Loading...

Lagi ahli PAS tampil jadi saksi dengar Nik Abduh mengaku terima duit Umno

SEORANG ahli Jemaah PAS bernama Dr Muhammad Atiullah telah tampil mendedahkan bahawa dia bersama 40 saksi ada mendengar pengakuan Pemimpin PAS, Ustaz Nik Abduh yang mengaku menerima dana dari Umno.

BACA — Lebih 40 saksi dengar Nik Abduh mengaku terima duit dari Umno.



Kali ini seorang lagi ahli jemaah PAS tampil mengaku dirinya sebagai salah seorang saksi hidup yang mendengar pengakuan Nik Abduh itu.

Abu Ulwan membuat pengakuan itu menerusi akaun Facebook miliknya. Katanya dia sanggup dibenci oleh kawan-kawan demi memperjuangkan PAS bersih dari rasuah.

Abu Ulwan

"Saya salah seorang saksi yang masih hidup, selagi saya hidup saya akan perjuangkan PAS bersih dari rasuah. Saya tak mahu PAS rosak macam Umno, biar kawan-kawan benci saya, sebab mereka tidak tahu apa yang saya tahu, dan pastinya Allah lebih tahu. orang tua-tua selalu berpesan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, sekian," tulisnya.

Menurutnya dia merupakan anak buah kepada tiga pemimpin-pemimpin PAS yang turut dinamakan dalam tulisannya.

"Sebelum siapa-siapa dapat dosa kering bolehlah masing-masing call Nurul Islam, Tantawi, Takiri dan Ustaz Nik Abduh."

"Lebih-lebih lagi Takiri sebab dia yang asas group lawan jebon, dia ketua saya, saya khadam je, tanyalah depa, kenal tak Abu Ulwan, pastinya bergetarlah tubuh mereka kerana sayalah anak buah mereka yang sanggup buat apa sahaja untuk menaikkan mereka dahulu," tulisnya.

Abu Ulwan juga menegaskan bahawa dia sanggup bermubahalah (sumpah laknat) dengan Nik Abduh asalkan perkara itu dibawa ke muka pengadilan, dan sanggup hilang keahlian PAS jika dirinya kalah.

"Saya sanggup bermubahalah dengan pihak yang saya tuduh, asalkan semua ini dibawa ke muka pengadilan, Saya juga sanggup kehilangan keahlian sekiranya saya kalah, sekiranya saya menang dan didapati mereka bersalah, maka wajib diturunkan mereka dari kepimpinan," tulisnya.

Abu Ulwan turut menunjukkan lokasi tempat duduknya ketika mendengar pengakuan Nik Abduh mengaku ambil duit Umno.



pelan

"Ilustrasi lukisan kedudukan saya dalam majlis yang dalam audio Ustaz Nik Abduh mengaku ambil duit UMNO dan agen CIA," tulisnya

Berdasarkan ilustrasi berkenaan difahamkan kejadian berlaku di Dewan Puchong pada bulan Oktober 2016.

Post a Comment

12 Comments

  1. Tak sabar melihat anak arwah nik aziz kena tangkap sprm.
    Sekejap rm90juta..sekejap rm200juta.Yg ada bukti2 kukuh tu harap tak jadi arwah slps ini....hihihi
    Rakyat dah muak dan mual.
    Dah lah muak dan mual kena kencing pekat tua kutuk tu dgn badut nobitanya.Dikencing lagi rakyat dgn cerita nak pulihkan ekonomi yg tak sudah2.
    Belum lagi cerita ttg kenyataan yg berbeza2 dpd atok dan pak2 menteri.
    Korang buat apa waktu meeting kabinet setiap rabu tu???
    Membawang jer ker???
    Cuba sebutkan kaedah nak pulihkan nilai ringgit..harga sawit..getah yg makin jatuh selain kos sara hidup yg tak berubah langsung sejak sst dilancarkan.
    Ini tidak...asyik2 cerita rm90juta..1mdb..rm200juta
    BANGANG PUNYA MENTERI!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang ingat jk pas dan umno perintah, dia boleh pulihkan negara yg dipunahkan oleh bossku celaka tu. Jgn bermimpi la. Umno dah sebati dgn rasuah dan pas dah katakan dia tak mau majukan kelantan dgn segera. Biar lambat2 tak apa. Brp lama tak tau. Yg mrk pandai buat ialah memaksakan kehendak mrk ke atas org ramai

      Delete
    2. Dah ada saksi. Bila tak ada saksi tahu pulak cabar buat lapuran. Tak ada pulak sebut hal-hal tersebut.

      Yang saksi tu bukan nya orang lain. Tindakan yang di ambil oleh saksi tu betul. Bukan Husam yang sepatutnya buat lapuran. Orang yang hadir dan dengar lah yang buat lapuran. Atau orang yang telah menyumbang duit lah buat lapuran sebab kena tipu.

      Semasa dalam siasatan nanti baru lah panggil Husam dan yang lain-lain untuk di ambil keterangan.

      Sekarang Kelantan dan Trengganu di perintah oleh PAS. Ada kah Kedua-dua negeri ini akan di berkati Jika pemimpin nya makan duit haram

      Delete
  2. 40 bilion 2 bilion 200 juta 90 juta =

    tutup tol tak jadi, Klinik tutup, Brim sikit, AES naik harga, saman kena bayar segera (dah pokai??), miyak tak turun 1.50

    Semua ni jadi menteri kebas cukup2..

    Beza melayu tipu & Cina tipu..Cina lebih licik dan lebih sukar dibuktikan..Tipu mainan cina..manakala Melayu baru nak belajar menipu..



    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kah kerana itu semua apa yang berlaku dalam PAS di diamkan.?

      Jangan Islam suku, suku.

      Jangan cakap macam orang tak ada pendirian pada Islam.

      Melayu akan belajar menipu dari Lobai-Lobai dalam PAS Jika di biarkan. Dan bukan melayu tak pandai menipu, tengok Najib, Hadi pun kena tipu.

      Itu tanda Tuhan sayang kita. Lagi kuat amal kita, lagi banyak kita sebut Allah, kerja tipu kita tak akan menjadi.

      Delete
    2. Jgn lupa jaguh penipu taraf dunia berbangsa melayu........ bossku!

      Delete
  3. Yang selebihnya jangan berdiam. Allah sedang menguji antara kebenaran dan kebatilan yang mana kamu pilih. Dah duduk dalam kumpulan 40 orang dah tak boleh berkecuali.

    Beberapa orang bekas pemimpin telah terainaya dan berlaku perpecahan dalam keluarga Tuan Guru Nik Aziz. Jangan di biarkan berpanjangan. Kumpulan yang bersongkol dengan UMNO ini lah yang berdoa minta yang buruk, yang memijak gambar orang kerana kebencian dan melabelkan orang dengan haiwan.

    Tindakan perlu di buat supaya selamat di akhirat nanti. Ini bukan tujuan untuk politik tapi kebenaran di hadapan Allah.

    Islam bagaimana kita ini?

    ReplyDelete
  4. Pas mmg bodoh krn tak belajar drp rakan karib mrk najib. Najib dituduh 2 tuduhan berat yg berbeza oleh wsj tetapi najib cuma nafi shj. Najib tak ambil tindakan saman wsj krn dia tahu dia bersalah dan tak akan menang saman. Sebaliknya pas termakan umpan Clare RB dan saman di UK pula tu dgn kos 5X ganda (faktor matawang!). Skrg pas dah dimalukan terpaksa tarik balik saman dan tuduhan SR tetap tak dapat dilenyapkan. Sepatutnya hadi meminta nasihat najib dulu sebelum bertindak!

    ReplyDelete
  5. Wkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkw
    Menyalak cam anjing
    Menyondol cam babi
    Rupanya sekor pun belum buat report kat SPRM

    ReplyDelete
  6. Apalah erti kehidupan.jika hari hari hidup menyebar kebencian...
    ayuh sama sama kita tingkat amal dan ketakwaan kpd Allah...yg rasuah...yg bersalah....inshaAllah akan di balas di dunia dan juga di akhirat....asalkan jgn.kita terlibat...

    ReplyDelete
  7. siapa 'maulana' yg disebut nik abduh dalam audio tu. digambarkan sebagai master mind dalam politik Malaysia. adakah dia kepala CIA yg menjadi guru nik beduh. siapa ada info bongkarkan.

    CIA memang pakar menyusup dlm gerakan islam menabur racun khawarij takfiri dan syiah hingga gerakan islam dilihat ganas keras suka mengkafirkan org islam dan akhirnya ditolak umat islam. adakah ini juga misi 'maulana'?

    ReplyDelete
  8. Bongkar...dedah..haha..sekarang ph dah jadi kerajaan..setakat nak tahu duit masuk dalam akaun tu senang je..sprm boleh bantu..bnm boleh bantu..saksi2 hidup boleh bantu..haha..takkan x ada bukti lg..bodoh..asyik2 fitnah2...dah jadi kerajaan pun x sedar..

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda