Negara China berminat tingkatkan pembelian minyak sawit Malaysia kata dutanya

DUTA China ke Malaysia, Bai Tian pada hari Khamis dilapor memberi petunjuk kemungkinan negara itu akan meningkatkan pembelian minyak sawit dan produk-produk berkaitan kelapa sawit dari Malaysia tidak lama lagi.

Bai Tian Duta China ke Malaysia

Duta itu dilapor berkata, negara China, pengimport terbesar kelapa sawit dan produk-produk berkaitan kelapa sawit Malaysia sangat berminat untuk meningkatkan jumlah dagangan dengan Malaysia.

"Harap tahun ini akan menyaksikan lebih banyak pembelian kelapa sawit Malaysia dan produk-produk berkaitan oleh pembekal-pembekal negara China,"



"Tolong doakan berita baik tiba," katanya dalam satu pertemuan meja bulat bersama media Malaysia yang diadakan di kedutaan China.

Berita baik itu dilaporkan akan tiba seawal hujung bulan ini apabila perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melawat negara China untuk menghadiri Forum Belt and Road International Corporation.

Beliau dijangka akan menyaksikan majlis tandatangan memorendum persafahaman (MoU) dalam majlis itu termasuk yang berkaitan dengan kelapa sawit.

Bai Tian mengulangi bahawa negara China tidak mengenakan sebarang had di dalam pembelian minyak sawit dan produk-produk berkaitan kelapa sawit dari Malaysia.



"Kami telah menggalakkan pembeli pembeli China untuk membeli lebih banyak kelapa sawit Malaysia dan produk berkaitan,"

"Kami fikir kelapa sawit Malaysia sangat kompetitif dan juga mempunyai kualiti yang sangat baik. Terdapat permintaan yang sangat besar terhadap kelapa sawit dan produk produk berkaitan di negara China," katanya.

Eksport minyak kelapa sawit ke negara China meningkat sebanyak 9.3 peratus kepada 1.81 juta tan dalam bulan Januari sehingga Ogos 2018 berbanding 1.65 juta tan dieksport pada jangka masa sama dalam tahun 2017.



Dalam tahun 2017, nilai eksport sebanyak 2.87 minyak kelapa sawit dan terbitan minyak kelapa sawit ke negara Cina berjumlah RM9.42 bilion.

15 Comments

  1. RAKYAT MALAYSIA JANGAN SEKALI-KALI LUPA
    72 Peristiwa Hitam Di Zaman Najib

    https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/72-peristiwa-hitam-di-zaman-najib/
    https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/


    ReplyDelete
    Replies
    1. ADA AKU KESAH!!!

      Delete
    2. Lim Kit Siang berkata kerugian yang dialami oleh Bank Negara dalam pasaran matawang (foreign exchange market) pada tahun 1992-1994 ialah RM31.5 bilion. Anak beliau, Lim Guan Eng, pula, kata, “bohong, kerugian sebenar hanya RM10.7 billion”.

      Delete
  2. Kenapa lah Najib jugak jadi pujaan Hadi?

    Perjanjian yang di buat oleh Najib bukan hasil tapi dengan pokok termasuk tanah sekali kena jual..

    Ini lah erti 50-50 ... Bukan hari ini saya tolong awak.. Besok awak pula tolong saya.

    Akhirnya dua-dua kecundang.

    Alhamdulillah bebanan hutang kita dapat di kurangkan.


    ReplyDelete
    Replies
    1. HIDUP PENYATUAN UMMAH!!!

      Delete
    2. Saham Jatuh, Ringgit Susut… Bukan Setakat Rakyat, Pelabur Pun Dah Bosan Alasan PH ‘Ini Semua Salah BN’
      18 April 2019 Berita Utama
      Zylan Mohamad
      KUALA LUMPUR, 18 April – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhenti bermain politik kerana kenyataan demi kenyataan pakar ekonomi jelas menunjukkan kebimbangan mereka mengenai kedudukan ekonomi negara.

      Katanya, selain rakyat, pelabur juga sudah bosan dengan alasan ‘ini semua salah Barisan Nasional (BN)’.

      “Kedua-dua artikel dari Bloomberg dan kenyataan dari FTSE Russell memberi penekanan terhadap kelemahan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan yang telah menyebabkan hakisan keyakinan pelabur.

      “Seperti yang banyak kali saya sebutkan, ini bukanlah mengejutkan kerana sehingga kini masih belum ada hala tuju jelas kerajaan Pakatan Harapan dalam pengurusan ekonomi negara walaupun sudah hampir setahun mengambil alih pentadbiran.

      “Kereta terbang, lapangan terbang Kulim yang jaraknya sangat berdekatan dengan lapangan terbang Pulau Pinang dan sekadar ‘rebranding’ program kerajaan terdahulu adalah contoh bagaimana tiadanya pelan perancangan ekonomi yang stabil dan kukuh bagi menghadapi cabaran pada masa hadapan,” ujarnya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

      Khairy berkata demikian dalam mengulas mengenai media antarabangsa Bloomberg semalam, sekali lagi menyiarkan artikel tentang kedudukan bursa saham Malaysia, KLCI.

      “Bloomberg sebelum ini telah memberi gelaran ‘sore loser’ kepada KLCI selepas menjadi satu-satunya pasaran saham di Asia yang mencatatkan penurunan sejak tahun 2019 bermula.

      “Berdasarkan artikel terbaru Bloomberg ini, pasaran saham Malaysia telah jatuh sebanyak 3.5% sejak PRU14 dan merupakan ‘worst major market in the world so far this year’. Untuk rekod, kejatuhan pasaran saham pada kali ini adalah yang terburuk sejak tahun 2016.

      “Selain itu, sejumlah lebih RM2 bilion pegangan saham oleh pelabur luar telah dilepaskan untuk tahun 2019 sahaja dan KLCI dijangka akan terus dalam keadaan lembap dan tidak memberangsangkan sehingga tempoh 2020,” petiknya juga.

      Selain artikel dari Bloomberg tersebut, Khairy memetik kenyataan FTSE Russell yang mengendalikan penarafan indeks pelaburan juga sedang mempertimbang untuk menurunkan taraf pasaran bon kerajaan Malaysia yang boleh menyebabkan Malaysia terkeluar dari senarai World Government Bond Index (WGBI).

      “Malaysia telah mula tersenarai di dalam WGBI sejak tahun 2004.

      “Kemungkinan berlakunya penurunan penarafan ini adalah antara lain disebabkan kedudukan Ringgit Malaysia yang terus menunjukkan trend penurunan dan sehingga hari ini, Ringgit Malaysia didagangkan pada kadar RM4.133 berbanding RM4.1085,” katanya lagi. – MediaUMNO.

      Sumber — https://www.milosuam.net/2019/04/index-kebebasan-media-malaysia-melonjak.html#ixzz5lVTVdFwK

      Delete
    3. “Gagal menangani ekonomi… defisit kita makin meningkat… hutang satu lagi makin meningkat… apabila mereka mengambil alih kerajaan mereka kata nak turunkan hutang tetapi hutang tidak turun… RM686 bertambah minggu lepas RM777 bilion… jadi hutang bertambah RM91 bilion dan makin bertambah sedangkan apabila sepatutnya mereka kata hutang… hutang… hutang… bererti sepatutnya mereka turunkan… tetapi mereka tidak turunkan.

      “Mereka tambah Bon… contoh seperti Samurai Bon… itu tambah hutang… dan mereka sentiasa tambah hutang apabila lompong dalam pendapatan… jadi cara untuk mendapatkan pendapatan mereka berhutang. Jadi ini yang amat merbahaya apabila berhutang defisit akan bertambah… apabila defisit bertambah ekonomi akan terus rosak… sebab defisit adalah tanda kerosakan ekonomi. Mereka tidak pandai mengurus ekonomi… kerajaan yang gagal mengurus ekonomi,” ujarnya. – MediaUMNO

      Delete
  3. TAK PAYAH JUAL KAT NEGARA CHINA....SETIAP SORANG RAKYAT M'SIA MINUM SESUDU MINYAK SAWIT M'SIA SELESAI MASALAH....!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak lagi Best...satu sudu minyak sawit dicampur dengan sutu sudu Milo.....pasti rasanye....Ummmph...

      Delete
    2. Tebang Balak lagi untung cepat..

      Delete
  4. Insyaallah.. masa depan peneroka menjadi semakin cerah di bawah pentadbiran Kerajaan PH yang berusaha keras dan tidak pula cuba merampas hak peneroka.

    Sedikit demi sedikit.. Masalah yang di tinggalkan oleh BN sudah dapat di atas.

    China hanya mengambil kesempatan dari kebodohan dan kerangkusan pemimpin yang lalu. Apabila berjumpa dengan pemimpin yang lebih baik dan bijak, mereka sanggup melabur lagi.

    Lagi 2 tahun suasana politik dan ekonomi akan berpihak kepada PH.

    Lagi 2 tahun juga ... Samada PAS jadi UMNO atau UMNO jadi PAS. .

    Mari kita fikir kan nama parti baru setelah PAS UMNO bergabung ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ko nak fikir masalah parti orang buat apa....ngok...

      Delete
    2. PIGS... dah.

      PUPU

      Penyatuan Ummah PAS UMNO.

      Delete
  5. Tak payah. Kat dlm umno ramai yg bodoh2. DiA org boleh minum minyak sawit tu berbotol botol. Ikut saranan tun. Tapi yg dlm ph paham. Yg umno tetiba jadi bodoh bleh minum plak minyak tu. Tau la minyak tu dpt free . Subsidi berkat jadi macai murahan. Tak payah export la. Bagi je kat macai utk tegok sampai kembong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he... kok....kok...kok...

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan