Loading...

Sarawak Report siarkan semula artikel tuduh pemimpin PAS terima RM90 juta

EDITOR Laman Web, Sarawak Report Rewcastle-Brown, menyiarkan kembali artikel mendakwa pemimpin-pemimpin PAS terima wang RM90 juta dari Najib sebelum pilihan raya umum ke 14 yang lalu.

Tindakan itu susulan Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang mengambil tindakan menggugurkan saman fitnah terhadap portal berkenaan dan mahu penyelesaian dibuat di luar mahkamah. Sebagai balasan Sarawak Report juga telah menarik balik saman balas terhadap Hadi Awang.



Menurut Sarawak Report, ulasan yang dibuat dalam artikel yang disaman bertajuk: "As Najib denies all over 1MDB, let's not forget his many other criminal connections," (Di saat Najib menafikan segalanya tentang 1MDB, jangan lupa banyak lagi jaringan jenayahnya), sentiasa ada di dalam talian sepanjang kes saman berkenaan, dan masih ada di atas talian, meskipun Hadi Awang telah menarik balik kes itu.

Tuduhan Sarawak Report

Sarawak Report terus mempertahankan dakwaannya bahawa adalah benar terdapat bukti-bukti wang mengalir kepada pemimpin PAS.

Menurutnya, tindakan saman oleh Hadi mendakwa Sarawak Report telah menuduh dirinya secara peribadi menerima RM90 juta dari Umno dalam artikel berkenaan, sedangkan artikel itu menyebut "pemimpin-pemimpin atasan PAS," yang menerima wang RM90 juta.

"Sarawak Report mempertahankan (tuduhan) dalam artikel yang disaman itu, termasuklah fakta bahawa artikel itu tidak pernah merujuk kepada Hadi,"

"Sarawak Report menafikan maksud itu, namun menyatakan bahawa adalah benar terdapat bukti wang mengalir kepada PAS," jelasnya.

Menurut Sarawak Report, dalam bulan April tidak lama sebelum pilihanraya (PRU14), para pemimpin PAS bertindak melampau kerana membuat dakwaan palsu, mengatakan mereka entah bagaimana kononnya telah menang kes saman fitnah berkenaan setahun sebelum kes itu dijadual akan dibawa ke mahkamah.

"Sarawak Report (sebenarnya) hanya membayar kos berkaitan pertikaian pengurusan kes," jelasnya lagi.



Semakan mendapati artikel bertajuk "As Najib denies all over 1MDB, let's not forget his many other criminal connections" yang menuduh pemimpin-pemimpi atasan PAS menerima RM90 juta ada dalam website Sarawak Report dan tidak pernah dipadam.

Di bawah artikel itu ada satu kenyataan bertulis seperti berikut:

"Artikel ini telah menjadi subjek tindakan undang-undang oleh Abdul Hadi Awang. Encik (Hadi) Awang mengatakan dia secara peribadi tidak pernah menerima, tidak juga membenarkan penerimaan dari Perdana Menteri, Najib Razak oleh sesiapa pun dalam PAS bagi mengekalkan sokongan politiknya. Encik (Hadi) Awang telah menggugurkan samannya pada 1 Febuari 2019"

Post a Comment

8 Comments

  1. Dua round, SR kecundang dalam kes saman di London, masih ada yang kurang malu claim PAS lost the fight?

    SR lost Interlocutory tanpa sebarang basis yang diterima mahkamah 5-0, which means asas tuduhannya tidak berasas. Masih ada yang kurang malu claim PAS lost the fight?




    Rafizi, King segala bukti yang konon sembang ada bukti bertahun2 pemimpin PAS terima duit 1mdb, akhirnya dedah Nasharudin Mat Isa pemimpin PAS tu. What? Wak Nasha pemimpin PAS? Masih ada yang kurang malu claim PAS lost the fight?




    Husam, yang konon pernah lihat dengan kedua bijik matanya bukti PAS terima duit UMNO, tak nampak kelibatnya dalam pembuktian di London. Jangan kata dia, Jin dia pun kita tak nampak. Masih ada yang kurang malu claim PAS lost the fight?

    Almost 3 juta dah dibelanjakan sehingga ke tahap ini, 6 juta kos menanti, dan berjuta lagi bakal bertambah kalau mereka (SR) drag the case, dengan gantirugi yang sangat rendah buat masa ini, bakal menarik PAS kepada bebanan kewangan yang lebih tinggi. Malah kalau berlarutan hingga PRU15, adakah kita dapat menyediakan kewangan kelak? Any other option thats better dari settle luar mahkamah?

    Masih buta atau tidur untuk lihat walaupun 2 negeri diperintah oleh PAS, satu sen kos saman ini tidak dijarah dari kantung negeri. Semuanya dari usaha ahli sendiri? Kenapa pening sembang orang sana? Ada mereka derma untuk cari kebenaran?

    CUBA BERTANYA KEPADA MEREKA DI SANA. Kalau disini anda tuduh terima 90 juta TANPA SEBARANG BUKTI sehingga kini, bagaimana dengan dana yang diperolehi PH dari International Republican Institute dalam PRU14? Tidak perlu bersusah pembuktian kerana Presiden IRI Daniel Twining sendiri mengaku bekerjasama dengan PH selama 15 tahun dengan dana dari National Endowment for Democracy (NED) yang berkait dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA). Ni tak payah siasat, dia mengaku sendiri. Masih ada yang kurang malu claim PAS terima dedak?



    Tanya DAP mengapa mereka tak berani saman Razali Abdul Rahman, bekas orang kanan Lim Guan Eng bila dituduh mendapat dana dari CIA dan Israel? Bertahun dah kita menunggu. Masih ada yang kurang malu claim PAS terima dedak?

    Kepada penyokong PAS

    #maluapabossku

    Kepada yang disana

    #buktimanabossku
    #malusikitlabossku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup saya sokong kenyataan anda.. kalau betul ada kemasukan rm90 juta kena buktikan melalui undang undang.. setakat ckp mcm tu.. semua boleh cakap.. apa² tahniah kepada ahli pas atas bantuan yg tak terhingga. Moga allah membalas jasa kalian.

      Delete
    2. Sebenarya kes ini dah tak bermakna lagi kerana Pas skrg secara terang2 tanpa selindung dah bekerjasama dgn umno. Tengok cara Pas belanja sakan semasa kempen pru 14. Darioada mana datang duit tersebut klu bukan drp najib. Tiba2 bila najib(dan financial support beliau dah kering) lebai hadi tarik balik saman. Ajaib bukan. Orang melayu kena buka hati dan minda. Kita cuma wala kpd Allah dan Rasulullah saw saja

      Delete
  2. Kalau betul fitnah saman lah...tak jadi saman akhirnya artikel Sarawak repot ni boleh disiarkan balik...SR lah yg menang bodoh apa anonymous�� ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tu duit yg katanya dikutip utk tanggung kos macamana? Akhirnya walaun kata..halalkan saja..demi menegakkan islam..saman kemana..duit derma pn entah kemana..

      Delete
    2. Walaun mana ada yang cerdik!!!

      Delete
  3. Satu kepala penyamun yg pondan tak berani saman. Katanya tunggu hari selasa. Entah bila pun tak tahu!
    Satu lagi ketua lebai yang gah saman. Tiba2 tarik balik saman. Kecut teloq kot.
    Ketua2 mcm ni orang melayu buat sandaran? Hancus

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda