Loading...

Lagi geng bikers Singapura tutup nombor plat ketika berada di Lebuhraya PLUS

SEBELUM ini telah tersebar video penunggang motosikal (bikers) dari Singapura yang menutup nombor pendaftaran kenderaan mereka disyaki bagi mengelak saman kamera AES rujuk pautan berikut:

LINK — Bikers Singapura tutup nombor plat



Kali ini salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mengirimkan gambar-gambar sekumpulan lagi bikers dipercayai warga Singapura dilihat turut menutup nombor pendaftaran kenderaan mereka.

Dakwanya dia terserempak dengan kumpulan bikers berkenaan di Lebuhraya PLUS sebelum mengambil keputusan untuk mengekori mereka.

Bikers Singapura tutup nombor plat

Berdasarkan papan tanda dalam gambar berkenaan (tulisan Selamat datang ke Melaka), gambar kejadian dipercayai diambil di kawasan Lebuhraya PLUS sekitar Negeri Melaka.

Bikers Singapura tutup nombor plat

Sahabat pembaca ini turut mempersoalkan apakah tujuan kumpulan bikers berkenaan dilihat sengaja menutup nombor pendaftaran kenderaan mereka.

Kalau kita lihat berdasarkan gambar-gambar ini, nampaknya seperti sudah menjadi 'trend' atau amalan penunggang motosikal Singapura untuk menutup nombor plat sepanjang berada di negara ini.

Maka pihak berkuasa diminta mengambil tindakan terhadap individu-individu seperti ini.

Post a Comment

2 Comments

  1. JPJ boleh tahan motor mereka & sita sebelum mereka dapat keluar..

    JPJ sebelum ini berkata video sah diambil undang2..& beberapa rakyat Malaysia telah ditangkap hanya berdasarkan Video..
    Pemberi video juga direward & diberikan perlindungan undang2.

    Kerajaan Singapore juga tak mahu ada rakyat mereka sebodoh ini

    ReplyDelete
  2. ingat org singapura semua ok ke?..dia orng pun ramai yg penipu..rasuah..dan bagai lagi...cuma kat negara dia undang undang ketat...so bila masuk m'sia tu tunjuk perangai mcm haram jadah...

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda