[Video] Lelaki ini kena kecam kerana rakam dan permainkan warga emas minta sedekah

SEORANG lelaki menerima kecaman hebat orang ramai di media sosial selepas bertindak biadap merakam dan mempermainkan seorang warga emas yang meminta sedekah daripadanya.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO



Persenda warga emas minta sedekah

Berdasarkan rakaman video, lelaki itu merakam wajah seorang warga emas yang membuat isyarat mahu meminta sedikit wang daripadanya untuk makan.

Dia bukan sahaja tidak mahu memberikan wang malah berpura-pura menangis dan mempersendakan warga emas berkenaan.

"Saya pun belum makan lagi, saya pun lapar belum makan," katanya sambil berlakon seolah-olah mengesat air mata.

Lelaki itu kemudian bertanya kembali kepada warga emas itu.

"Uncle mahu berapa ringgit?" soalnya.

"Dua ringgit," jawab warga emas itu ringkas.

"Tadi satu ringgit, sekarang mau dua ringgit," sekali lagi warga emas itu dipersendakan, namun wang tidak juga diberikan.

Rakaman video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok itu tersebar meluas di Facebook sekaligus menerima kecaman orang ramai yang menyifatkan perbuatan itu sangat biadap.

Setakat artikel ini ditulis video berkenaan telah ditonton sebanyak 456,875 kali.

Di bawah ini rakaman video berkenaan, sila klik untuk menonton.


6 Comments

  1. Insyaallah satu hari nanti akan datang giliran engkau..

    Mungkin kereta engkau rosak di tengah jalan... Dan tidak ada sesiapa yang berhenti menolong.... Hari semakin gelap ..

    ReplyDelete
  2. Mungkin beginilah kecaman rakyat kpd kaki kencing yg permainkan undi rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak berpolitik pula kamu dalam isu begini ya? Okey: Mungkin begitulah kecaman orang kepada PAS yang menipu dalam kes Nik Abduh itu! Hah, padan muka kamu. Nak sangat berpolitik dalam hal yang bukan isu politik pun!

      Delete
  3. Pemimpin Pas (tak semualah) dah lama menipu....mereka ada pemahaman sndri iaitu ada penipuan yg menepati maqasid syariah.....malangnya penipuan yg di lakukan oleh Nik Abduh jauh dari maqasid syariah....tu jenis maqasid nafsiah....tu lah jadinya bila rasa diri sndri lebih pandai dan lebih alim dari org lain....

    ReplyDelete
  4. Ni mesti budak poli, perangai bangsat takda adab

    ReplyDelete
  5. Kalau bangsa lain buat...kena kecam hebat.......mogok..anti ICC-ICERD bantah...himpunan Raksaksa.......Kalau melayu Arab Islam curi $25 Billion Duit tabung haji Allah....sampai ke Poket Agong-Sultan Najib-Rosmah-Hadi UMNO-PAS....Buat sindir Harapan.... Buat Hutang Negara $2 Trillion.... MalaysiaL Boleh mampus selagi tak tahu siapa Salah selama 60 Tahun....Kalau tak tahu ...bandinglah dengan Singapura...bangsat Bodoh melayu Arab UMNO-PAS!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan