Saham Utusan melonjak 126% selepas Umno lepaskan pegangan saham

SAHAM Utusan Melayu (M) Bhd dilaporkan melonjak secara mendadak hari ini dari nilai 11 sen kepada 26 sen atau sebanyak 126% dengan sejumlah 928,000 saham didagangkan setakat tempoh sehingga tengah hari, hari ini lapor FMT.

Lonjakkan itu berlaku dua hari selepas syarikat itu, yang menerbitkan akhbar harian berbahasa Melayu, Utusan Malaysia mengumumkan bahawa Umno telah melepaskan pegangan saham dalam syarikat berkenaan.

Surat Khabar Utusan

Pengerusi Utusan, Abdul Aziz Shekh Fadzir yang mempunyai pegangan saham sebanyak 31.6 peratus, muncul sebagai pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat itu pada hari Jumaat.

Fail Bursa Malaysia menunjukkan beliau mendapatkan pegangan itu yang terdiri daripada sebanyak 35 juta saham, pada harga 19 sen seunit bagi jumlah pertimbangan keseluruhan sebanyak RM6.65 juta.

Beliau dlapor tidak pernah memiliki sebarang saham dalam syarikat berkenaan sebelum itu.

Utusan sebelum ini telah diklasifikasikan sebagai syarikat dengan statusPractice Note 17 (PN17) pada 20 Ogos tahun lalu disebabkan oleh keadaan kewangannya yang kritikal.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan