Loading...

PTPTN minta pandangan awam kaedah terbaik untuk mengutip hutang pelajar

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mahu rakyat Malaysia untuk mencadangkan kaedah agar ia boleh mengutip balik sejumlah RM6.3 bilion dari para peminjam.

PTPTN

Pengurusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, badan itu akan mendapatkan nasihat dari orang awam "tertumpu kepada mekanisma pembayaran balik pinjaman," di mana orang awam akan dijemput memberi pandangan tentang bagaimana cara terbaik untuk mengutip balik wang yang telah dipinjamkan.

"Kaedah pembayaran balik untuk PTPTN telah pun banyak dibincangkan, Dan telah menjadi fokus sejak Pakatan Harapan menjadi kerajaan," kata Saiful seperti yang dipetik oleh akhbar The Star.



"Ia masih lagi menjadi fokus dan ia perlu diselesaikan,"

Menurut Wan Saiful,  pihaknya akan mengirim keputusan dan poin-poin diskusi yang dirakam semasa perbincangan bersama dengan pihak berkepentingan, pihak bank, ibu bapa dan kumpulan pelajar di atas talian.

Perbincangan-perbincangan ini telah berlangsung sejak Disember 2018 sehingga march 2019.

"Akan diadakan juga sesi townhall dan sesi meja bulat untuk membincangkan idea-idea tersebut," kata Wan Saiful. Apabila segala maklumbalas telah dikumpul ia akan dimajukan kepada Kementerian Pendidikan untuk penelitian selanjutnya.

Antara cadangan-cadangan yang diterima ialah menunda pembayaran balik pinjaman untuk mereka yang memperoleh pendapatan kurang dari RM4,000 sebulan dan satu skim pembayaran balik berjadual di antara 2 peratus dan 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam. Sasarannya untuk mengumpul sebanyak RM2 bilion pada akhir tahun.



"Menteri Pendidikan perlu untuk membawanya ke kabinet untuk satu perbincangan akhir," tambah Wan Saiful.

Sejak tahun 1997 PTPTN telah memperuntukkan sebanyak RM56 bilion untuk membantu lebih tiga juta pelajar. Setakat 31 Disember tahun lepas, PTPTN telah meminjamkan sejumlah RM20.7 billion kepada 1.9 juta pelajar.

Post a Comment

12 Comments

  1. Bukan ke dahulu PH kata jika menang mereka hapus PTPTN. Celaka betul pemimpin2 PH yang MENIPU!!!

    ReplyDelete
  2. Apa kata bagi mereka yg dh bekerja 10 tahun ke atas, potongan dibuat melalui simpanan KWSP secara terus, sb dalam tempoh tu, simpanan sudah beberapa kali dapat keuntungan dividen walaupun tak banyak...dan bukan dari potongan gaji semasa, sb dengan keadaan sekarang,pendapatan semasa amat2 diperlukan bagi perbelanjaan harian. Pemotongan boleh dibuat dgn MOU antara peminjam dimana ia dipotong secara tahunan slps dividen KWSP diperolehi. Mungkin bg mereka yg sudah 10 tahun bekerja pemotongan 30% 3% 40% dari baki pinjaman PTPN boleh dibuat? Rasanya cara ini boleh dipraktikan pada merak yang ada simanan KWSP, tetapi bergantung pada simpanan pekerja dan tidak smpai simpanan kwsp kurang dari 50% ?..sb sy yakin, peminjam mesti rasa terbeban dgn bayangan pinjaman yg sukar dilunaskan dan hasrat mereka utk melunas pinjaman pasti ada. Mohon perbincangan secara sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAK PAYAH POTONG....KAN PH DOK KATA... KALAU MENANG ...NAK HAPUSKAN PTPTN...SIKALANG APA CELITA!!!

      MANYAK KINCING LOOO....MACAK HALUM !!!

      Delete
  3. Ph kata jika menang bolih hapus ptptn .ok no problem. Ph tak kata ptptn akan di teruskan. So think about next generations. You tak bayar anak2 kalian semua akan suffer. Dont expect other taxpayers to constribute for yr children educations.
    Repayment should be on case by case basis kalau tak mampu based on needs not on wants

    ReplyDelete
  4. Dah menang hapuskan sahaja hutang ptptn. Itukan manifesto ph. Tak faham lagi ke maksud munafik? Ptptn tutup dan rakyat boleh belajar hingga peringkat ijazah pertama secara percuma. Saya ingatkan balik supaya terhindar daripada menjadi munafik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MINYAK RON 95....TAK TURUN2....SEBAGAI GANTI...RON 97 NAIK MENDADAK...AL MAKLUM LE...NAK SELAMATKAN M;SIA DARI MUFLIS.....KIKIKIKI....

      HAIYA...KINCING LAGI OIIII!!!!...MANYAK HALUM!!!

      Delete
    2. Dah pinjam, kena hormati pejanjian lah. Saya pun peminjam PTPTN, ada lagi baki 13,000 (dari jumlah asal 30k)..

      Saya bukan tanak bayar, cuma sekarang saya dah stop membayar sebab bepegang pada janji pendapatan bawah 4k.

      Delete
  5. Mari kita sedekahkan alFatihah kpd pejuang2 yg berjuang agar ptptn diberi percuma.
    Klu lah mrk msh hidup tentu KERAjaan haprak bangang menunaikan hajat dan impian mrk.

    ReplyDelete
  6. bagaimana menurut kalian dengan artikel
    ini http://poker7clubbest.com/poker-online

    ReplyDelete
  7. Clipping path is a must for any kinds of product images. Clipping Path Service can provide you with your desired product with a high-end view which will help you to attract both the organic customers and paid to add customers. Do clipping path for your business growth and show your customers what you have!

    ReplyDelete
  8. We the biggest BRS Photoshop Service As images of products are the biggest weapon for a business company. Perfect photoshop service means a lot to this professional business purpose. Do Visit to have more knowledge about unique service.

    ReplyDelete
  9. Hantar surat bagi kebenaran tolak KWSP secara total (mana yg ade la) bagi discount power2 atau buang semua interest charged...

    dulu pelajar2 nie dah enjoy de menjoy duit pinjaman... konsep pinjam, ko bayar la... fullstop...

    ak da settel hutang dgn ptptpn nie, alhamdulullilah da tak serabut dah hidup nie...

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda