Remaja rampas tongkat dan belasah lelaki kudung (video)

TERSEBAR rakaman video seorang remaja merampas tongkat dan membelasah seorang lelaki kudung di sebuah kawasan ladang kelapa sawit.

Video itu difahamkan dirakam dari kemaskini WhatsApp's story individu bernama Izam.

Berdasarkan rakaman video yang mula tersebar sejak kelmarin (9 Febuari 2019) menerusi Facebook, remaja berkenaan dilihat merampas tongkat milik lelaki kudung berkenaan.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO




belasah lelaki kudung

Lelaki itu dalam keadaan duduk bagaimanapun gagal mempertahankan tongkatnya daripada direbut apabila dadanya ditendang oleh remaja itu sehingga terbaring.

Dalam video itu juga, lelaki berkenaan dilihat tidak mempunyai kaki kanan, (sehingga paras peha) dan berdiri hanya menggunakan satu kaki kiri bagi mempertahankan tongkatnya daripada dirampas remaja terbabit.

Pada saat itu, remaja biadap itu bertindak menendang kaki kiri lelaki tersebut mengakibatkannya jatuh terlentang di atas tanah.

Tindakan biadap itu menimbulkan kemarahan orang ramai selepas video berkenaan viral di media sosial. Setakat artikel ini ditulis, rakaman itu telah ditonton lebih 80,000 kali.

Di bawah ini rakaman video tersebut, sila klik untuk menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan