Loading...

Ada idea bernas sebagai kaedah bayaran balik PTPTN? Jom kongsi cadangan anda!

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang membuat kutipan suara untuk mendapatkan idea-idea bernas dari orang ramai tentang bagaimanakah cara terbaik untuk perbadanan itu mengutip kembali hutang yang telah diberikan kepada para pelajar.

Inisiatif ini terangkum dalam Kertas Konsultasi Rakyat sebuah usaha di dalam menambah baik pembiayaan pendidikan tinggi negara, dengan objektif untuk memastikan kelestarian pembiayaan untuk generasi akan datang dan mewujudkan skim baharu pembayaran balik mengikut kemampuan pelajar.

Jika anda merupakan salah seorang peminjam, atau mungkin bakal peminjam PTPTN, mahupun sekadar seorang warganegara yang prihatin, ini merupakan peluang genting untuk menyatakan pendapat anda kerana pungutan suara yang dibuat akan berakhir pada 13 Jun 2019 (tinggal beberapa hari sahaja lagi), pandangan dan pendapat yang diberikan selepas dari tarikh itu tidak lagi akan diambil kira.

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBERIKAN PANDANGAN?

1. Sila pergi ke pautan ini — https://www.ptptn.gov.my/kertas-konsultasi-rakyat/my/Utama

2. Terdapat 3 bahagian dalam halaman pada pautan yang diberikan di atas.

Bahagian A: Data dan fakta terkini

Bahagian B: Idea daripada sesi meja bulat

Bahagian C: Pandangan/ Maklum balas

Anda perlu scroll terus ke bahagian B (Idea daripada sesi meja bulat) dan pergi ke bahagian idea nombor 3 (#3 idea Bayaran Balik berdasarkan pendapatan) untuk memilih satu daripada pilihan yang disediakan, pilih mana satu yang anda rasa paling sesuai dilaksanakan.

Idea 3 PTPTN

TAG

3. Kemudian, scroll ke bahagian paling bawah halaman tersebut (Bahagian C: Pandangan/ Maklum balas) untuk menyatakan pendapat dan pandangan.

Pandangan

4. Terdapat 3 ruangan untuk memberikan pandangan, anda boleh memilih mana-mana bahagian atau mengisi ketiga-tiga ruang yang disediakan. Setiap ruangan boleh diisi sebanyak 5,000 huruf.

5. Selesai memberikan idea-idea dan pandangan yang bernas, anda boleh klik butang "hantar" untuk mengirim pandangan anda kepada pihak PTPTN, tapi sebelum itu jangan lupa masukkan abjad/ angka yang terpapar dalam kotak "anti-spam" yang disediakan.



6. Jangan lupa juga untuk kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan lain di media sosial. Pandangan anda sangat penting di dalam memastikan pihak PTPTN dapat merangka sistem bayaran balik yang benar-benar memenuhi kemahuan rakyat. Hidup rakyat!

Oh ya, sebelum anda memberikan pendapat di Bahagian C, ada baiknya jika anda semak juga Bahagian A dan Bahagian B bagi mendapatkan gambaran keseluruhan tentang Kertas Konsultasi Rakyat ini, mungkin ia boleh membantu memberikan idea dan input yang lebih baik sekaligus membantu anda merangka dan menyampaikan pandangan.

Post a Comment

2 Comments

  1. EKELEH....BUKAN KE MENATANG NI DAH DIHAPUSKAN....

    ReplyDelete
  2. kepada mereka yang mengambil pinjaman pendidikan dan mahukan 'arah' dan bukan 'arahan

    rujuk quran 2:282

    kerana
    andai anda muslim
    sebelum anda mempertikaikan sesuatu yang telah anda persetujui dan tanda tangani
    serta telah 'habis' menggunakannya
    bacalah
    'manifesto' pencipta alam tentang
    tanggung jawab di dalam perjanjian

    walaupun sedikit
    selesaikanlah

    'semuga tiada pihak yang mendatangkan kesulitan antara satu sama lain'
    Quran 2:82

    salaam

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda