Masjid Al-Akram sediakan Mesin ATM beras pertama di Malaysia untuk golongan asnaf [video]

PERNAH viral sebelum ini kisah mesin ATM (Auto Teller Machine) beras untuk golongan kurang berkemampuan yang dilancarkan di Indonesia.

Kali ini Masjid Al-Akram Kg Datuk Keramat menjadi masjid pertama di Malaysia, menyediakan mesin yang serupa bagi memberikan sumbangan beras kepada golongan asnaf yang kurang berkemampuan.



mesin atm beras

Bagi golongan asnaf yang memerlukan bantuan beras, mereka hanya perlu menyentuh kad di sensor yang terdapat pada satu ruangan terletak pada mesin berkenaan.

Mesin itu juga difahamkan turut menyediakan sistem penerimaan derma bagi membolehkan orang ramai menyumbangkan wang ringgit ke dalamnya bagi mengumpul dana untuk membeli beras bagi membantu asnaf-asnaf yang memerlukan.

Dalam satu rakaman video, pengerusi masjid berkenaan menunjukkan demo cara-cara untuk menggunakan mesin tersebut.

Sebaik sahaja kad berkenaan disentuh pada mesin, 2kg beras disalurkan ke dalam bekas yang diletakkan di bawah mesin ATM berkenaan.

"Sekarang ini saya dah dapat beras 2kg daripada mesin ini, dan Alhamdulillah, jadi sebenarnya kita nak bagi ini kepada asnaf-asnaf di Masjid Akram Datuk Keramat," katanya.



Difahamkan mesin itu merupakan hasil sumbangan sebuah syarikat dari Indonesia.

Apapun tahniah ucapkan kepada pihak pengurusan masjid Al-akram yang mengambil inisiatif itu, yang pastinya baik untuk dicontohi oleh lebih banyak masjid-masjid lain di Malaysia.

1 Comments

  1. Patut ditambah dan juga dipelbagaikan. Contoh utk bayar fidyah puasa, utk bayar zakat dan jyga utk bersedekah. Benda mcm ni patut dpt sokongan semua pihak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan