Kereta Porsche nama saya, tapi saya pandu Proton Saga kata Mursyidul Am PAS

MURSYIDUL Am PAS, Datuk Hashim Jasin dilapor menafikan dakwaan memiliki sebuah kereta jenis Porsche Cayman. Katanya kenderaan itu dibeli oleh anak lelakinya beberapa tahun lalu atas tujuan perniagaan.

Ketika dihubungi, Hashim berkata anaknya membeli kereta berkenaan menggunakan permit miliknya sebagai Ahli Parlimen Arau, Perlis namun beliau sendiri tidak pernah menaikkinya.

Hashim Jasin

"Saya tak pernah naik pun kereta itu. Anak saya beli untuk tujuan perniagaan menggunakan AP saya. Secara automatik kereta itu didaftarkan di bawah nama saya,"

"Ia sudah sudah lama dijual. Saya tak mampu beli sebuah kereta harga lebih RM100,000 pada masa itu. Jadi jika kamu tanya saya, ya betul, kereta itu di bawah nama saya tapi saya bukan pemiliknya seperti dakwaan baru-baru ini,"

Itu jawapan Hashim berhubung tuduhan segelintir pemimpin kanan PAS menikmati hidup mewah hasil duit yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang didakwa disalurkan kepada parti itu dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Hashim, tuduhan-tuduhan itu sengaja dibuat oleh mereka yang sengaja mahu menimbulkan kontroversi politik.

"Mereka tidak ada isu. Mereka sengaja membangkitkan perkara ini bagi memenuhi agenda mereka. Kereta itu, dibeli oleh anak lelaki saya, tidak ada kaitan dengan tuduhan RM90 juta,"

"Saya pandu kereta Proton Saga sepanjang hidup saya. Rakyat Perlis tahu bagaimana hidup saya. Kereta itu (Porsche Cayman) dibeli oleh anak saya secara sah," katanya lapor NST.

Kata Hashim, tindakan pihak tertentu yang mengaitkan pemimpin kanan pas dengan kehidupan mewah merupakan satu politik murahan untuk memenuhi agenda mereka.

8 Comments

  1. Lawak lah lebai! kereta tu memang kau punya lagi mau tipu ka? Anak lelaki ke, anak perempuan ke, atau anak bulan ke, bila dah letak atas nama ko, dah sah2 kereta tu ko punya. Lagi pun tak kisah lah kalau anak ko punya tapi pakai nama kau, sekurang2nya kena jelaskanlah kat ahli2 dan rakyat, mana duit anak kau dapat untuk beli kereta tu? Tunai ke atau sewa beli? Perniagaan apa yang anak kau buat sehingga WAJIB beli kereta Porsche tu? Sebagai ahli politik dan sebagai puak2 yang mengaku alim ulamak perkara ni perlu dijelaskan bukannya dolak dalik macam TMB kelantan tu yang konon2nya suci sebab katanya cikgu sekolah pun beli kereta mewah. Itu alasan ala2 Donald Trump yang sengaja tak dedahkan bahawa cikgu sekolah beli selepas mengumpul duit bertahun2 dan dengan cara sewa beli sedangkan Lebai2 karut PAS beli semua benda2 mewah ni dari kereta, rumah dan motor besar dengan CASH. Malah No plet kenderaan pun yang bernilai ratus ribu dibayar secara TUNAI.

    Tak sama bila cikgu sekolah beli kereta mewah sebuah dgn ansuran jika dibandingkan ahli politik parti islam yang beli beberapa harta mewah dengan bayaran TUNAI. Tak sama! Ibarat dunia tak sama dengan akhirat, langit tak sama dengan bumi! Ansuran tak sama dengan "CASH"! Agak2 duit yang Lebai2 PAS dapat tu ada bayar zakat tak? Atau ke, Nik Abduh dapat fatwa bahawa duit terpijak atau duit rasuah tak wajib bayar zakat? Maklumlah duit tu tak wajib isytihar (sampai ahli2 pun tak tau ada dapat duit dari UMNO) serta tak termasuk dalam jenis harta yang wajib zakat kan?

    Nick.
    Cape Tiger.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  2. Knp bayar tunai? Supaya sprm tak dapat jejak aliran wang tunai? Sebab itu kot depa confident saja jemput sprm siasat. Tengok nanti siapa yg kena. Walau mcm mana pun nafsu lebai 'pejuang agama' terhadap benda mewah amat memberangsangkan

    ReplyDelete
  3. Lebai2 Pas Pis Pus memang cakap guna otak kat bontot, cakap pusing2, cakap tonggang terbalik macam ular mak oi

    ReplyDelete
  4. belum di buktikan lagi...apa pun pelik...zaman skrng ramai org pandai...masih tergamak lebai nk bodoh kan rakyat khasnya ahli Pas...dgn kenyataan separuh masak:
    1. lebai nik abduh kepanasan cepat cepat kata fitnah nk jatuhkan hubungan pas-umno...
    2. lebai hashim kata keta nama dia..tapi dia bawak proton saga..
    3. lebai nik amar ckp cikgu sek. pun beli keta mahal..
    3. lebai deris ckp...knape husam x di panggil oleh sprm
    4. lebai hadi kata..ahli pas lebih sejuta org...pungut derma jer dah boleh tampung pas...

    semuanya tak menjawab soalan...
    isunya beli kereta cash....yg beli org perseorangan kebetulan ahli dan pemimpin pas......takde kena mengena dgn PAS....


    ReplyDelete
  5. Lebai ini tahu tak maksud "pecah amanah" dan "nepotisme"? Mengaku buat jenayah tapi berlagak macam suci pulak.

    ReplyDelete
  6. Ingat tu, nak mulakan perniagaan kena pakai kereta porshe, bukan proton, myvi, barulah zuhud namanya. Bila pakai porshe, barulah orang respect, kita 'bersederhana' dalam hidup.

    ReplyDelete
  7. bila tembelang pecah,bagitau pada rakyat malaysia semuanya fitnah,beres

    ReplyDelete
  8. itu cita hashim sorang. ada berbelas lebai lagi yg dikait dgn 90j.

    isu cash dan no plet tk disentuh. katanya dah dijual. jual belum boleh mensucikan kes ini wahai lebai.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan