Index kebebasan media Malaysia melonjak 22 tangga susulan kekalahan BN

INDEKS Kebebasan Media Malaysia dilapor mengalami lonjakan sebanyak 22 tangga sekaligus menempatkan negara berada pada tangga ke 123 dari 180 buah negara yang dinilai oleh Reporters Without Borders (RSF) susulan kekalahan mengejut BN pada pilihan raya umum ke-14.



Menurut RSF, peningkatan ranking Malaysia disebabkan oleh kejayaan Pakatan Harapan yang diterajui  oleh perdanai Tun Dr Mahathir Mohamad menewaskan barisan nasional yang telah memerintah selama enam dekad.

Indeks Kebebasan Media

"kebebasan media sedang menerima nafas baru di Malaysia selepas parti pimpinan Perdana Menteri Najib Razak mengalami kekalahan mengejut pada pilihanraya umum Mei 2018 — kekalahan pertamanya dalam sejarah Malaysia moden,"

"Media dan wartawan yang telah di senarai hitam, seperti kartunis Zunar, dan laman sesawang berita penyiasatan Sarawak Report, kini boleh terus beroperasi tanpa bimbang akan penindasan," menurutnya dalam satu laporan yang diterbitkan hari ini.

Tambahnya lagi suasana umum untuk wartawan kini lebih tenang dan tapisan telah menurun secara dramatik di mana media cetak menawarkan pandangan yang lebih seimbang termasuk boleh untuk mencetak artikel-artikel yang menyokong kedua-dua belah bahagian politik.



Meskipun mencatatkan peningkatan yang sangat besar di rantau ini, Malaysia masih lagi berada dalam "situasi sukar" kerana dikumpulkan bersama dengan negara-negara jiran lain di Asia Tenggara.

Hanya Timor Leste yang mencatatkan perkembangan lebih baik di mana negara itu melonjak 11 tangga berada di ranking ke 84, dan dimasukkan ke dalam kumpulan "kumpulan situasi bermasalah,".

Di rantau ini, Laos dan Vietnam menunjukkan prestasi yang paling buruk, di mana kedua-dua negara itu dikategorikan sebagai "situasi yang sangat serius,"

Di kalangan rantau Asia Tenggara, Malaysia berada di tempat kedua selepas Timor Leste, manakala Indonesia di tangga ke 124, Filipina (134), Thailand (136), Myanmar (138), Cambodia (143), Singapura (151), Brunei (152), Laos (171) dan Vietnam (176).



Penolakkan terhadap akta anti berita palsu oleh kerajaan semasa juga turut menyumbang terhadap peningkatan kebebasan media negara.

Dalam pada itu ia juga turut menasihati Putrajaya untuk menolak "gudang" undang-undang drakonian yang boleh menekan media termasuk Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Di bawah undang-undang ini, yang mana memerlukan rombakan menyeluruh, pihak berkuasa mempunyai kawalan ketat terhadap lesen-lesen penerbitan dan wartawan boleh dipenjara sehingga 20 tahun atas tuduhan hasutan,"

"Ia menberi ancaman berterusan kepada kakitangan media, yang masih tidak dapat menyampaikan ekspresi dengan kebebasan lengkap, meskipun terdapat semua peningkatan itu," menurut laporan itu lagi.



Menurut RSF, indeks itu mengukur tahap kebebasan yang dinikmati oleh wartawan di 180 negara, ditentukan oleh pengumpulan maklumbalas pakar-pakar berdasarkan soalan-soalan yang diberikan.

12 Comments

  1. Menipu Menfitnah melalui tulisan dalam akhbar atau guna Internet kurang berkesan.

    Punch Line menipu dan fitnah tak sampai... Kedua-dua tujuan ini memerlukan riak muka dan suara yang kuat.

    Selain itu ada beberapa kerat malaun bertakbir selang - seli setiap kali penipu dan penfitnah menyeru untuk bersama mereka dan pengikut seperti ini tidak berminat membaca dan berfikir, lalu mengelar diri mereka walaq.

    Sebab itu lah ceramah pilihan Lobai sehingga baru-baru ini telah di nobatkan sebagai penceramah terhebat dengan memenangi hadiah Bantal !

    Sepatutnya Kerajaan menhadkan jumlah ceramah yang di buat bukan semasa kempen bagi menikmati kebebasan akhbar.

    Rakyat kena di ajar berfikir bukan di biarkan di hasut

    ReplyDelete
  2. PI MAMPOSlah 'NGO' PENGGANAS Zionis, REPORTERS without BORDERS (RSF) ni, yg. diTAJA oleh PENGGANAS2 ZIONIS, CIA (NED/IRI)/MOSSAD-SOROS!!! Dasar si PENIPU2 REJIM PH-DAP BANGKAI ANJING homo jijik ZIONIS ISrael lu oi!! Lihat di - 1.

    https://www.apnews.com/5bffde12ef2f4982afd5b0c4de2404f2

    Canadian author, Reporters Without Borders get Israeli prize

    By ARON HELLER

    February 7, 2019;

    2, http://www.wrongkindofgreen.org/2012/09/25/flashback-reporters-without-democracy/

    Media Watchdog as Democracy Manipulator (Part 4 of 4)

    ZNet

    By Michael Barker
    Wrong Kind of Green Org.

    December 16, 2007; dan di

    3. https://www.counterpunch.org/2006/08/01/reporters-without-borders-and-washington-s-coups/

    Reporters Without Borders and Washington’s Coups

    by Diana Barahona - Jeb Sprague

    CounterPunch
    August 1, 2006; dan di -

    4. https://williamblum.org/chapters/rogue-state/trojan-horse-the-national-endowment-for-democracy

    Trojan Horse: The National Endowment for Democracy: This is a chapter from Rogue State: A Guide to the World’s Only Superpower

    by William Blum .



    ReplyDelete
    Replies
    1. Lihat betapa JAHATnya si 'NGO' PENGGANAS Zionis, REPORTERS Without BORDERS (RSF) ni dgn. propaganda 'hak asasi kebebasan bersuara' dan 'demokrasi'-ala ZIONIS PENIPU depa!!! Lihat di -

      https://www.voltairenet.org/article165297.html

      Reporters Without Borders seems to have a geopolitical agenda

      by F. William Engdahl

      Voltaire Network | Frankfurt (Germany)
      5 May 2010

      ……After years of trying to hide it, Robert Menard, Paris-based Secretary-General of Reporters Sans Frontieres or RWB, con-fessed that the RWB budget was primarily funded by “US organizations strictly linked to US foreign policy.” [6] Those US organizations behind RWB include the Open Society Foundation of billionaire speculator, George Soros, the US Agency for International Development (USAID) and the US Congress’ National Endowment for Democracy (NED). Also included is the Center for Free Cuba, whose trustee, Otto Reich, was forced to resign from the George W. Bush Administration after exposure of his role in a CIA-backed coup attempt against Venezuela’s democratically elected President Hugo Chavez. [7]

      As one researcher found after months of trying to get a reply from NED about their funding of Reporters Without Borders, which included a flat denial from RSF executive director Lucie Morillon, the NED revealed that Reporters Without Borders received grants over at least three years from the International Republican Institute. The IRI is one of four subsidiaries of NED. [8]

      The NED, as I detail in my book, Full Spectrum Dominance:Totalitarian Democracy in the New World Order, was created by the US Congress during the Reagan administration on the initiative of then-CIA Director Bill Casey to replace the CIA’s civil society covert action programs, which had been exposed by the Church committee in the mid-1970s. As Allen Weinstein, the man who drafted the legislation creating the NED admitted years later, “A lot of what we do today was done covertly 25 years ago by the CIA.” [9]….....

      Delete
  3. Saham Jatuh, Ringgit Susut… Bukan Setakat Rakyat, Pelabur Pun Dah Bosan Alasan PH ‘Ini Semua Salah BN’
    18 April 2019 Berita Utama
    Zylan Mohamad
    KUALA LUMPUR, 18 April – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhenti bermain politik kerana kenyataan demi kenyataan pakar ekonomi jelas menunjukkan kebimbangan mereka mengenai kedudukan ekonomi negara.

    Katanya, selain rakyat, pelabur juga sudah bosan dengan alasan ‘ini semua salah Barisan Nasional (BN)’.

    “Kedua-dua artikel dari Bloomberg dan kenyataan dari FTSE Russell memberi penekanan terhadap kelemahan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan yang telah menyebabkan hakisan keyakinan pelabur.

    “Seperti yang banyak kali saya sebutkan, ini bukanlah mengejutkan kerana sehingga kini masih belum ada hala tuju jelas kerajaan Pakatan Harapan dalam pengurusan ekonomi negara walaupun sudah hampir setahun mengambil alih pentadbiran.

    “Kereta terbang, lapangan terbang Kulim yang jaraknya sangat berdekatan dengan lapangan terbang Pulau Pinang dan sekadar ‘rebranding’ program kerajaan terdahulu adalah contoh bagaimana tiadanya pelan perancangan ekonomi yang stabil dan kukuh bagi menghadapi cabaran pada masa hadapan,” ujarnya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

    Khairy berkata demikian dalam mengulas mengenai media antarabangsa Bloomberg semalam, sekali lagi menyiarkan artikel tentang kedudukan bursa saham Malaysia, KLCI.

    “Bloomberg sebelum ini telah memberi gelaran ‘sore loser’ kepada KLCI selepas menjadi satu-satunya pasaran saham di Asia yang mencatatkan penurunan sejak tahun 2019 bermula.

    “Berdasarkan artikel terbaru Bloomberg ini, pasaran saham Malaysia telah jatuh sebanyak 3.5% sejak PRU14 dan merupakan ‘worst major market in the world so far this year’. Untuk rekod, kejatuhan pasaran saham pada kali ini adalah yang terburuk sejak tahun 2016.

    “Selain itu, sejumlah lebih RM2 bilion pegangan saham oleh pelabur luar telah dilepaskan untuk tahun 2019 sahaja dan KLCI dijangka akan terus dalam keadaan lembap dan tidak memberangsangkan sehingga tempoh 2020,” petiknya juga.

    Selain artikel dari Bloomberg tersebut, Khairy memetik kenyataan FTSE Russell yang mengendalikan penarafan indeks pelaburan juga sedang mempertimbang untuk menurunkan taraf pasaran bon kerajaan Malaysia yang boleh menyebabkan Malaysia terkeluar dari senarai World Government Bond Index (WGBI).

    “Malaysia telah mula tersenarai di dalam WGBI sejak tahun 2004.

    “Kemungkinan berlakunya penurunan penarafan ini adalah antara lain disebabkan kedudukan Ringgit Malaysia yang terus menunjukkan trend penurunan dan sehingga hari ini, Ringgit Malaysia didagangkan pada kadar RM4.133 berbanding RM4.1085,” katanya lagi. – MediaUMNO.

    ReplyDelete
  4. 3000 Ribu Hilang Kerja! Tutup Kilang,Tarik Keluar Pelaburan Masih Dapat Projek Puluhan Juta Oleh Kerajaan PH !

    Surat ini bukti kerajaan lebih rela memberi muka kepada syarikat luar berbanding syarikat tempatan. Lebih mengejutkan apabila tanpa perlu melalui tender terbuka,syarikat luar diberi projek puluhan juta secara runding terus.

    Kenapa Motorola diberi keutamaan berbanding syarikat tempatan menjadi persoalan? Motorola bukan saja menarik keluar pelaburan dari Malaysia malah menutup operasi kilang di Pulau Pinang hingga 3000 orang pekerja hilang tempat mencari rezeki.

    Apakah dengan memberi lagi projek berskala besar kepada syarikat luar memberi keuntungan kepada negara dan kepada rakyat secara lebih tepat.



    Motorola Solutions: Sanmina : Motorola Penang plant sale may lead to layoffs

    (4-traders.com) GEORGE TOWN: THE sale of Motorola Solution Inc's production facility at the Bayan Lepas Free Industrial Zone, here, to United States original equipment manufacturer Sanmina Corp may see some job losses. Business Times has learnt that while Motorola's production facility is set to be sold to Fortune 500 firm Sanmina, its research and development...http://www.4-traders.com/SANMINA-CORP-11931722/news/Sanmina--Motorola-Penang-plant-sale-may-lead-to-layoffs-21188402/


    MCA blames Guan Eng for investors 'fleeing' Penang
    According to Business Times , Motorola may lay off 25 percent of its total 3,000 workers.
    "Motorola set up factory in 1974 and has recorded a total of RM4 billion as last year cumulative investment. "Why Lim can't keep such big and established factories here?" he asked.
    Tan said Lim can hardly absolve himself of the blame as he has failed to attract investors and cannot retain the existing investments.
    "Lim's government not only failed to bring development, but the investment also has gone down the drain," he added.

    Kita semua menantikan jawapan pihak kementerian dalam negeri kenapa memberi projek runding terus kepada syarikat luar berbanding syarikat tempatan. Adakah wujud campur tangan politik atau wujud penyelewengan.

    ReplyDelete
  5. yg tu je melonjak yg ringgit naik dan saham susut macam mana pulak?

    ReplyDelete
  6. BURSA SAHAM MALAYSIA TERBURUK DI DUNIA..??



    ReplyDelete
  7. SEBELAS JAWAPAN FAKTA TABUNG HAJI YANG MEMBUKTIKAN KERAJAAN PAKATAN ADALAH PEROMPAK DAN BANGANG!!!!



    Ada orang minta saya ringkaskan isu Tabung Haji termasuk jawab poster di bawah. Maka ini jawapan saya:

    1. RM4.1 bilion itu bukan rugi. Ia adalah susut nilai. Kebanyakan punca susut nilai adalah kerana penurunan harga saham yang diluar kawalan pengurusan TH. Tapi jumlah inilah benda yang diulang musuh politik untuk dakwa pengurusan TH gagal / menyeleweng.

    2. Antara 1 April hingga 31 Disember 2018, susut nilai aset TH adalah sebanyak RM5.4 bilion. Tapi sebab masa tu pemerintah dah bertukar, puak puak ini buat diam pula.

    3. Tabung Haji tak pernah rugi. Tahun 2017, keuntungan bersih mereka adalah RM3.412 bilion. Jumlah ini disahkan juruaudit bebas E&Y dan tak pernah dipertikaikan walaupun sudah berlaku pertukaran kerajaan.

    4. Pengurusan lama pakai kaedah Net Realisable Value (NRV) untuk seimbangkan defisit RM4.1b tersebut. Caranya, pengurusan TH nilaikan semula harga aset dengan harga yang mereka jangka boleh dijual. Jadi tinggilah sedikit daripada harga belian asal. Tapi orang marah. Ini creative accounting kata mereka. Penipu. Walaupun kaedah itu ikut standard perakaunan dunia.

    5. Masuk pengurusan baru, defisit aset TH dah jadi RM10.9 bilion. Maka pengurusan TH pindah aset kepada SPV, dapat kertas hutang, hilang semua dividen saham dan dapat penilaian harga melampau atas kertas. Contohnya saham Bumi Armada bernilai RM8 juta dinilai / ambilalih dengan nilai atas kertas RM115.2 juta. Ya PH kata itu bukan creative accounting, itu maknanya pandai. Orang yang cipta kaedah NRV pun dah boleh keluar dari kubur menangis sujud atas kaki orang yang cipta kaedah akaun macam ni. 'NRV' paling agung atas dunia.

    6. Ya, TH ada kerugian RM400 juta dalam pelaburan sawit di Indonesia dulu. Tetapi TH ini multi billions punya company. Dia pelbagaikan (diversify) pelaburan supaya kalau satu bisnes rugi, bisnes lain yang untung boleh cover. Sebab itu dari tahun 2013-2017, untung bersih TH adalah RM 15.047 bilion.

    7. Jika TH pernah rugi kerana terlibat dalam satu urusniaga berkaitan Jho Low, maka kerajaan siasat dan hukumlah mereka yang terlibat. Apa susah? Kemudian boleh siasat sama bagaimana TH dijadikan 'piggy bank' pada zaman PM ke 4 apabila membeli TH Perdana dan TH Selborn dengan harga RM436.38j berbanding harga penilai RM267.92j.

    Pengerusi TH pada tahun 1998 adalah TS Ahmad Razali, adik ipar PM ketika itu.

    8. Kertas sukuk dan RCPS-i yang diberi oleh SPV sebagai galang ganti saham dan aset TH itu tiada jaminan kerajaan. Secara atas kertas, kalau SPV ini bungkus, TH tengok saja. Ya, UZAR kata tak perlu jamin sukuk SPV ini sebab deposit kita dah dijamin kerajaan. Soalnya, kalau SPV ini bungkus, TH akan rugi dan kita semua tak dapat dividen dan subsidi haji lagi. Yang ni tak ada orang pula nak fikir?

    9. Letak saham di SPV ini tak menguntungkan pun. Dividen saham ini semua SPV kaut. TH cuma diberi RCPS-i yang tak beri apa2 hasil. Saham tersebut pun bukan semuanya naik harga. Contohnya saham E&O masa dipindahmilik pada 31 Dec 2018 berharga RM1.12 se saham. Hari ini dah turun jadi 90 sen. Pendek kata SPV cuma tunggu dan kutip dividen sementara TH duk menganga tunggu lalat masuk mulut. Meniaga air tebu pun takdak senang macam ni.

    10. Ada orang kata untunglah kerajaan ambil alih saham TH dengan nilai yang tinggi. Ya, atas kertas memang untung. Tapi kalau saham2 tersebut tak boleh naik harga maka macammana SPV tersebut nak bayar kepada TH apabila sampai masa? Sudahlah RCPS-i yang menjadi galang ganti itu tiada jaminan kerajaan.

    11. Ada ahli politik kata kerajaan baik hati suntik RM17 bilion untuk selamatkan Tabung Haji. Tetapi disebabkan dia ni diploma memasak pun tak boleh nak habis, saya malas nak perli. Kalau Presiden pun tak reti beza antara kertas hutang dengan suntik modal, maka elok sangatlah partinya dipanggil orang sebagai khadam.

    Amenda lagi tak faham?

    ----
    Abdul Rahim Hilmi Zakariya
    Bukit Tunggal Kuala Terengganu

    ReplyDelete
    Replies
    1. CEO TH dari Ganu fake. Kahkahkah.

      Delete
  8. DARI FIRAUN MENJADI RAJA MENJADI TUHAN
    3:36 AM
    Facebook


    Akibat penyakit hati syaitan diangkat menjadi malaikat, akibat sakit jiwa Mahathir diangkat pula menjadi raja oleh pengikut-pengikutnya.

    Bila sampai satu masa hati, jiwa dan akal mereka sakit maka akan diangkat pula oleh mereka Mahathir menjadi tuhan dan disembah.

    Dalam sejarah Firaun yang angkuh dan sombong mati ditelan laut Merah tetapi di negara kita mahaFiraun diangkat menjadi raja oleh pengikutnya. Dalam sejarah juga menyebut Mustafa Kamal Atatürk mati dengan penuh siksa tidak diterima bumi tetapi di negara kita Mahathir tidak akan mati.

    Kalau dulu pengikut Ayah Pin minum air kaki, kini ada yang bangga minum air lebihan Mahathir dan tidak mustahil ia akan lebih dari meminum air kaki satu hari nanti.

    ReplyDelete
  9. Anda sedang menikmati kebebasan bersuara dan media di blog ini.

    Catatan tuan seperti di atas apa lagi yang di copy paste tidak sampai ke teliga dan terus ke benak hati atau tepat ke sasaran.

    Seperti yang telah di katakan sebelum ini... semua fitnah maki hamun yang cuba di sampaikan lebih berkesan dengan memberi ceramah. Ulang CERAMAH.

    Melainkan Tuan berkawan dengan setan-setan. Kerana si pembaca akan terpengaruh dengan catatan @fitnah @maki hamun @menipu apabila ada setan tuan di sisi mereka ketika mereka membaca.

    Semoga di hari Jumaat ini Tuan di berkati sebagai manusia yang berakal.

    Wassallam

    ReplyDelete
  10. Puak2 walaun dan mangkuk2 penjaja agama boleh je melalak dan memfitnah tapi semua tu tak akan dapat menghapuskan kebenaran. Pendustaan dan fitnah yang korang suka CnP tu tak laku dan korang boleh buat sampai beribu2 kali pun tetap tak akan laku. Kalau korang fikir benda2 tu akan membawa hasil, korang memang bangang! Cuba tengok PRU lepas, semakin banyak fitnah dan pendustaan yang UMNO dan PAS sebarkan, korang tetap KALAH dan jatuh tersungkur. Masa korang jadi kerajaan dan control media pun benda tipu dan fitnah ni tak laku lah wei. Bila tengok tajuk dan tulisan yang merapu dan merepek penuh dengan penipuan tu, tak de orang yang nak baca pun! Hanya yang busuk hati dan jiwa ada penyakit munafik yang dok teruja dengan fitnah dan penipuan korang ni. UMNO dan PAS, fitnah adalah makanan asasi korang. Not suprising!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan