212 daripada 306 beg tangan dirampas di kondo Najib jenama Hermes bernilai RM47 juta

SEJUMLAH 212 beg tangan mewah daripada 306 yang dirampas dari sebuah kondominium Datuk Seri Najib Razak tahun lalu adalah berjenama Hermes dan dianggarkan bernilai RM47 juta.

Hermes Rosmah

The Edge melaporkan, antara barangan lain yang dirampas termasuk 401 jam tangan bernilai RM74 juta, 11,990 barang kemas dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit, dan sejumlah RM114 juta wang tunai pelbagai matawang.

Para penyiasat dilapor mendapati wang dari 1MDB telah disalurkan ke dalam empat syarikat berpengkalan di Singapura, dimiliki oleh orang kanan penjenayah dalam buruan Jho Low, bernama Eric Tan Kim Loong.

Tan juga dilapor menguruskan akaun-akaun bank yang dibuka di Singapura dan Switzerland oleh majikannya untuk pengubahan wang haram.

Keempat-empat syarikat itu telah membelanjakan sebanyak US$247.59 juta (RM1 bilion) bagi membeli barangan kemas dari 30 kedai barang kemas seluruh dunia.

Dalam pelbagai mata wang yang dirampas terdapat S$9.8 juta (RM30 juta) matawang Singapura.

Rampasan itu merupakan sebahagian daripada RM680 juta yang kini sedang diusahakan oleh pihak kerajaan untuk dikembalikan kepada negara. Pihak berkuasa juga telah merampas jam tangan mewah dan wang tunai dari kediaman Najib di Taman Duta dan sebuah rumah di Putrajaya.

Kondominium di Pavillion Residence dimiliki oleh Obyu Holdings Sdn Bhd, yang mengawal pegangan saham hartawan Sarawak Tan Sri Bustari Yusof seorang rakan rapat dan teman Najib bermain golf.

4 Comments

  1. Cerita dah basi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengkorak ko basi. Elok je najib dgn peguam dia bersilat lidah kat mahkamah, dia org ingat hakim tu level macai walaun. Ingat level lebai tadbir kelantan ke senang 2 je cakap tak tau. Ko bleh la minum kencing najib dgn mamak shafie tu. Org ph gelak je dengar lawak mamak. Hujah mcm tokey kedai kopi. Ape punya kayu la peguam mcm tu dia kutip. Dah terdesak ye tak. Takde peguam pun nak ambik kes dia. Peguam, pelanggan berlumba lumba pegi mahkamah. Lawak umno abad ini.

      Delete
  2. Kerajaan nak bantu Najib Razak dan Rosmah Mansor sediakan bukti pembelian dan slip transaksi.

    Kalau Najib Razak dan Rosmah Mansor berani buat permohonan tuntut semula harta dilucuthak.

    Cepatlah buat tuntutan beg Hermes dengan tunjuk resit RM47,000,000,000.

    Rakyat nak tengok.

    ReplyDelete
  3. Nek mah boleh buka gerai di gallery sg buloh. Jual jgn tak jual

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan