SPRM buka kertas siasatan berhubung dana RM90 juta diberi kepada pemimpin PAS

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka satu kertas siasatan berhubung laporan yang dibuat seorang individu berhubung dana RM90 juta dibayar kepada pimpinan PAS lapor FMT yang memetik sumber dalaman suruhanjaya berkenaan.

"Kami telah mengklasifikasikan kes berkenaan di bawah Akta Anti-Pengubahan Wang Haram, Anti Pembiayaan Keganasan, dan Aktiviti Haram 2001," kata sumber itu

sprm

Sumber itu memaklumkan bahawa SPRM menerima laporan dari pihak polis tengah hari semalam.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Faiz Fadzil sebelum ini dilapor mendesak agensi anti rasuah untuk memulakan siasatan dakwaan transaksi wang berkenaan kerana SPRM dibenarkan untuk bertindak berdasarkan informasi berhubung amalan rasuah tanpa laporan bertulis.

Sebelum itu, Kadir Jasin yang juga merupakan penasihat media dan komunikasi Perdana Menteri berkata misteri berhubung dana yang dikatakan telah dibayar kepada pemimpin-pemimpin PAS, sepatutnya disiasat oleh pihak berkuasa susulan penyelesaian luar mahkamah oleh Presiden PAS dan Rewcastle-Brown (editor Sarawak Report).

Menurut Kadir, kebenaran berhubung dakwaan oleh Rewcastle-brown dalam artikel yang diterbitkan pada tahun 2017 hanya boleh diketahui sekiranya polis dan SPRM membuka siasatan terhadap kes itu.

Rewcastle-Brown dalam artikelnya yang disiarkan oleh Sarawak Report, antara lain mendakwa pimpinan atasan pas telah menerima RM90 juta dari bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang kemudian memfailkan saman di Court of Justice London. Minggu lalu Ahli Parlimen Marang itu dilapor bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah dengan syarat-syarat yang tidak didedahkan.

Pemimpin PAS mengatakan keputusan itu dibuat disebabkan oleh kos perundangan yang tinggi, sambil menambah parti itu merasakan jutaan ringgit boleh digunakan untuk perkara yang lebih baik.

Najib juga telah menafikan pernah membayar wang kepada pemimpin-pemimpin PAS, sambil mengatakan akaun akaun bank miliknya telah diselidik oleh pihak berkuasa selepas kekalahannya pada bulan Mei tahun lepas.

"Sekiranya benar ada bayaran daripada saya ataupun Umno, Pakatan Harapan tentu akan mengambil peluang membekukan akaun bank PAS dan presidennya,"

13 Comments

  1. Malang sekali pihak yg pernah membongkar skandal kewangan pm ke4 semuanya dah arwah atau dh mendiang.
    Maka seronoklah legasi tersebut dgn kekayaan melimpah ruah sehingga 7 keturunan pon belum tentu habis tanpa perlu diganggu dgn gelak ketawa dan senyum riang.
    Realiti kehidupan rich n femes penyamun dan pencuri ulung negara....hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tak di lapur dan yang tidak di siasat buat apa nak di ungkit.

      Ramai yang masih hidup ..

      Mereka masih lagi jadi pemimpin dalam UMNO. Pernah berjumpa dan makan sama-sama.

      Dan sekarang PAS tidak pernah tahu dan siasat mengenai kekayaan tersebut. Sebab dalam PAS tidak ada yang pakar.

      Yang ada Nik Abduh yang mengaku di hadapan 40 orang. Bodoh sangat ke ?

      Delete
    2. Tak sangka ada yg masih hidup....hihihi
      Ingat dh arwah kena kencing pekat tua kutuk tu...hihihi

      Delete
  2. Pra PRU 15 akan menyaksikan satu pergolakan yg hebat dalam Pas. Ini disebabkan para lebai merasa amat yakin gabungan Pas-umno akan berjaya menumbangkan kerajaan PH. Oleh itu para lebai akan bersaing sengit sesama sendiri agar dipilih menjadi calon. Jk menang PRU 15, peluang utk menjadi menteri atau sekurang2nya timbalan menteri sgt cerah. Setidak2nya dilantik jd ketua glc. Mrk telah melihat sendiri pencapaian bekas rakan2 mrk drp Amanah yg dipilih menjadi menteri/timbalan bila parti gabungan mrk berjaya memenangi PRU yg lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini lah bijak nya PAS.

      Awal-awal mereka mengalah dan sangat bertolak ansur.

      Senang lah bila nak tuntut .

      Delete
    2. Parti yg pekat kencingnya tengah bergolak sekarang.Rakyat tagih janji pon kena sound.BANGANG!!!!
      Tak ada modal lain selain 1mdb dan rm90juta dlm ceramah mrk.Tak sabar dgr komen hakim tua kutuk mengulas kes tersebut.
      Lawak...sana sini sembang ttg integriti tapi dialah bapak segala rasuah dan salah guna kuasa....hihihi

      Delete
  3. 72 Peristiwa Hitam Di Zaman Najib
    https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/72-peristiwa-hitam-di-zaman-najib/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam PAS ada 100 peristiwa hitam..

      Bermula



      Amanat Hadi

      Delete
    2. 2x5 dgn peeM ke7...
      Bnyk sgt peristiwa hitam tapi diputihkan oleh lobai2 dapigs dan PANxxx....hihihi

      Delete
  4. Anon 19:17. Ada 2 parti tu ceramah dia tak ada isu lain selain perkauman (ketuanan melayu - assobiyah) dan mempertunggangkan agama. Siapa ek? UmPas.

    ReplyDelete
  5. Ulama umno sepanjang zaman diketahui boleh dibeli. Skrg ulama pas pimpinan hj hadi pun turut boleh dibeli. Sebab itu pas boleh bekerjasama dgn umno skrg

    ReplyDelete
  6. hang pa jadi barua PhDap la..fitnah..fitnah..fitnah..1mdb..90jta nnti jdi mnteri pakatan wayang PhDap..kalau dlm pas jangan harap jdi teruskan fitnah tu..dasar pgkhianat agama n bangsa,,tak boleh beza kaki kencing dgn ustaz..kalau HH tipu..pas tipu hang pa dngar lah cakap mahatir na uncle lim nson cmpany..aka dap..anti muslim n against constitute

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz mula2 nafikan dia yg bercakap dlm tape. Skrg dah terbukti mmg dia yg cakap. Islam ajar kita bercakap bohong ka utk selamatkan diri? Mcm mana nak bezakan ustaz dgn pembohong?

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan