Lelaki mengamuk pecahkan cermin hadapan lori DBKL (video)

SEORANG lelaki dilihat mengamuk dan memaki hamun anggota penguatkuasa sebelum membaling suatu objek sehingga memecahkan cermin hadapan sebuah lori milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Pecahkan cermin lori DBKL

Rakaman video kejadian berkenaan tular di media sosial facebook. Tidak dapat dipastikan apakah punca lelaki itu bertindak sedemikian rupa.

Bedasarkan rakaman video yang tersebar sejak semalam, lelaki berkenaan memaki hamun anggota penguatkuasa DBKL yang dilihat sedang mengambil tindakan terhadap warung yang dibina di sebuah persimpangan hanya beberapa kaki jaraknya dari jalanraya.

Dua orang lelaki yang kelihatan seperti rakan kepada lelaki itu, cuba menghalang tindakannya.

Salah seorang individu bertindak memaut leher lelaki berkenaan selepas dia bertindak membaling suatu objek ke arah cermin hadapan kenderaan milik DBKL.

Lelaki mengamuk

Difahamkan tindakan itu telah mengakibatkan cermin di bahagian depan lori itu pecah dan retak.

Cermin lori DBKL pecah

Berikut rakaman video yang dimaksudkan sila klik untuk menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan