Loading...

Rundingan semula projek-projek mega era BN, berjaya jimat RM45.84 bilion wang rakyat

SELEPAS setahun menguasai kerajaan persekutuan, Pakatan Harapan (PH) telah berjaya menjimatkan sebanyak RM45.84 bilion wang rakyat hasil rundingan semula projek-projek yang diluluskan semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN).



Projek ECRL

Rundingan semula projek-projek mega di bawah Barisan Nasional turut terkandung dalam janji manifesto Pakatan Harapan.

Semakan dan rundingan semula ini bertujuan untuk menjimatkan wang rakyat supaya kerajaan dapat melangsaikan hutang besar yang ditinggalkan oleh pentadbiran Najib yang terpalit dengan skandal dan penyelewengan.

Dalam satu wawancara bersama media sempena setahun pentadbiran Pakatan Harapan baru-baru ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, wang yang dijimatkan dari hasil rundingan semula ini akan digunakan untuk menyelamatkan institusi lain milik kerajaan yang mengalami kerugian besar akibat salah tadbir dan pelaburan yang meragukan.

Sebagai contoh, hasil penjimatan daripada projek transit aliran ringan 3 (LRT3), dan Tren Aliran Transit Massa 2 (MRT2) digunakan untuk menyelamatkan Felda dan tabung haji iaitu masing-masing sebanyak RM6.3 bilion dan RM17.8 bilion.

Projek paling besar yang telah disemak semula ialah projek laluan rel pantai timur (ECRL), projek rel berkelajuan tinggi Kuala Lumpur—Singapura (HSR), bandar Malaysia, MRT2 dan LRT3.



Malaysia berjaya menjimatkan RM22 bilion hasil daripada rundingan semula ECRL, RM15.02 bilion dari LRT dan RM8.82 bilion dari MRT2.

Bekas menteri kewangan Daim Zainuddin yang mengetuai rundingan semula ECRL dengan China berkata mungkin lebih banyak penjimatan diperolehi apabila butiran akhir dimuktamadkan.

Sementara itu projek HSR ditangguhkan untuk dua tahun manakala projek Bandar Malaysia diteruskan semula dengan mengekalkan pemaju asal, China Railway Engineering Corporation (CREC) dan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH).

Berikut ringkasan projek-projek yang telah berjaya membawa kepada penjimatan wang rakyat selepas rundingan semula dilakukan.

MRT2 dan LRT3



Pada asalnya kerajaan Pakatan Harapan andan meneruskan projek MRT2 kalau menelan kos tinggi RM40 billion. kerajaan turut mahu menamatkan kontrak yang diberi kepada usaha sama MMC-Gamuda.

Selepas rundingan semula, MMC-Gamuda diberi kontrak siap guna (turnkey contract) bagi menyiapkan bahagian atas projek tersebut.

Menerusi rundingan ini Lim Guan eng umumkan kerajaan berjaya menjimatkan sebanyak RM8.82 bilion.

Bagi projek LRT3 pula, kos asal yang menelan belanja RM31.45 bilion berjaya diturunkan kepada RM16.63 bilion selepas rundingan semula.

ECRL

Penasihat ekonomi kerajaan, Daim Zainuddin telah dihantar ke China untuk merunding semula perjanjian antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC).

Pada 15 April, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan projek ECRL akan diteruskan selepas kerajaan berjaya mengurangkan sebanyak RM22 bilion daripada kos asal projek itu sebanyak RM66 bilion. Maka projek itu akan diteruskan dengan kos pembinaan sebanyak RM44 bilion.



Bandar Malaysia dan KLHSR

Empat hari selepas mengumum kan bahawa ECRL diteruskan, Dr Mahathir berkata projek bandar Malaysia juga akan diteruskan.

Kejayaan merunding semula kontrak-kontrak mega ini dan penjimatan kos yang berjaya dilakukan merupakan pencapaian pertama dalam langkah kerajaan mentadbir negara yang dikekang oleh masalah dan hutang besar yang diwarisi daripada pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Najib Razak selepas setahun menawan Putrajaya.

Post a Comment

1 Comments

  1. Ingatkan dpt kembali wang raykat yg hilang era peeM ke4......

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda