Kerajaan tak peduli, penarik beca tampal sendiri jalanraya berlubang dengan tanah [video]

SELEPAS berulang kali aduan jalanraya berlubang malah pernah mengakibatkan kemalangan tidak dipedulikan oleh pihak kerajaan, akhirnya seorang 'pakcik' penarik beca mengambil inisiatif sendiri menampal lubang berkenaan menggunakan tanah.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO



Penarik beca tampal jalan berlubang

Penarik beca berkenaan mengangkut tanah dari tempat lain menggunakan beca miliknya sebelum menuangkan tanah itu bagi menampal jalanraya berkenaan.

Tindakannya itu menarik perhatian orang ramai di media sosial selepas rakaman kejadian itu dirakam dan dimuat naik ke facebook oleh salah seorang individu yang menyaksikan kejadian itu.

Netizen memuji tindakan pakcik itu yang disifatkan berhati mulia melakukan kebaikan "fardhu kifayah," di dalam memelihara keselamatan para pengguna jalanraya yang lain.

Berdasarkan rakaman video, pakcik itu dilihat mengaut longgokan tanah hitam dari dalam becanya menggunakan tangan lalu menaburkannya di atas jalanraya bagi menutup atau menampal kerosakan sebelum meratakan longgokan tanah itu dengan kakinya.

Kelihatan juga seorang lelaki yang kebetulan lalu di situ, turut membantu dengan memijak-mijak tanah yang ditabur supaya mampat dan lebih rata.

Rakaman video itu tular di media sosial, setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 100,000 views dan menerima pelbagai reaksi positif orang ramai.

Berikut video yang dimaksudkan sila klik untuk menonton.




2 Comments

  1. Mungkin ramai tak berapa jelas dengan sistem kewangan kerajaan, sesuatu projek kerajaan sangat susah untuk dilaksanakan kerana terikat dengan pelbagai polisi sebagai contoh untuk melaksanakan projek membaik kerosakan jalan maka satu jawatankuasa perlu ditubuhkan dan jawatankuasa ini kena siapkan laporan selepas itu kena bawa ke dalam mesyuarat pengurusan kewangan dan baru peruntukan diluluskan. Selepas peruntukan diluluskan satu lagi jawatankuasa ditubuh iaitu jawatankuasa tender atau sebutharga, selepas itu barulah sebutharga atau tender dikeluarkan dalam tempoh tertentu. Selepas tamat tempoh maka 3 jawatankuasa ditubuhkan iaitu jawatankuasa pembuka sebutharga, jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa penilaian harga. Selepas siap semua penilaian barulaj diserahkan kepada jawatankuasa sebutharga atau tender untuk dipilih mengikut cadangan dari jawatankuasa penilai. Proses ini memakan masa yang agak panjang, kadang2 memakan masa lebih 3 bulan. Jika peruntukan tidak mencukupi tempoh proses mungkin lebih dari 3 bulan. Sememangnya dalam sistem kewangan kerajaan memerluka masa dan agak ketat. Diharap semua faham dengan keadaan pegawai-pegawai yang menjalankan tugas.

    ReplyDelete
  2. Video ini memaparkan kejadian yang berlaku di negara jiran.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan