Kereta Singapura pandu lorong kecemasan, kena maki dan dibaling dengan botol (video)

SEBUAH kereta dipercayai Rakyat Singapura kena maki, dan dibaling dengan botol air kerana melakukan kesalahan memandu di lorong kecemasan.

Video kejadian berkenaan tular di media sosial sejak hari rabu (6 Febuari 2019) lalu, selepas dimuat naik menerusi akaun Facebook oleh Nurul Shahida.

SCROLL KE BAWA UNTUK MENONTON VIDEO



Kereta Singapura pandu di lorong kecemasan

Berdasarkan rakaman video berdurasi 31 saat itu, pada awalnya dua buah motosikal ditunggang oleh tiga orang individu membunyikan 'hon' panjang selepas laluan mereka dihalang oleh sebuah kereta dengan nombor pendaftaran "SLD3873J" (plat Singapura).

Difahamkan individu-individu penunggang motosikal ini sedang menolak salah sebuah motosikal antara mereka yang rosak.

Salah seorang antara mereka kedengaran memaki pemandu kereta berkenaan kerana menggunakan laluan kecemasan di lebuhraya itu.

"Bodoh ke apa ha? Tak ada otak?" jeritnya.

Namun pemandu kereta berkenaan dilihat tidak peduli, sebaliknya terus memecut ke hadapan menerusi lorong kecemasan, sebelum dibaling dengan sebuah botol air mineral oleh salah seorang penunggang motosikal terbabit.

Menurut Nurul Shahida yang memuat naik video ini di Facebook, selepas kejadian (tiada dalam rakaman video), pemandu kereta berkenaan turut bertindak balas terhadap mereka dengan menekan brek emergency.



"Ye tahu nak raya, perangai elok sikit. Jangan ikut perangai binatang raya kau tahun ni babi,"

"Ni yang mula, bila dia dah panas hati, dia kacip kita orang dan brek emergency,"

"Nak suruh kitaorang langgar bontot kereta kau, lepas tu kita orang jatuh kau puas hati, begitu?"

"Kau dah brek emergency, satu keluarga laki bini anak-anak kau semua toleh belakang tengok kita orang kemudian blah, dasar lu anjing, babi," tulisnya.

Di bawah ini rakaman video berkenaan sila klik untuk menonton.

2 Comments

  1. JPJ boleh sita sebelum keluar..Ada nombor tru..common jgn jadi jaguh kampong..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan