Polis hukum 'remaja rempit' letak telinga pada ekzos motosikal yang bunyi bising (video)

BEBERAPA orang 'remaja rempit' difahamkan sering mengganggu penduduk setempat dengan bunyi ekzos motosikal yang bising, menerima padah apabila pihak polis menghukum mereka meletakkan telinga pada ekzos yang bising itu.

Sebelum dihukum, pesalah berkenaan terpaksa mendengar leteran ketua pasukan polis berkenaan selama beberapa minit.

SCROL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO



Polis hukum mat rempit letak telinga pada ekzos motosikal

"Kalian motor dibikin press, tapi telinga kalian supel (kebal), faham?"

"Saya bertugas di sini hanya menegakkan keadilan, Jangan salahkan kita yang menjaga hak-hak masyarakat umum,"

"Sekitar sini banyak, anak-anak kecil, orang tua sakit, kalian tidak punya otak, sedar tidak orang tua kalian sudah tua? Sakit sekitar sini, mana toleransi kalian?"

"Jangan salahkan kami yang bertindak menjaga hak-hak masyarakat umum, ikuti proses yang ada, pemeriksaan yang ada, ikuti aturan lainnya, kalian warga yang bertanggungjawab faham," kata pegawai polis berkenaan. Remaja-remaja berkenaan hanya mengangguk dan akur.

Anggota polis kemudian memegang kepala remaja-remaja terbabit dekat dengan ekzos motosikal milik mereka sebelum anggota lain bertindak "memerah throttle" minyak menyebabkan enjin kenderaan itu mengaum kuat sekaligus membingitkan telinga mereka.

Berdasarkan bahasa yang digunakan oleh pegawai polis terbabit, kejadian itu dipercayai berlaku di Indonesia.

Video rakaman kejadian itu yang berdurasi 2 minit itu tersebar di media sosial warga Indonesia sekaligus menerima pelbagai reaksi netizen. Netizen dari Malaysia juga ramai yang memuji tindakan itu, dan berharap ia boleh turut dipraktikkan di Malaysia.

Di bawah ini rakaman video berkenaan sila klik untuk menonton.

5 Comments

  1. Sejak 20 tahun lebih dulu aku dah dok cadangkan polis hukum rempit spt ini. Letak mrk dlm lokap dan pasangkan rakaman bunyi motor mrk sepanjang malam supaya mrk dpt merasakan apa yg mrk buat kpd org lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Termasuk keRA_jaan kencing pekat yg pekakkan telinga dgn keluhan rakyat.
      Patut sekor2 tekapkan telinga mrk kat ekzos yg panas tu.Mana tau dpt pulihkan pendengaran mrk.

      Delete
  2. Masih terngiang2 ceramah kalipah nobita banglo tarak kolam tu....dia mengatakan akan hapuskan TOLol slps naik putra jaya.
    Apa yg rakyat dpt???
    Kencing pekat...

    Yg terhapus...kesalahan rasuah dan salahguna kuasanya di mahkamah.
    Manusia macam nie kah rakyat nak percaya???
    Bijak berlakon dgn kata2 utk mempersonakan beruk2 haprak.

    Patut muka dan telinga dia masukkan dgn ekzos.Biar jadi bangang sampai mampos!!!!!

    ReplyDelete
  3. Jujur bukan suka sgt dgn pm ke7 nie..kaki rasuah dan salahguna kuasa!!
    Kerana dia kata umur dh tak pjg(dah nak mampos)...dah bertobat..nak selamatkan negara....Kita pakat2 sokong undi.
    Begitu juga keturunan rasis...kata dpt hapuskan tolOL..ptptn..aes..gst..dan krgkan kos sara hidup dsbnya.
    Ada yb2 sial kata dpt kasi minyak rm1.50 seliter dlm 24jam slps menang dan bnyk lagi janji2 lain.
    Maka ramai terpesona....

    Yg nyata...tiada perubahan
    Makin SIAL!!!

    ReplyDelete
  4. Tolong kasi makan asap sekali.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan