Pendakwa perlu buktikan Najib tahu RM42 juta dalam akaunnya adalah duit haram kata Shafee

PIHAK pendakwa mesti membuktikan bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahu bahawa wang yang masuk ke dalam akaun peribadinya di Ambank adalah wang RM42 juta yang diseleweng dari SRC International Sdn Bhd kata Tan Sri Shafee Abdullah peguam yang mewakilinya lapor Malay Mail.

Peguam Najib

Peguam yang mengetuai pihak pembelaan Najib itu memberitahu wartawan hari ini bahawa kemungkinan terdapat banyak transaksi yang masuk ke dalam sebuah akaun bank, namun persoalannya kekal sama ada Najib tahu bahawa duit yang masuk itu adalah dari sumber yang haram.



"Duit itu (RM42 juta) masuk ke dalam akaun peribadinya adakah dia tahu bahawa ia dari satu sumber yang haram?"

"Sekiranya duit masuk dalam akaun saya, adakah saya tahu ia datang dari sumber yang salah? Ramai individu terlibat," kata Shafee.

Ketika ditanya sekiranya Najib mesti membuktikan bahawa sama ada dia tahu atau tidak berhubung sumber duit berkenaan, menurut Shafee, ia merupakan beban pembuktian oleh pihak pendakwaan untuk menekankan perkara itu dan bukanlah anak guamnya.



"Bukan dia yang patut tunjuk, pihak pendakwa perlu tunjukkan bahawa dia terlibat dan sebahagian daripada konspirasi. Itu adalah kerja pendakwaan bukan kami,"

"Sebab itu saya kata berbanding apa yang telah ditunjukkan, apa yang tidak ditunjukkan adalah lebih penting sebab terdapat lebih banyak dokumen dokumen tidak didedahkan," kata Shafee.



Menyentuh pendengaran kes pada hari ini, menurut Shafee, tidak banyak yang berlaku kecuali pengukuhan fakta yang ditemui dalam dokumen-dokumen melibatkan Bank Negara Malaysia dan AmBank.

Bagaimanapun katanya dia akan menghabiskan sepanjang hari esok untuk menyoal balas saksi kedua pendakwaan.

Perbicaraan hari ini ditangguhkan sehingga pada esok.

4 Comments

  1. Ape la punya peguam najib kutip ni. Ingat mcm dia ke, islam boleh bela anjing, tapi bukan buat mcm kucing... Ape jenis manusia yg sumbat tekak anak bini tanpa tau sumber dari mane... Ape plak bukti dia tak tau duit tu sumber dari hasil haram... Org ade otak akan fikir , mane tetiba dtg duit banyak2 dlm akaun aku ni. Dasar paria...

    ReplyDelete
  2. Peguam apa lah yang mendedahkan strategik pada awal bicara..

    Ini nak bagi tahu orang walaupun di dapati bersalah Najib tak tahu duit itu duit yang di selewengkan.

    Nak selamat kan maruah Najib yang masih tersisa

    ReplyDelete
  3. Beberapa pemimpin politik pembangkang ketika itu dan bebarapa lapuran memgenai perkara itu telah di lapur kan oleh beberapa majalah malah dalam artikel blog... Najib masih tak tahu dan langsung tak meragui duit tersebut telah di selewengkan

    Pembela kena bukti kan pula apa tujuan duit di masukkan ke akaun Najib?

    ReplyDelete
  4. Jangan banyak cerita cai...hehe

    Alang2 mahdey dan anwar belum mati...raykat ingin tahu kes liwat anwar tu benar atau fitnah.
    Anwar kata fitnah..
    Mahdey kata liwat..

    Sementara mrk tu msh bernafas sekurang2nya raykat tahu sblm rahsia tu terkubur bersama jasad mrk.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan