AmBank pernah kena denda RM53.7 juta sebab tak lapor akaun Najib

MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu bahawa, Bank Negara Malaysia, BNM sebelum ini telah mengenakan denda terhadap AmBank kerana gagal melaporkan transaksi mencurigakan di dalam akaun peribadi milik Datuk Seri Najib Razak sejak ia dibuka hingga ditutup.

Pegawai BNM

Saksi keempat pihak pendakwaan, pegawai BNM Ahmad Farhan Sharifuddin mengesahkan bahawa denda telah dikenakan terhadap Bank perdagangan itu selepas BNM menyerbu AmBank Cawangan Jalan Raja Chulan pada 6 Julai 2015.



"Ia bagi satu kesalahan kerana gagal untuk melaporkan Laporan Transaksi Mencurigakan (STR) terhadap akaun-akaun peribadi Datuk Seri Najib sejak ia dibuka sehingga ditutup,"

"Denda itu telah dikenakan sekitar bulan November 2015," kata beliau ketika soal balas oleh peguam Najib, Harvinderjit Singh.

Ahmad Farhan bagaimanapun tidak mendedahkan berapa banyak jumlah denda yang dikenakan.

Berdasarkan dokumen-dokumen yang didedahkan dalam mahkamah sepanjang perbicaraan, Najib Razak mempunyai sebanyak lima akaun AmBank (satu akaun simpanan, dan 4 akaun semasa) didaftarkan dengan Cawangan AmBank Jalan Raja Chulan.



Berdasarkan laporan media sebelum ini dalam tahun 2015, AmBank Group pernah mengesahkan bahawa bank itu telah didenda sebanyak RM53.7 juta oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kerana pelanggaran peraturan di bawah Sect 234 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Sect 245 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 oleh AmBank (M) Bhd dan Ambank Islamik Bhd.

Ketika itu institusi kewangan itu bagaimanapun tidak mendedahkan mengapa ia dikenakan denda.

Ahmad Farhan merupakan Pegawai Jabatan Penyiasatan dan Penguatkuasaan BNM sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa beliau merupakan pegawai penyiasat yang ditugaskan menyerbu AmBank Jalan Raja Chulan pada 6 Julai 2015.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan