Xavier Andre Justo terima hadiah RM8.2 juta atas jasa bocorkan maklumat skandal 1MDB

PEMBOCOR maklumat 1MDB, Andre Xavier Justo dilaporkan menerima hadiah sebanyak USD2 juta (RM8.2 juta) daripada Pengerusi The Edge Media Group kerana mendedahkan skandal berkenaan.

Pengerusi kumpulan itu, Tong Kooi Ong menyerahkan hadiah berkenaan kepada Justo, ketika dia, isterinya Laura, dan anak lelaki mereka yang berusia 4 tahun, Zander melawat pejabat media perniagaan itu semalam. Mereka telah bertemu dengan Tong dan CEO kumpulan itu, lapor The Edge Markets



Justo gets USD2 millions

"Hadiah yang diberikan kepada Justo merupakan penghargaan terhadap sumbangannya kepada Malaysia di dalam membantu mendedahkan kleptokrasi kerajaan lalu," kata Tong yang dipetik oleh laporan itu.

"Tanpanya, salah laku melibatkan 1MDB, seperti yang dilaporkan oleh The Edge, tidak dapat didedahkan,"

Justo telah ditahan pada tahun 2015 kerana membocorkan dokumen-dokumen dari Syarikat minyak dan gas PetroSaudi International berhubung usaha samanya dengan 1MDB, yang mana telah dijadikan asas bukti dalam siasatan pengubahan wang haram.

Akibatnya dia telah ditahan dalam penjara Thailand selama lapan belas bulan kerana didakwa meminta bayaran sebagai balasan untuk tidak mendedahkan maklumat rahsia.

"Keluarganya telah diganggu dan diugut ketika dia menjalani hukuman penjara. Siapa pun tak patut menderita seperti dilaluinya kerana membantu mendedahkan kebenaran," kata Tong.



"Mewakili seluruh rakyat Malaysia, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada dia dan keluarganya,"

Enam bulan sebelum ditangkap, Justo telah menyerahkan ribuan dokumen kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown melibatkan sejumlah 227,000 email-email dari 'server' PetroSaudi, yang mana telah mendedahkan kepada kecurian ratusan juta dari 1MDB.

Pada 10 Februari 2015, Tong dan Ho dilapor telah bertemu dengan Rewcastle-brown, individu yang telah memperkenalkan Justo kepada mereka di Singapura.

Dokumen-dokumen yang dibocorkan olehnya, telah mencetuskan satu rantaian penyiasatan di dalam enam buah negara, yang mana disebut oleh Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch sebagai "Kes kleptokrasi paling besar," dalam sejarah Amerika Syarikat.



Malaysia juga telah menjalankan tuduhan terhadap beberapa individu, termasuk bekas Perdana Menteri, Najib Razak berhubung skandal berkenaan susulan kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum pada 9 Mei 2018. Najib bagaimanapun tetap mengaku tidak bersalah.

The Edge Markets juga melaporkan, Justo sebagai berterima kasih kepada Tong, sambil menambah hadiah itu akan membantunya dan keluarga membina hidup mereka.

"Saya lega saya tidak menderita. Rakyat Malaysia perlu mengetahui kebenaran (tentang 1MDB) dan akhirnya saya dapat semula kebebasan,"

Rewcastle-brown turut menyifatkan Justo sebagai seorang wira sebenar dan pembocor maklumat kerana memberikan informasi yang telah memecahkan skandal 1MDB di Malaysia.

2 Comments

  1. INi snitch.. memang tu duit yang dia mintak dulu kan.. dia mintak USD10 juta sekarang si towkay nie pun dah janji tapi dah mintak diskaun.

    Dia kena announce.. kalau tak announce jadi rasuah .. kakakaka

    ReplyDelete
  2. Yg pernah bukak skandal kewangan tun m sblm ini brapa pulak mrk dpt?
    Tapi sayang...mungkin para penuduh ramai yg dah arwah/mendiang atau menjadi sotong kering.Waris..proksi dan kroni terus kaya dan dikayakan lagi dgn gaulan kencing pekat yg terpaksa dihadap oleh rakyat marhaen.
    Yg bangkit jadi hantu cina sama2 pekat kencing mrk dgn peeM skrg.Dulu ketika mrk msh bernafas..mrklah yg lantang.Skrg dah dibangkitkan menjadi hantu...mrklah yg angguk2 dan menyokong setiap penipuan.Malang kpd negara dan rakyat khasnya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan