Rakyat Indonesia gembira harga minyak turun sehingga 23 sen seliter hari ini

RAKYAT Indonesia hari ini (10 Febuari 2019) menerima berita gembira apabila harga minyak republik itu diturunkan sehingga 23 sen bagi setiap liter.

Media Indonesia melaporkan, tindakan itu diambil susulan tren penurunan harga minyak mentah dunia dan kedudukan matawang rupiah yang semakin mengukuh berbanding dolar Amerika.

Pertamina

Pengarah Pemasaran Pertamina, Mas'ud Khamis dipetik sebagai berkata, syarikat petroleum negara itu akur dengan mekanisme penentuan harga petroleum oleh kerajaan berdasarkan dua faktor utama iaitu harga minyak mentah dunia dan nilai tukaran rupiah.

"Komponen utama penentu harga bersifat naik turun, menyebabkan kami terus melakukan penilaian terhadap harga jual bahan bakar," katanya.

Berikut senarai perubahan harga produk-produk petroleum yang dijual di republik itu.

Harga minyak indonesia


  1. Pertamax Turbo turun harga dari Rp 12.000(RM3.48) kepada Rp 11.200 (RM3.25) per liter
  2. Pertamax turun harga dari Rp 10.200(RM2.96) kepada Rp 9.850(RM2.86) per liter
  3. Dexlite turun harga dari Rp 10.300(RM2.99) kepada Rp 10.200(RM2.96) per liter
  4. Dex turun harga dari Rp 11.750(RM3.41) kepada Rp 11.700(RM3.39) per liter
  5. Pertalite tetap Rp 7.650(RM2.22) per liter

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan