Loading...

Najib jalani upacara puja patung untuk jadi Perdana Menteri kata Deepak (video)

DATUK Seri Najib Razak didakwa menjalani upacara memuja patung-patung menerusi seorang bomoh berasal dari India sebagai usaha bersaing dalam Umno untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Deepak Jaikishan

Perkara itu didedahkan secara terperinci menerusi temubual dengan Jom Channel oleh Deepak Jaikishan, lelaki yang mendakwa diberi tugas mengurus bomoh-bomoh yang dipanggil ke rumah bekas perdana menteri itu.



Menurut Deepak, ketika ritual dilakukan oleh bomoh berkenaan terhadap Najib, dia menyaksikan sendiri dari mula sampai akhir bagaimana perkara tersebut dilakukan dalam 'bilik study' rumah Najib, di Langgak Duta.

"Pada waktu itu saya ada di sana, saya melihat dari A sampai Z, bagaimana mereka melakukannya,"

"Sebab utama bomoh ini dibawa ke Malaysia (kerana) pada waktu itu Datuk Najib ada persaingan sengit dengan kumpulan dalam Umno, yang tidak mahu dia menjadi Perdana Menteri. Pada waktu itu dia Timbalan Perdana Menteri,"

"Datin Rosmah mendapat bomoh ini dari India, bomoh ini dari tempat yang bernama Karpur, nama dia (bomoh itu) Pandatchi, dan bomoh ni telah datang, dan dia melakukan dua proses sembahyang,"

"Pertama dia bawa patung-patung. Patung ini bukan patung tuhan India yang kita biasa lihat di kuil, patung ini patung hitam, ia bagaikan seperti patung anak syaitan,"

"Patung utama dibuat daripada tepung, dan proses ini dilakukan dalam bilik study (rumah) Datuk Najib di Langgak Duta."

"Datuk Najib duduk di atas kerusi dalam biliknya, patung ini diletak di atas dia (Najib) bagaikan bayi, dan disembahyang (kan). Diletaklah susu, kunyit, ada proses tujuh, lapan bahan-bahan diletak,"

Najib jalani upacara memuja patung



"Datuk Najib harus melafazkan, apa yang disebut oleh bomoh itu. Pada waktu itu saya, Datin Rosmah, dan Datuk Najib dalam bilik bersama dia, di bawah ada satu macam baldi, Datuk Najib kaki dia dalam baldi itu, semua bahan-bahan susu semua jatuh balik dalam baldi itu," jelas Deepak.

Menurut Deepak, upacara itu mengambil masa 20 hingga 30 minit sebelum bomoh berkenaan mengambil darah Najib diletakkan di atas patung, sebelum patung itu dibiarkan semalaman dalam bilik tidur Najib.

"Keesokan harinya patung tu dibawa keluar, dan patung ni dihantar ke India." kata Deepak.

"Semua proses ini saya lihat, patung ini diletak bukan dalam kuil biasa, dia kuil yang disembah pada larut malam, kita panggil kuil hantulah, untuk ilmu hitam, India pun banyak ilmu-ilmu hitam ni," kata Deepak.

Upacara itu dilakukan katanya selepas Datin Rosmah panik sebaik sahaja mendapat tahu dari bomoh bahawa suaminya telah jatuh sakit akibat terkena buatan orang.

"Sebab dia buat itu, kerana pada masa itu Datuk Najib jatuh sakit, dia masuk hospital dan datin panik, dia dapat tahu dari bomoh dia bahawa ada orang dah letak sesuatu kepada Datuk Najib, masa dia makan ke apa, dan dia sakit,"

"Jadi dia gunakan bomoh dari India ini untuk proses pemulihan, pindah penyakit, racun dalam badan Datuk Najib ke dalam patung ini," jelas Deepak.

Ditanya oleh pengacara Jom Channel sama ada dia mempunyai bukti-bukti bagi menyokong tuduhannya, Deepak mendakwa dia mempunyai banyak bukti-bukti, dan Datuk Najib sendiri tahu bahawa dia mempunyai bukti-bukti itu dan kerana itulah beliau tidak berani mengambil tindakan terhadapnya.



"Oh, saya ada banyak bukti, kerana saya ada buktilah yang Datuk Najib sehingga ke hari ini tidak boleh mengambil tindakan walaupun saya sudah banyak kali mendedahkan perkara-perkara berkenaan ilmu hitam ini,"

"Saya ada bukti dan dia tahu saya ada bukti, saya mengendalikan semua orang (bomoh-bomoh) ini, saya yang disuruh. Datin akan bagi tahu saya orang (bomoh) ni nak sampai esok, awak tolong atur tiket penerbangan, saya ada bukti tiket, saya ada gambar mereka, gambar mereka di rumah, semua saya ada, Datuk Najib tahu" kata Deepak sambil tersenyum sinis.

Pendedahan oleh Deepak ini sebenarnya sekadar memenuhi lompang-lompang cerita yang pernah didedahkan oleh menantu Datin Rosmah sendiri sebelum ini iaitu Dr Fazley Yaacob menerusi akaun Instagram miliknya.

Menantu Datin Rosmah

Di bawah ini rakaman temubual berkenaan.


Post a Comment

15 Comments

  1. Percaya dgn integriti deepak???
    2x5 dgn mahdey....hihihi

    Mengulas ttg ringgit makin jatuh pon..BANGANG!!!
    Benarlah kata para 'arwah' dan 'mendiang' reformis....siakap senohong gelama ikan duri...bercakap bohong lama2 mencuri.
    Mencuri demi anak..proksi dan kroni menyebabkan fikiran jadi sempit utk mensejahterakan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup atok tak pernah salahkan diri sendiri.Ringgit jatuh pon dia boleh salahkan donald trump.

      Delete
  2. Kpd semua pentaksub najib 'bossku' :

    Malu apa, bossku amal syirik
    Malu apa, bossku mencuri sakan
    Malu apa, bossku penipu
    Malu apa, bossku haramkan media lapor ttg 1mdb (semasa dia PM)
    Malu apa, bossku haramkan baju kuning! (Bersih)
    Malu apa, bossku takut dgn belon
    Malu apa, bossku jahanamkan saham FGV (wahai felda settlers)
    Malu apa, bossku lindungi jamal jamban

    dll. banyak lg. Jangan buat2 lupa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manipesto haprak yg sangat2 menipu tak apalah pulak...tak malu ker bossku???
      Mengangkat penipu dan penyamun besar yg mengkayakan anak..waris..proksi dan kroni...tak malu ker bossku????
      Mengangkat pemimpin yg tak pernah peduli negeri2 yg miskin...tak malu ker bossku???

      Tak payah nak malu....asal anak..waris..proksi dan kroni tak malu dikayakan dgn cara memalukan....

      Delete
  3. Cilaka org tua tu!!!!!
    Rakyat disuruh buang tongkat.
    Anak2..proksi dan kroni dia diberi tongkat sakti!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Deepak berhati2. Jgn dekati tong dram, ye tak pentaksub bossku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alang2 mahkamah dan peguam negara dlm kuasa mahdey dan nobita....siasat sampai kena jel si najib tu....hihihi

      Delete
  5. Ringgit jatuh... Hatga Sawit, Harga getah merundum ada lah akibat kerja syirik yang tidak terampun... Dosa pemimpin seperti Najib lah yang menyebabkan rezeki terhalang....

    Jika dalam rumah ada botol arak atau patung hiasan yang besar, kata ustad Allah akan sempit kan rezeki dan rahmat Nya

    Wallahhuaqlam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib masih pm ker????
      Hihihi...
      Harga jatuh..nilai ringgit jatuh ketika tua kutuk tu jadi peeM.
      BANGANG!!!
      Baik letak jwtn kalau tak mampu nak jaga ekonomi negara.

      Semuanya jatuh angkara munafik diangkat jadi pemimpin.Mengata org mencuri tapi dia pencuri besar sehingga kaya-raya anak2..proksi dan kroninya.

      Delete
  6. Milo suam juga akan dibicarakan nanti di mahkamah Allah.
    Yang suka tuduh itu ini juga tak terlepas.
    Bersiaplah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua org akan menjawab di akhirat.. jgn risau. sesiapa bersalah yg patut risau walaupun seribu kali nafi dan tuduh org fitnah dia. tak kemana nye

      Delete
  7. Tak ada se siapa dapat lari dari mahkamah Allah. Termasuk lah orang yang tarik saman yang mengadai maruah Islam.

    Tuduh atau dia mengaku dia ada sebagai saksi... Tidak kah di mahkamah Allah, dia akan menjadi saksi juga sebelum mulut dan teliga menjadi saksi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pekat kencingnya pon tak akan terlepas mahkamah Allah.

      Delete
  8. hamba lebih kpd percaya kenyataan Deepak tu. desas desus byk dh sebelum ini.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda