Warga emas pakai kostum Doraemon demi sesuap nasi, dan menyara 50 ekor kucing

GAMBAR seorang individu memakai kostum "Doraemon" tunduk memandang pasir pantai di Teluk Chempedak, Pahang tular di Facebook sejak beberapa hari lalu, menimbulkan rasa simpati netizen.

Makcik Doraemon

Siapa sangka di sebalik senyuman lebar dan ceria watak animasi dari Jepun itu, sebenarnya adalah seorang wanita separuh abad, yang sanggup menahan rasa hangat memakai kostum berjam-jam lamanya demi mencari sesuap nasi, dan menyara 50 ekor kucing kesayangan di rumah.

Doraemon Teluk Cempedak

Siti Endon Ismail yang berusia 56 tahun dilaporkan tidak pernah merasa malu mencari pendapatan dengan cara itu kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.

"Saya tak pernah minta sebarang bayaran, terpulanglah kepada orang nak beri saya berapa pun. Saya bukan sahaja nak sara diri sendiri tapi juga kucing-kucing yang ada di rumah. Jika saya tak keluar bekerja siapa nak bagi kucing-kucing tu makan?"

Makcik Hello Kitty Teluk Cempedak

"Saya hidup sendirian di Kuantan ini kerana anak-anak tinggal dengan bekas suami, saya hanya ada kucing sebagai peneman, jadi saya perlu pastikan keperluan dan jaga kucing-kucing ni baik-baik," kata Siti Endon yang ditemui di pantai terkenal di Pahang itu lapor NST.

Warga emas yang berasal dari Kampung Tengah di Kuantan itu memberitahu bahawa dia telah mula memakai kostum berkenaan sejak tiga tahun lalu, dan wang yang diperolehi digunakan untuk perbelanjaan harian.

"Saya ada juga pakai kostum Doraemon, Snow White, dan beruang. Saya dapat tak banyak, kadang-kadang sekitar RM30,"

Doraemon-teluk-cempedak-pahang

"Kadangkala orang bayar saya untuk majlis-majlis di restoran makanan segera di Teluk cempedak atau majlis persendirian," katanya.

Ditanya berkenaan gambarnya yang menjadi viral sebelum ini, menurut Siti Endon, ketika itu dia sedang berehat di atas batu berdekatan pantai kerana tidak ramai pelawat di pantai itu pada hari berkenaan.

Doraemon sedih

"Bila orang tak ramai di pantai, saya rasa sedih dan tentu sekali pendapatan harian saya juga berkurang. Saya tak pernah jangka gambar tu akan menjadi tular dan ramai orang mula jumpa saya bertanya adakah saya orang yang pakai kostum Doraemon tu, ada juga yang beri sedikit bantuan," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan