Lebih 40 saksi dengar Nik Abduh mengaku terima duit dari Umno — Dr Muhammad Atiullah

SEBELUM ini sudah tersebar secara meluas rakaman audio Nik Abduh mengaku terima duit Umno, dan rakaman itu sepatutnya akan digunakan oleh editor Sarawak Report Rewcastle-Brown sebagai bukti dakwaannya mengatakan pemimpin atasan PAS menerima dana RM90 juta dari Umno.

Pada 28 Febuari 2018 Nik Abduh menerusi halaman facebook miliknya, menafikan bahawa rakaman itu adalah suaranya, sambil menyifatkan ia karut dan suatu fitnah ke atas dirinya.



Nik Abduh nafi rakaman audio

Sumber — FB Nik Abduh

Namun selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik saman terhadap Sarawak Report meskipun telah mengumpul derma dari ahli-ahli parti itu bagi menyaman portal tersebut, tampil pula seorang saksi mengaku mendengar kenyataan yang dinafikan oleh Nik Abduh itu.

Seorang penjawat awam hari ini tampil mengaku mendengar sendiri pengakuan pemimpin PAS, YB Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mengaku terima duit dari Umno dan mendakwa ada "lebih 40 orang saksi hidup," yang mendengar pengakuan itu.

Dr Muhammad Atiullah menyifatkan bulan Oktober 2016 sebagai detik paling hitam dalam sejarah hidupnya, apabila buat pertama kali menjadi saksi hidup pengakuan menerima suapan.

"Saya sebagai penjawat awam tentu kenal bahawa apa yang disebut oleh YB Nik Muhammad Abduh adalah rasuah, bukan hadiah. semua penjawat awam telah diberi pendedahan perbezaan antara hadiah dan rasuah sebagai syarat pengesahan jawatan." tulisnya.

Menurutnya di hari kejadian dia berada betul-betul di hadapan Nik Abduh.



"Hari kejadian, saya betul-betul di hadapan UNA (Ustaz Nik Abduh). Tiada seorang pun depan saya. Telunjuk UNA yang marah terhadap Ustaz Zaharuddin Muhammad (UZM) yang membantah 'ambil duit UMNO', secara fizikalnya menuding kepada saya." tulisnya.

Dakwanya lagi dua orang pemimpin PAS turut berada dalam kejadian itu.

"Pimpinan lain yang hadir bersama dengan pandangan UNA adalah Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi dan YB Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri,"

"UZM persoalkan hujah. Cuba memerhati hadis Nabawi dan perbahasan fiqh. Tetapi, UNA pula melenting tak tentu pasal. Lentingannya di hadapan saya. Bagaikan saya dimarahi Sebab saya betul-betul dihadapan UNA. Antara UNA dan UZM, ada dua orang iaitu Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dan YB Dr Mohd Khairuddin At-Takiri."

"Tiada seorang pun di hadapan saya. Tiada kepala yang menghalang saya dari memandang UNA. Di belakang saya pula adalah Ustaz Hazmi Dibok."

"Saya turut memerhati di sekeliling dan cuba mengenali satu persatu orang yang hadir. Jumlah mereka yang patut jadi saksi mencecah ataupun lebih empat puluh (40) orang."

40 saksi hidup

"Selepas hari kejadian, saya sangat kecewa dengan pemimpin-pemimpin tertinggi dalam PAS. Memang bukan semua, tetapi saya sangat kecewa dengan UNA. Wajahnya bagaikan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz tetapi hatinya sama mendiang Marcos." tulisnya.

Sumber — Dr Muhammad Atiullah

10 Comments

  1. Ustaz pas berbohong tak berdosa. Krn ustaz pas semua suci dan dijamin syorga. Betulke?
    Woi walaun, otak ada ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slps cerita rm90juta dikabarkan hanya kencing pekat lobai2 PANxxx....
      Skrg timbul pulak jadi rm200juta....hihihi
      Ntah2...modal kempen pru15 nanti...hihihi

      Parti2 miskin dlm komponen haprak pon dikabarkan menerima wang besar dpd parti2 yg kaya raya.Rasuah ker????
      Utk apa???

      Delete
  2. Malu apa lobaiku

    ReplyDelete
  3. Itu pun masih ada di kalangan pemimpin PAS yang lain yang tak terlibat dan masih boleh di selamat kan iman dan niat berjuang demi Islam menolak kebenaran yang di saksikan seramai 44 orang..

    Alasan sayangkan parti tapi mendiamkan dosa atau kesalahan tersebut tidak akan dapat meyelamatkan parti sebagaimana UMNO. Sekurang-kurangnya UMNO masih ada PAS.

    Jika dapat di perbetulkan niat insyaallah semua penipuan dan pembohongan tersebut akan tertolak dengan memgantikan pemimpin baru yang lebih baik.

    UMNO sudah beberapa kali tukar pemimpin ....

    ReplyDelete
  4. Ah gelojoh semua mahu jadi Umar al khatab tapi tidak menjadi yang menjadi Omar al buluh kasab hahahaha 90 juta pounds banyak tu jika di apungkan selama setahun wow peneroka felda akan rasai al faedahnya dan jika disalurkan ke Palestinian sebagai sebahagian zakat ianya boleh membantu anak anak palestin yang serba serbi kekurangan.

    ReplyDelete
  5. Standard bangang mcm nobita dan bapak mat ganja.
    Mahkamah..peguam negara..sprm..polis..di bwh keRA_jaan haprak.Gunakan kelebihan itu.
    Klu nobita yg disabit kesalahan rasuah beli banglo tanpa kolam senang2 jer lepas.Rasanya sangat mudah bangang2 dlm Panxxx dan haprak khasnya menyiasat kes tersebut.
    Mana bangang2 PANxxx dan haprak yg dlm ceramah mrk sblm ini tahu jalan cerita serta flow wang itu masuk boleh jadi saksi utama.Betul tak??!!!
    Hihihi....jgn kencing jer pekat.
    Rm50...boleh penuh 1 troli.....hmmmmm

    ReplyDelete
  6. Saksi 40 org tu saksi yg amanah ker atau 40 penyamun mcm pemimpin mrk?
    Sekadar bertanya...

    ReplyDelete
  7. Milosuam....tak nak naikkan isu janji2 manipestol pru14 ker?

    ReplyDelete
  8. Aku cukup benci anak arwah nik aziz tu.Tak sabar tengok dia kena jel terima rm90juta dpd umno.
    Mamat2 yg pernah berdegar2 buat tuduhan jangan lupa jadi saksi dan kasi bukti.
    Dlm pemimpin2 kita berusaha hapuskan semua tol dan menurunkan harga minyak ke rm1.50seliter...kita yg ada segala bukti tu bantulah kerajaan kita yg cukup faham dgn kesusahan rakyat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan