Kerajaan mulakan tindakan rampas harta Najib dan keluarganya bernilai RM711 juta

KERAJAAN Malaysia dan pihak polis dilapor telah memfailkan satu tindakan undang-undang perlucutan hak terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa individu lain berhubung barangan kemas, wang tunai, beg-beg tangan mewah, dan kenderaan-kenderaan mewah yang dikatakan telah dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib di Mahkamah

Dua notis usul dan afidavit sokongan telah difailkan di mahkamah tinggi semalam bagi merampas sejumlah barangan bernilai RM711 juta daripada individu-individu ini.



Sumber dipetik oleh theedgemarkets.com memaklumkan tindakan itu merupakan susulan kepada rampasan barangan berharga oleh pihak polis tahun lalu di hartanah kawasan Bukit bintang dan tempat-tempat lain selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihanraya Umum ke 14 pada 9 May.

Notis usul pertama difailkan semalam difahamkan untuk merampas hartanah di Lembah Klang, wang tunai (termasuk mata wang asing), barangan kemas mewah, beg tangan mewah, jam tangan dan cermin mata yang bernilai RM680 juta.

Manakala notis usul kedua pula bagi merampas barangan bernilai RM31 juta termasuk 27 kereta mewah, wang tunai (termasuk mata wang asing), 29 akaun bank juga melibatkan jam dan beg tangan.



Tidak dapat dipastikan bila permohonan itu akan disebut di mahkamah, namun paling lama ia mungkin mengambil masa selama sebulan.

Tindakan itu muncul selepas pengumuman oleh Peguam Negara Tommy Thomas bawa kerajaan Amerika Syarikat telah bersetuju untuk memulangkan US$57.04 juta (RM233.7 juta) yang telah dirampas dari Red Granite Pictures, sebuah produksi filem berpengkalan di Amerika Syarikat bilik Najib dan anak tirinya Riza Aziz yang dikatakan menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB untuk menghasilkan filem.

Pihak kerajaan juga telah merampas kapal mewah Equanimity milik penjenayah dalam buruan Low Taek Jho yang baru-baru ini dijual pada harga US$126 juta.

Tahun lalu pihak polis dilaporkan telah melancarkan operasi menyerbu beberapa kondominium mewah di Bukit bintang dan beberapa tempat lain bagi merampas barangan berharga.



Pengarah siasatan jenayah commercial pada ketika itu Datuk Seri Amar Singh, memberitahu pihak media selepas sebulan rampasan dilakukan bawa antara barangan yang dirampas termasuk lah wang tunai dalam 26 jenis mata wang, 12,000 barangan kemas, 284 beg tangan, 423 jam tangan dan 234 cerminmata, yang berharga di antara RM900 juta dan RM1.1 bilion.

Sebanyak 234 cerminmata pelbagai jenama termasuk Gucci, Versace dan Cartier sahaja dianggarkan bernilai sekitar RM374,000 sementara jumlah keseluruhan wang tunai yang dirampas berjumlah RM116.7 juta kata Amar Singh.

Tindakan perlucutan hak yang difailkan semalam muncul kurang dari setahun selepas barangan berkenaan dirampas.

Di bawah Seksyen 52A akta pencegahan pengubahan wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan, dan hasil daripada aktiviti haram 2001, arahan rampasan di bawah akta itu tidak boleh diguna pakai selepas tarikh luput 12 bulan sejak tarikh arahan rampasan dikeluarkan.

Sekiranya terdapat arahan membekukan aset, tarikh 12 bulan akan bermula pada tarikh arahan pembekuan dikeluarkan, sekiranya individu yang dikenakan perintah tersebut belum lagi didakwa untuk sebarang kesalahan di bawah akta tersebut.



Tempoh 12 bulan bagi kes ini ialah pada 16 Mei 2019. Sebelum ini Umno pernah memohon mendapatkan wang berjumlah RM116.7 juta yang telah dirampas oleh pihak polis namun hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamed menolak permohonan itu pada 22 Mac lalu.

3 Comments

  1. Kes mahkamah belum setel tapi kapal mewah dah dijual.
    Apa cerita mat2 kencing nie??!!
    Nak kencing tu agak2 lar...jgn ingat raykat bodoh mcm menteri kewayangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. marah nampak bossku ....hehehe

      Delete
  2. hanya ada beberapa orang saja pegawai yang berani lawan matjib sedang berkuasa
    tahniah ynag lain hanya melalak bila matjib hilang kuasa
    kalau ada orang pakatan buat hal harap pegawai yang berani terus
    lawan kerna Allah
    patut pegawai yang sorok salahlaku matjib dulu mesti disiasat jika ada bukti dakwa
    jangan takut

    Katakanlah: "Sesungguhnya salat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan