Puak macai kena mandi lama2 nie...
    Sekor lagi beruk haprak yg pekat kencingnya....

    Dulu kata AES kejam...belasah wang rakyat...
    Skrg kamera ditambah lagi dan diganti dgn nama baru..AWAS

    Tiada beza dgn yg dulu...
    Mana janji nak hapuskan AES????!!!!

    Opsss...AES mmg "dihapuskan' dan diganti dgn AWAS

    Yg degil tak mahu rakyat diberi diskaun saman pon turut BANGANG!!!
    Dulu kata kejam...skrg siapa lagi kejam!!!
    Malang betul tahun babi nie...mmg dasar babi!!!!
    Hmmmmm

    ReplyDelete
  3. Makin sakit rasanya dengan pentadbiran baru PH ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar tuan...
      Kita bagi peluang pm ke7 kita fikir apa yg patut.Dia tengah pening sama ada nak teruskan legasi pm ke4 yg kayakan anak..waris..proksi dan kroni atau mensejahterakan rakyat.
      Bagi peluang dgn pm ke7..nobita dan bapak nobita merencanakan campuran kencing agar lebih pekat sesuai dgn kehendak mrk.
      Dulu nobita janji akan hapuskan tolOL...mgkin minggu depan...atau bulan depan atau tahun depan semua tol akan dihapus.Kita sabar yea...
      Kesian nobita...belum setahun dh dpt gelaran menteri kewangan paling BANGANG dlm sejarah negara.
      Kesiankan mrk tuan...
      Mgkin mrk tidak bekerja dgn ikhlas...tu sebab mrk tak kesah kasi kencing sama rakyat.

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan