Loading...

Pengkhianat rakam suara Nik Abduh dalam majlis tertutup kata Tuan Ibrahim (video)

TIMBALAN Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan individu yang merakam dan menyebarkan suara Nik Abduh dalam satu majlis tertutup yang kecoh baru-baru ini sebagai pengkhianat.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Ar Rahman, Pekan Sik Kedah Darul Aman semalam (9 Febuari 2019) di mana kuliah itu turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook.

Tuan Ibrahim Tuan Man

Dalam ucapannya beliau sempat menyentuh tentang isu rakaman suara pemimpin PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang tersebar mengaku menerima dana dari Umno.

"Kalau kita buat benda yang tertutup, jangan khianat rakam majlis tertutup, dok riuh cerita Nik Abduh punya rakaman. Majlis tertutup ada khianat buat rakaman sebar pulak," katanya.

Tuan Ibrahim turut mengingatkan hadirin agar tidak menegur rakan secara terbuka kerana tindakan itu boleh menjatuhkan maruah individu yang ditegur.

"Tuan-tuan kalau nak tegur kawan jangan tegur dalam Facebook, kata Imam Ghazali kalau kamu tegur aku di khalayak ramai, kamu menjatuh maruahku, kalau kamu tegur aku bersendirian, barulah kamu menasihati,"

"Kalau kita nak tegur dia jangan tegur dalam Facebook, dia ada maruah, PM dia, PM tepi, direct dengan dia sahaja," katanya.

Di bawah ini sedutan rakaman ucapan beliau, sila klik untuk menonton.



Sebelum ini seorang pemimpin PAS, Dr Muhammad Atiullah membuat pengakuan terbuka menerusi Facebook mendakwa dirinya bersama lebih 40 orang saksi, hadir dan mendengar sendiri pengakuan Nik Abduh menerima dana dari Umno.

BACA — Lebih 40 saksi dengar Nik Abduh mengaku terima duit dari Umno

Selepas itu seorang lagi ahli PAS tampil mengaku turut sama berada di majlis berkenaan dan mendengar pengakuan Nik Abduh seperti didakwa sebelum itu.

BACA — Lagi Ahli PAS tampil jadi saksi dengar Nik Abduh mengaku terima duit Umno

Empunya diri Nik Abduh sebelum ini bagaimanapun menafikan rakaman berkenaan sambil menyifatkan ia sebagai karut, mengarut dan fitnah ke atas dirinya.

Nik Abduh

Post a Comment

43 Comments

  1. nak tanyalah orang duduk cakap macam macam... jadi maknanya cerita kaset nik abduh ni betullah... atau macammana.... wahai tuan .

    ReplyDelete
  2. ada jugak lebai berlidah biawak,terimakasih pengkhianat

    ReplyDelete
  3. Mintak bukti .. Mana bukti ?

    Eh.. Eh..

    Yang bagi bukti dan jadi saksi pulak jadi pengkhianat..

    ReplyDelete
  4. Ini bukan pasal kawan tak bayar hutang . Atau pasal masalah keluarga... Kalau peribadi memang lah kena PM..

    Mustahil tak ada yang bagi nasihat.. Dari awal di nafikan .

    Masa geng AMANAH boleh pulak di malukan... siap di babikan dan di anjing kan lagi..

    Sayang betul PAS pada UMNO ..

    ReplyDelete
  5. Kamu tak payah nak cakap pasal maruah... Sebab parti kamu sudah tak bermaruah.

    Kamu tolak ke semua 40 saksi begitu sahaja.. Kamu kata orang yang mendedahkan nya pengkhianat... Sedang kan kamu lah pengkhianat sebenar.. Pengkhianat Agama .

    Kamu berceramah dalam mesjid dan bercakap mengenai politik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg khianat janji pada rakyat juga tak ada maruah.
      Siap disindir pulak rakyat yg menagih janji.Mmg cilaka punya manusia!!!!

      Delete
  6. PAS merancang , tapi perancangan Allah lagi hebat.. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. … dan perancangan Allah mengatasi perancangan CIA. alhamdulillah

      Delete
  7. Maaf ler nak tanya sikit
    , aku baca tajuk lepastu baca cerita, last sekali tengok video, tajuk dan cerita adalah hubung kait, tapi yang video takde langsung hubung kait dgn tajuk dan cerita, dlm video langsung tak sebut nama, ceramah hanya bagi tahu jgn aibkan org, tegur boleh tapi bukan dikalayak ramai atau dlm Fb, tegur depan2 atau pm tapi, itu baru nasihat tak menjatuhkan maruan org lain,

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara benar..cakap menyebar kan fakta..tapi sebar kan sesuatu yg mudarat

      Delete
    2. Dia cakap pasal Erma Embong tanggal tudung ?

      Yang dia sebut rakaman tu, Erma Embong ke yang buat majlis tertutup?

      Kalau dia sebut nama bererti dia lah yang mendedahkan aib orang

      Bila dedahkan jadi pengkhianat.. Bila tak sebut nama tak ada kena mengena ..

      Delete
    3. Kan jelas dan terang dia sebut "rakaman Nik Abduh," kalau tak dengar ulang banyak-banyak kali sampai dengar ye hahahha penegak benang basah

      Delete
  8. Yg nik beduh buat tu perkara suci krn dia ialah drp kalangan org2 suci.
    Ambik pitih umno kmudian bersama2 umno dlm gelap hadapi pru14 pun perkara suci.
    Bila umno berkawan dgn parti ehem-ehem, umno yg sekian lama penyangak, terus jd suci....krn umno kasi pitih.
    Lebai2 parti ehem-ehem ada nilai tersendiri dlm segala hal...krn mereka ngaku mereka makhluk yg paling hampir dgn Allah kot!!!!!

    ReplyDelete
  9. teruklah pemikiran lebai Pas skrng ni....dah mcm Daesh...isis...

    bukan nk ngaku salah....minta maaf jauh sekali...xde ayat Quran dan Hadis Sahih habis segala ulamak dia ambil hujah...dah tu hujah x kena pulak....depan manusia boleh lah pusing ckp...depan Allah jawablah nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu tuan.. dr sejak hadi jd imam pas hamba dh Nampak aliran pemikiran isis takfir, khawarij dan syiah ada dlm pas. kini fahaman pragmatik pun ada. boleh sokong mca yg bkn islam.

      Delete
  10. Masih ada lagi walaun2 yang cuba nak putar belit isu makan duit rasuah dan duit curi ni. Ini bukan soal khianat atau dengki tetapi mendapatkan bukti berlakunya perbuatan rasuah dan penyelewengan. Apa yang pasti majlis itu diadakan sebagai usaha dan percubaan untuk menutup dan menyembunyikan kemungkaran dan sudah semestinya sebagai orang yang beriman, kemungkaran dan penyelewengan mesti didedahkan untuk mencegah kemungkaran itu semakin berleluasa. Itu adalah tuntutan islam

    Kalau kita ikut nasihat lebai karut ni, bermakna kes2 jenayah dan rasuah2 yang melibatkan bukti2 rakaman ni diharamkan oleh Islam ke? Jawabnya tidak sebab apa yang diajar oleh lebai karut ni adalah ajaran songsang yang menyeru agar jenayah dan kemungkaran ditutup demi menjaga air muka pak2 lebai yang siang malam berlakon sebagai alim dan suci. Jika perkara ini juga dilihat sebagai membuka aib, perlukah lagi ada mahkamah untuk menghukum orang2 yang melakukan rasuah dan penyelewengan atas dasar "menutup aib". Ini bukan kehendak islam tapi ini kehendak nafsu serakah lebai2 yang berhati serigala. Jenayah yang melibatkan kepentingan awam mesti didedahkan dan pelaku mesti didakwa dan dihukum.

    Lebai2 ni sangat suka memutar belitkan agama demi menyembunyikan perbuatan mungkar mereka. Islam menyeru "amar maaruf, nahi mungkar" tapi lebai2 karut ni menyeru "amar mungkar dan jangan dedahkan kemungkaran mereka demi menjaga aib". Ini sudah betul2 songsang, moral dan akidah! Ini adalah akibat memakan rasuah, sanggup memutar belitkan ajaran islam demi kepentingan dan nafsu mereka. MasyaAllah!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cap tiger beer...
      Nobita disabit kesalahan rasuah beli banglo murah tanpa kolam....hihihi

      Mana muka2 ahli PANxxx yg TAK bersetuju dgn keputusan mahkamah yg membatalkan pertuduhan itu????
      Nampak mcm bersetuju dgn pencabulan sistem perundangan dan kehakiman negara???!!!

      Yg paling simple....tak nampak pon muka pak2 lobai PANxxx yg kecewa krn kerajaan tidak mengotakan janji?!

      Atau mmg dasar muka di bwh tapak kaki dapigs dulu kini dan selamanya...huhuhu
      Terpaksa angguk2 demi kuasa dan harta....hihihi

      Delete
    2. Bicara nya pun tidak dah kata bersalah .

      Harga rumah dia beli tu lagi berpuluh kali murah dari sekeping nombor plet kereta dan di beli dengan pinjaman bank .

      Mana pulak datang nya pemimpin tak setuju, dari awal dah tahu tuduhan di reka atas sebab politik semata-mata.

      Bye

      Delete
    3. Kes kalipah lobai PANxxx limgone end 2x5 dgn kes khir toyo.Guna kedudukan utk kepentingan peribadi dgn individu yg berkepentingan.

      Bezanya....khir toyo kena jel...
      Kalipah gone end....dilepaskan...

      Ditabal jadi menteri kewangan...
      Sijil akauntan dikatakan pgtauliahan sementara....
      Maksudnya dh tamat atau tidak study dia....

      Mgkin disitu dia gagal memacu ekonomi negara dgn baik dan dikatakan menteri kewangan paling BANGANG dlm sejarah negara.
      Hmmmm....

      Delete
  11. Berkatalah yg benar sekalipun ia pahit. Siapa agaknya yg kata? Nik abduh mmg tak pernah dengar kata2 ini. Lebai2 top pas pun sama juga?

    ReplyDelete
  12. Apabila mat CIA tuh tegur Tun M supaya habiskan masa kat tikar sembahyang macam mana pulak hukum akal nya ekk? Jangan kata tegur, perli tahap menghina ada lah.....

    Atau ada mat PAS presideng PAS majlis syura PAS tegur benda alah mencuri wang dari kantung kerajaan tuh SALAH dan tidak ber AMANAH.....ada pm tepi tak hai tuang brahim?????

    Satu lagi....dalam masjid tuh politik-selekoh-mati atau kona-baring nih patut ler dielak kan.....cerita bab agama ler yang baik baik jer...ni semakin bertali arus nak kambus apasal tuang hadi batal atau settle saman luar mahkamah@#@!???

    Tak aci ler puak PAS nih.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg patut pon org tua tu habiskan masa di tikar sembahyang dpd keja sampai mampos.
      Asyik u_TUrN dan mengencing jer keja..
      Mcm lah baik sgt...
      Anak2...proksi dan kroni dh kaya raya...
      Klu nak keja sampai mampos pon biarlah beri tumpuan kpd bebanan hidup rakyat.Berhenti memikir utk keuntungan anak..proksi dan kroni.
      Bnyk lagi negeri yg msh daif dari segi infra dan kemudahan.
      Bangang!!!

      Delete
    2. Kita manusia . Kehidupan di mana-mana sekali pun tak kan dapat hapuskan kemiskinan.

      Masa dalam UMNO lagi anak-anak dan kroni dah kaya.. Tapi akhir nya mereka sanggup tinggalkan UMNO. Sedih nya tempat mereka di ganti oleh lima enam kerat pemimpin PAS. Beza nya PAS di beli.

      Semua negara kecil menghadapi bebanan ekonomi apa lagi kita yang terbeban dengan skandal 1MDB. Yang kaya cina gemok cuma samada PAS tak sedar atau PAS pun dapat juta-juta.

      Delete
    3. Lawak...
      Tak sangka ada macai yg sanggup pertahankan kekayaan luar biasa mahdey dan anak2nya....
      Tahniah.....hihihi

      Delete
    4. Bangang...puas kena kencing agaknya

      Hutang 1mdb tak sampai 2% dpd keseluruhan hutang negara...BANGANG!!!
      Dgn aset 1mdb yg ada...keRA_jaan haprak boleh jual kesemuanya utk setel habis hutang.

      Hutang negara bukan hanya melibatkan hutang kerajaan semata2 tetapi semua sektor termasuk individu.Ko fhm ker....hihihi
      Hutang kerajaan dahulu sebenarnya dlm rm6xxbillion tetapi kdnk kita melebihi rm1.3trillion.
      Maka tiada asas utk bangkrap....

      Nak kelentong agak2 lah...cai
      Mahdey pon bnyk habiskan wang rakyat tapi tak digelar sebagai pencuri...hihihi
      Rumah agam dia tak mampu dibeli dgn 22tahun dia jadi peeM....hmmmmm

      Delete
    5. anon 21:20

      ini bukan soal tk boleh bayar hutang 1mdb. 10x ganda pun kerajaan boleh bayar.. contohnya dengan menjual Kelantan kpd negara China. mahal tu.

      tp 1mdb ni soal integrity dan salahguna kuasa 3 org (PM, Menteri kewangan dan pengerusi 1mdb) mereka bertiga ni yg pakat rompak melalui 1mdb.

      kalau rasuah seratus dua pun salah.. napa tk kerajaan je setel kan.

      apa asset 1mdb kalua tidak asalnya asset pihak2 lain campur asset kerajaan yg dijarah 1mdb. takkan tak tau bermula 1mdb berapa modalnya? apa asetnya utk buat loan dgn yahudi begitu besar?

      yg paling sadis.. org kiri kanan najib pun tktau 1mdb. Nampak sgt najib kemut rompak sorang2 dgn bini dia. meeting atas kapal jholow di meditternean. tk bawa pakar2 ekonomi pun. bawa anak dan bini aje. tp projek itu dijadikan projek negara.

      untung aku sapu, hutang sama2 bayar ok. kan u ll love bossku!

      Delete
  13. Pas lebih makmur dibawah pakatan rakyat dibawah satu panji tahaluf siyasi mendaulatkan keutmaan keutmaan didalam membentuk negara berkebajikan disatu ketika dahulu dimana fiq kenegaraan dinegara berbilang kaum diselaraskan dgn semangat teloran seumpama piagam madinah.
    Alhamdulilah pakatan rakyat dan pas berjaya menciptakan kemenangan berganda di didalam pru12 dan 13.
    Selangor satu ketika dahulu adalah kawasan strategies barisan nasional dan kubu kuat umno yang sukar untuk digagas tetapi diibarat sepandai tupai meloncat jatuh ketanah juga barisan nasional tewas tersungkur pakatan rakyat dan pas mengucapkan salam selamat tinggal barisan nasional,pakatan rakyat berjaya mentadbir urus selangor dgn cemerlang di selangor dan dicontohi oleh negeri negeri lain dlm melaksanakan pembaharuan pembaharuan sebagai negeri berkebajikan.

    Panas tidak kepetang hujan ditengahari apabila ilmuan almarhum tuan haji nik aziz menemui ilahi, pas hilang credibility seumpama dilanda virus virus perubahan sikap yang drastik tergesa gesa gopoh gelojoh melulu diluar dari strategies maknanya tahaluf syiasi itu terbatal dan dibatal dan bahananya adalah pada hari ini, diremehkan dlm segala sudut dan dan ababila menberi alasan dan alasan itu juga diremehkan dan alasan itu cuma menyelamatkan individu.

    Tuan haji Ibrahim man perlu faham majlis tertutup itu juga majlis aib menceritakan tentang aib aib tampa ada soal jawab tampa restu majlis itu menjadi sesuatu yang tidak restu dan tiada bezanya dengan persidangan makcik makcik bawang. Aaaaaa jangan cuba cakap ada agenda jahat majlis tertutup itu juga sesuatu yang jahat makanya jauh dari keberkatan.
    Majlis itu juga diluar ilmu tasawuf miskipun nahu suara itu berkata tentang kitab kitab tasawuf dan dari satu sudut usuliyin pencerahan teramat perlu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kapir hina agama Islam...mana pegi tahaluf siyasi ulamak PANxxx????
      Menikus khuatir periuk nasi tak berasap....
      Nyata muka korang di bwh tapak kaki kapir dapigs dulu..kini dan selamanya.

      Delete
    2. Mereka bukan hina Islam. Mereka bukan benci tapi mereka tak faham apa lagi Lobai-Lobai PAS guna agama mengeksploitasikan hal-hal agama seperti mana Tuan Ibrahim mengatakan orang yang memdedahkan sikap sebenar seseorang yang tak amanah yang jadi pengkhianat. Nak cakap, cakap sekali orang yang memgaku terima duit mengikut Islam

      Delete
    3. Tak payah berdalih lah cai...
      Tak pernah nampak pon lobai2 PANxxx bersuara klu Islam dihina.
      Rakyat sedar...muka mrk di bawah tapak kaki dapigs....
      Dulu kini dan selamanya...
      Mrk tak mampu buat apa...hina

      Delete
    4. kes mana yg hina islam? pasumno pun tkade satu kes hina islam dibawa ke mahkamah. dok bising kat padang ramai2 je. kan hina islam salah disisi undang2.. sila bawa ke mahkamah.

      hina islam paling besar dan busuk ialah bila lobai guna fatwa utk bela perompak. jholow hina umat islam guna duit tabung pas kata puashati…

      ruu355 pun senyap dah. dh ramai dikafirkan dan dilabel musuh islam, akhirnya pas sendiri lupakan 355. hanya bising kt padang burung saja, parlimen ponteng. sapa hina islam?

      Delete
  14. Sebenarnya saya masih sayang pas sebuah parti yang conservatives sebuah products Muslims melayu bagaimana melayu Muslim bagaimana menjadi muslimah/muslimin yang baik lalu bertakwa bertakhta Iman disanubari dan muthahir ini perjuangan pas sedikit tersasar dan menemui jalan jalan buntu dan berpuak puak meleval itu ini dan demi masa keadaan ini akan merugikan. Pas perlu di reformasikan dan merehatkan pemimpin pemimpin utama bagi meredakan segala kekalutan yang berbangkit meliputi setiap issue semasa. Setiap issue yang tidak ditangani dgn baik dan telus ianya mencalar reputation akibatnya panjang dan belarutan reputation Islam juga teremeh dan diperlekih.
    Jadi oleh yang demikian pemimpin pas lebih berperanan berdiri berprinsip berani membuat perubahan dan berdiri diatas landasan asal berdiri diatas kaki sendiri.
    Berpaut pada umno itu bukan satu langkah bijaksana kerana disatu ketika dahulu anda tuan tuan telah meremehkan mereka.
    Anda telah melontarkan dahulu barisan nasional dgn lontaran itu ini dan bila anda membentuk kerjasama diatas nahu ummah anda juga akan menjadi sebuah pertubuhan parti yang keliru..
    Kerjasama telah berlaku dahulu secara langsung dan tidak langsung dan anda tidak mendapatkan keberuntungan melainkan segelintir individuals dlm pas bermain dgn jenama politics dan pada dasarnya parti pas rugi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang banyak meremehkan pas suatu ketika dulu adalah pm ke4.
      Takkan dah lupa??!!!!
      Hihihihi....

      Dulu dan skrg dah tak sama....
      Sama juga dgn dapigs yg suatu ketika dulu menyokong hudud.Bila kerusi mrk paling majoriti dlm haprak.....bye bye semuanya..hihihi

      Delete
    2. Sebelum tertubuh nya PH dan Tun masih dalam UMNO lagi, PAS dah kawtim dengan UMNO.

      Ketika DAP sokong hudud Lobai Hadi kata tak sampai satu pertiga hudud di sebut. Keutamaan di beri pada permasalahan rakyat miskin supaya orang macam gko tak mencari dan menipu

      Delete
    3. Pm ke4 bnyk hina pas...
      Skrg dijilat bontotnya oleh mantan2 pas...
      Hihihi

      Delete
  15. mengkhianati perbuatan khianat yg melibatkan Jemaah adalah suatu perbuatan yang betul.

    dah sama mcm umnolah pas ni. yg buat salah dibela, yg mengadu kesalahan jadi mangsa.

    ini bukan cerita nik beduh dgn pompuan dalam bilik. ini melibatkan umat dan negara kerana penglibatan dgn CIA. perlu dibongkar.

    tu sebb pas sokong najib merompak sebb anggap ia perkara peribadi dan aib individu.

    tp pas cukup suka rotan org berkhalwat dan tambah hukuman yg melibatkan kesalahan sex dlm ruu355. aib ke bukan kalau skodeng org beromen dlm premis tertutup? kita tk kata sokong maksiat tp fahaman pas dh terbalik dlm isu 'aib seseorg'.

    ada 40 saksi wow. bukan takat 4 saksi nampak batang celak masuk botol celak.

    bermakna titm sokong ambik duit umno dan sokong CIA terlibat.. dgn alasan demi islam. inilah pragmatik Machiavelli yg pas menentang sebelum ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada bezanya beruk2 yg ingin memenjarakan mahafiraun atas kesalahan rasuah dan salahguna kuasa.Skrg mahafiraun dijilat bontotnya serta diangkat sebagai peeM.
      Betulkan???!!

      Delete
    2. Yang jilat tu termasuk pemimpin PAS yang datang berjumpa Mahathir di pejabat nya.

      Tak silap ada dua rombongan .

      Jilat Jangan tak jilat . Sini jilat sana pun jilat. Bontot Najib dan bontot Ros ..

      Delete
  16. Ada perbezaan tetap ada tetapi sudah menjadi lumrah perbezaan sering disalah ertikan seperti di peperangan silam di bukit uhud dan selepas itu mula menuding Jari selepas menuding tidak mengaku kesalahan kesalahan dan sebahagian lagi kesal dan sesal.
    Cerita di bukit uhud menjajar tentang discipline menjaga amanah diatas setiap urusan dan pendekatan persamaan dlm politics hari ini perlu didikasi dan bermoral.

    ReplyDelete
  17. Perbezaan barisan nasional dengan pakatan harapan semangat jauh. Kekalahan barisan nasional sesuatu yang wajar.kewajaran itu sesuatu yang tak tertuntas dan agak sulit bagai angota sulit untuk diperkatakan.

    Pakatan harapan baru seusia 11 bulan dibarisi menteri baru dan lama dan masih lagi pengantin baru dan sebahagian menifesto masih gagal terlaksana kerana keuwangan tiris dan apabila dilaksanakan kesemuanya akan lebih memudaratkan negara fiq kenegaraan diguna pakai melaksana sebahagian menisfasto..

    Sabar jgn gelojoh dan gopoh mencari cari salah pengantin baru diijab Kabul dlm pru14 baru 11bulan matang perkahwinan jangan tuduh dengan tuduhan melulu yaitu mandul berada didalam keadaan tidak mampu melahirkan zuriat atas factor itu dan ini.sabarla tidak rugi bersabar mungkin malam jumaat akan datang membuahkan hasil insyaallah.
    Begitulah juga dgn pakatan harapan bersabarlah kasi masa.
    Ketahuilah cepu debunga akan berlaku coming soon sabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sama kan dengan pengantin baru..

      Nafsu Lobai kuat... Gelojoh.. beranak tak beranak lain story

      Apa nak jadi pada PAS... jahanam ke tak... Lain cerita

      Delete
  18. kalau diberi menang pas dan umno, nnti masing2 parti pula akan miliki kapal mewah. 1mdb akan diikuti 2mdb dan 3mdb.

    bukan setakat tergadai pd kuasa besar tp juga dikuasai CIA.

    mahukah anda semua ini? sedangkan kelemahan PH sekarang hanyalah kerana tak dapat memenuhi sedikit kehendak rakyat seperti yg dirancang. ia masih minor dan boleh ditambah baik.

    tp kalau tergadai kepada pengkhianat negara.. gelap masa depan keturunan umno dan lobai2 in future sekali.

    ReplyDelete
  19. Kekalahan bn dlm pru14 adalah satu kebaikan. Begitu juga dengan pendedahan pemimpin pas dengan rasuahnya. Ia akan menjadi teladan dan pengajaran apabila bn memerintah semula selepas pru15 nanti. Pemimpin bn pas yang akan memerintah malaysia selepas ini akan lebih mengutamakan rakyat. Masa 5 tahun ini akan memuhasabahkan mereka sebelum mereka memerintah semula. Jika mereka menipu rakyat dgn manifesto palsu atau mementingkan poket sendiri, mereka akan dihukum melalui pilihanraya. Bn pas harus belajar berubah kerana mereka sebenarnya lebih baik drp ph.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda