Loading...

Remaja kena belasah ketika mahu mulakan lumba haram (video)

MALANG bagi seorang remaja "rempit" apabila dibelasah oleh penduduk setempat ketika mahu memulakan lumba haram di sebatang jalanraya.

Lebih malang lagi, rakannya yang turut sama berlumba terus menghilangkan diri sebaik sahaja melihat rakan yang sepatutnya diajak berlumba bersama sedang dibelasah oleh seorang lelaki.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO



mat rempit kena terajang

Berdasarkan rakaman video yang tersebar, dua orang remaja menunggang motosikal dilihat sedang bersiap-sedia untuk memulakan perlumbaan, sebelum tiba-tiba salah seorang dari mereka diterajang oleh seorang lelaki.

Tidak cukup dengan itu remaja berkenaan turut ditumbuk di bahagian muka, dan dilutut di bahagian kepala sebelum dihumban jatuh ke atas jalan.

Seorang lagi remaja dilihat menghilangkan diri sebaik sahaja melihat rakannya dibelasah.

Difahamkan remaja berkenaan yang sering melakukan aktiviti lumba haram telah berulang kali dimarahi dan diingatkan oleh penduduk setempat, kerana tindakan itu boleh mengancam nyawa orang lain selain mengganggu ketenteraman awam.

Oleh kerana amaran dan peringatan sebelum ini tidak dipedulikan, maka tindakan lebih keras diambil, tidak lain dan tidak bukan dibelasah oleh salah seorang penduduk.

Di bawah ini rakaman video berkenaan sila klik untuk menonton.



Difahamkan kejadian ini berlaku di negara jiran Indonesia, dua hari lalu (9 Febuari 2019).

Post a Comment

7 Comments

  1. Jika pihak berkuasa (pdrm dsb) tak segera bertindak terhadap rempit, akhirnya penduduk tempatan terpaksa ambil tindakan. Berapa lama nak bersabar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Baca elok-elok dan biar sampai habis, tuan. Jangan gopoh sangat memberi pendapat, nanti tidak kena dengan konteksnya.

      Delete
  2. Klu mcm nie rupa kaki kencing pekat kena dgn rakyat....tak dpt dibayang

    Ada menteri yg jaga wang rakyat pon hanya sijil sementara jer.Bukan ada tauliah.Patut pon bangang!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, yang ini pulak lagilah melalut. Orang tulis pasal lain, kamu komen pasal lain. Politik, politik, politik. Woi, buanglah perangai buruk kamu itu!

      Delete
  3. Mana pdrm?knp rakyat perlu bertindak?bukankah apabila rakyat mula bertindak maka akan jadi kes pergaduhan, bunuh dan dendam dsb. harap pdrm pasang mata dan telinga banteras gejala sial yg boleh mengancam nyawa pemandu lain ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, kes itu berlaku di Indonesia. Baca elok-elok. Allahurabbi, gelojohnya berkomentar.

      Delete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda