Remaja muatnaik gambar sendiri menerusi facebook pemilik handphone yang dicuri

SEORANG lelaki terkejut apabila melihat terpapar gambar dua orang remaja dalam akaun Facebook milik ayahnya.

Difahamkan telefon pintar milik ayah lelaki itu telah dicuri semalam dari dalam kereta di kawasan sebuah masjid di Bukit Rambai, Melaka.

Tanpa disangka-sangka, hari ini (5 Febuari 2019), kelihatan gambar dua orang remaja lelaki dengan gaya 'selfie' dimuat naik (update) menerusi akaun facebook milik mangsa.



Selfie guna handphone curi

"Ada orang curi telefon ayah saya, dan sekarang dia betul-betul berani kerana dia kemaskini story ayah saya (Facebook's story) dengan separuh wajahnya."

"Petunjuk, tahi lalat bawah bibir. Saya nak tahu, kalau orang buat macam itu dekat bapak dia, sama ada dia gembira atau macam mana."

"Harap bapak dia tak hidup lagi, malu bapak dia dapat anak pencuri atau bapak dia ajar anak dia mencuri kot," tulis Nur Shazleen Yusof menerusi akaun facebook miliknya.

Nur Shazleen turut meminta orang ramai melaporkan akaun Facebook milik bapanya.



"Tolong lapor ramai-ramai akaun ayah Saya sebelum dia buat sesuatu yang tidak patut kepada akaun ayah saya," tulisnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan