Anwar ikrar pertahan hak rakyat Palestin, Yahudi, dan Kristian terhadap Baitul Maqdis,

DATUK Seri Anwar Ibrahim, bersama pemimpin Palestin, Khalid Mashal berikrar akan terus mempertahankan hak rakyat Palestin serta agama-agama lain termasuk Yahudi dan Kristian terhadap Baitul Maqdis.

Kenyataan itu dikeluarkan dalam satu rakaman video dalam bahasa Inggeris oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu bersama pemimpin Hamas, Khalid Mashal.

TAG

"Saudara dan saudari, saya mendapat peluang ini untuk berbincang dengan seorang pemimpin utama perjuangan Palestin, Hamas, Khalid Mashal, yang sangat kita hormati,"

"Dan kita mengatakan kembali kepadanya bahawa pendirian kita sebagai sebuah kerajaan, saya secara peribadi, dan perjuangan kita takkan pernah dikompromi, terhadap keperluan untuk menyokong perjuangan dan aspirasi sah untuk rakyat Palestin dan untuk mempertahankan status Baitul Maqdis dan Juruselam sebagai ibu negara Palestin, dengan pengiktirafan sebenar hak-hak semua agama lain termasuk Yahudi dan Kristian,"

"Perkara itu kita tidak akan kompromi, dan kita akan menentang keras sebarang cubaan oleh Amerika Syarikat atau mana-mana kerajaan lain, yang mahu mencipta perbalahan, dan menentang aspirasi sah rakyat Palestin," katanya.

Dalam rakaman itu, Pemimpin Hamas, Khalid Mashal turut meluahkan rasa berbesar hati dapat berjumpa Anwar Ibrahim, seorang ketua parti dan ahli politik Malaysia yang dikenali.

"Saya gembira dengan perjumpaan ini, Saya telah mendengar daripada beliau tentang pendirian peribadi beliau dan Malaysia, dari sudut kepimpinan dan kebangsaan terhadap rakyat Palestin,"

"Dan pelbagai isu yang berkait dengan permasaalahannya, hak rakyat, isu Al-Quds, Masjidil Aqsa dan Gaza, wawasan rakyat kami untuk mencapai kemerdekaan, kebebasan Kami daripada penjajahan."

"Bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila Malaysia menyokong rakyat kami secara rasmi dan patriotik, Kerana Malaysia juga merupakan negara Islam dan dihormati." katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan